Showing posts with label ANEMIA. Show all posts
Showing posts with label ANEMIA. Show all posts

Monday, 3 February 2014

CARA MENAIKKAN PARAS HEMOGLOBIN DALAM DARAH

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA

Paras Hb yang rendah ketika hamil sememangnya membimbangkan. Ia akan membahayakan ibu dan bayi yang dikandung.

Jadi antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk membantu mengekalkan paras Hb yang normal atau menaikkan paras Hb yang rendah adalah seperti berikut;

Ibu hamil disyorkan mengambil zat besi tambahan daripada makanan tambahan yang bersesuaian. 

Malah untuk meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu di syorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencata.

Vitamin c juga disarankan semasa mengambil makanan berzat besi kerana Vitamin C dapat meningkatkan kadar serapan zat besi kepada tubuh. Tetapi teh dan kopi perlu dielakkan semasa pengambilan zat besi kerana ia akan menghalang penyerapan zat besi. Jika mahu juga mengambil teh atau kopi, ia boleh diambil satu atau 2 jam sebelum mengambil makanan berzat besi.

Pengambilan kalsium sama ada dalam bentuk suplemen atau susu juga penting semasa hamil, tetapi ia perlu diambil secara berasingan daripada zat besi untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, wanita perlu terus mengambil makanan yang kaya dengan zat besi atau makanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Jadi keperluan zat besi dalam tubuh tidak boleh dipandang remeh. 

Untuk mendapatkan produk shaklee dan rundingan istimewa, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920 call/sms/whatsapp
inafazlin 0199216067 call/sms/whatsapp--Tbg Hj Temerloh




Sunday, 2 February 2014

KEPENTINGAN ZAT BESI KEPADA IBU MENGANDUNG

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA

Mengapa zat besi terlalu dititik beratkan semasa hamil? Apakah kepentingannya? Haruskah dipandang remeh? 

Kekurangan zat besi pada wanita hamil akan menyebabkan berlakunya anemia, iaitu kepekatan darah yang rendah (Hb). Wanita mengandung memerlukan 50% lebih banyakzat besi berbanding wanita biasa. Biasana mereka adalah wanita yang pernah disahkan mengidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan anak, wanta yang telah melahirkan anak beberapa kali serata wanitayang senag menyusukan bayi.

Wanita yang mengalami anemia akan kelihatan pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju. Malah bagu wanita hamil, mereka berisiko untuk keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta kebarangkalian yang tinggi untuk ibu meninggal dunia.

Jadi untuk mengesan samada kita mengalami anemia atau tidak, Pemeriksaan boleh dilakukan di klinik atau hospital yang mana dapat mengesan tahap hemoglobin dalam darah semasa ujian darah.

Untuk membantu membantu gejala anemia ini, kita disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayuran hijau, kekacang, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tahu. Tetapi kebiasaanya doktor akan mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

Jadi sebagai pengguna  yang bijak memilih, pilihlah produk makanan tambahan zat besi dari sumber yang bagus, jika tidak usaha yang kita lakukan akan sia-sia.


Untuk mendapatkan produk shaklee dan rundingan secara eksklusif, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 call/sms/whatsapp
inafazlin 0199216076 call/sms/whatsapp (temerloh/tbg haji temerloh)


Friday, 19 July 2013

ANEMIA, BAHAYAKAH?

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Kita selalu dengar orang sebut-sebut pasal Anemia kan, tapi Anemia tu apa? Biasa orang akan kata kurang darah kan.

Anemia bermakna kadar hemoglobin (HB) kurang daripada normal. HB adalah salah satu daripada komponen darah yang berfungsi membawa oksigen dalam darah merah. Keperluannya sangat penting untuk memastikan pengoksigenan yang cukup bagi semua tisu. Jika HB kurang, ia sekaligus mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen kepada tisu-tisu dalam badan.


Biasanya mereka yang mengalami anemia ini mempunyai tanda-tanda seperti pucat bibir dan sekeliling mulut, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Mereka juga akan rasa tidak bermaya, letih, lemah badan, pendek nafas apabila melakukan senaman, pening, pitam, kurang selera makan, kehilangan berat badan, sukar unruk berjalan serta mental bercelaru.

Anemia ini mungkin berpunca daripada kekurangan nutrisi seperti zat besi, asid folik dan B12 yang mana berfungsi untuk menghasilkan sel. Juga mungkin pernah kehilangan banyak darah seperti kemalangan dan tumpah darah.

Jadi sebagai cara untuk mencegah dan mengatasi masalah ini, kita perlu mengambil makanan yang mempunyai kandungan zat besi, asid folik, B12, B5 dan B6 serta vitamin C.

Untuk penyelesaian yang lebih mudah;

kurang darah, hb low
set anemia

Cadangan pengambilan vitamin diatas adalah kerana;

VITALEA - adalah multivitamin yang disertakan dengan zat besi yang mana dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi.

B Complex - lengkap dengan asid folik, B12 (cegah anemia), B6 dan B5 (membantu dalam penghasilan darah merah)

Vitamin C - membantu tubuh dalam penyerapan zat besi dengan lebih efisyen.