Sunday, 15 December 2013

MAKANAN PEMBAKAR LEMAK DI PERUT

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
pengedar shaklee kerayong, bera, triang, temerloh, mentakab dan seluruh malaysia

PERUT, kita semua mempunyai perut. Dan masalah yang paling ketara adalah saiz perut, ada yang buncit, boroi, geleber dan macam-macam lagi. Semuanya akibat lemak yang berlebihan daripada amalan pemakanan kita yang mungkin tidak seimbang.

Tetapi tahukan anda, ada sebahagian makanan yang dapat menjadi agen pembakar lemak-lemak di bahagian perut seterusnya dapat mengurangkan saiz perut.

Makanan tersebut ialah;

SALAD - Salah satu syuran hijau yang dikatakan dapat mempercepatkan pembakaran lemak di perut. Dengan pengambilan salad secara kerap akan membuatkan perut berasa cepat kenyang seterusnya membuatkan kita tidak makan makanan lain secara berlebihan.

YOGURT - Yogurt kaya dengan kandungan bakteria baik yang dipercayai dapat membuang toksin yang terdapat di dalam perut. Secara tidak langsung, proses penyerapan nutrisi dapat berjalan dengan lebih lancar. Yogurt berada pada carta yang tertinggi jika dilihat pada carta makanan pembakar lemak kerana fungsi lainnya mempercepatkan kadar metabolisme di dalam perut.

OAT - Oat biasanya diambil pada waktu pagi, tetapi dengan kelebihannya sebagai pembakar lemak, ia juga boleh diambil pada waktu siang ataupun malam. Pengambilan oat dikatakan dapat membantu kelenjar tiroid untuk menghasilkan sejenis hormon yang mampu membuang lemak di dalam perut.

TELUR - Rata-rata pegkaji mengatakan bahawa bersarapan dengan telur mampu mengurangkan berat badan. Kandungan B12 dan protein di dalamnya membantu meningkatkan sistem kerja metabolisme dalam tubuh seterusnya mempercepatkan pembakaran lemakyang terkumpul di dalamnya.

KEKACANG - Kekacang seperti badam, walnut dan kacang tanah adalah ejen pembakar lemak untuk membakar lemak diperut. walaubagaimanapun pengambilannya haruslah dikawal kerana ditakuti kolestrol dalam darah akan meningkat.

Kesimpulannya, dengan azam yang kuat dan mengamalkan diet yang sihat dan betul, In Shaa Allah badan yang diidamkan akan berhasil. Walaupun lambat yang penting sihat dan selamat.

Untuk dapatkan suplemen DIET SHAKLEE sila hubungi saya

nurmazlen
0139334920

2 comments:

  1. pergh boleh buat tesis da ni,master mek len

    ReplyDelete
  2. jgn la perli akk, mentang-mentangla akk x dpt buat mster mcm awk.... akk jd master Shaklee pon xpela...hehehe

    ReplyDelete