TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA
Kesibukan sekolah di awal tahun menjadi alasan saya sudah lame tidak menjenguk di blog ini. Alasan, memang manusia penuh dengan alasan. Apa kata kita perbaiki diri kita dengan menjadi orang yang tidak penuh dengan alasan yang tidak munasabah.
Tahun 2014, tahun ketiga berkhidmat di SK Kerayong Bera Pahang. Keadaannya jauh berbeza dengan sekolah terdahulu iaitu sekolah kecil yang agak pedalaman di Selangor. Di sini, muridnya lebih ramai juga dengan guru-gurunya. Maka lebih banyak ragam manusia di sekeliling saya. Ada yang positif dan ada yang negatif.
Pertama kali tahun ini ditugaskan menjadi penyelaras tahun 1. Semua orang kata mengajar budak kecil perkara yang mudah tetapi hakikatnya hanya warga pendidik sahaja yang tahu. Walau apa pun tanggunggjawab yang diberi, kami tetap akur dengannya. Amanah yang tidak ternilai.
Tetapi ada juga yang negatif, pelbagai tomahan dan kritikan dari ibu bapa. Biarlah apa orang kata, yang penting jangan hidup dipuji dan jangan pernah mati dikeji. Syukur dengan anugerah yang Allah berikan kerana menjadi pendidik bukan perkara yang mudah.
Dan saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan pendidik yang sangat positif, sentiasa berusaha untuk menjadi pendidik yang terbaik. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang negatif, anda memberikan pengajaran agar saya lebih berhati-hati. Terima kasih untuk pengalaman ini.
In Shaa Allah saya akan perbaiki diri dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment