Di sini saya kongsikan hasil bacaan saya dari sebuah majalah tempatan:
Mereka yang berdarah A disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi lektin serta mengawal pengambilan ikan dan ayam juga yogurt, telur dan keju. Malah mereka digalakkan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan serta sayur-sayuran.
Untuk mereka yang berdarah B pula digalakkan mengambil sumber daging lebih banyak dan sayuran hijau yang kaya dengan magnesium. Bukan itu sahaja, disarankan juga produk tenusu, telur, belimbing, minyak zaitun dan beras merah.
Manakala untuk yang berdarah AB perlu meningkatkan pengambilan makanan laut, telur, susu, minyak zaitun, kacang tanah, sayuran dan buah-buahan.
Dan mereka yang berdarah O dibolehkan mengambil daging tetapi perlu diimbangi dengan sayuran yang banyak.
Apakata kita cuba kenal pasti jenis darah dan cuba dengan diet yang dinyatakan.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment