Tuesday 10 June 2014

PANTANG SEMASA HAMIL

Bukan waktu lepas bersalin sahaja ada pantang, semasa hamil juga ada pantangnya, terutamanya dari segi makanan. Walaupun tidak seketat pantang semasa selepas melahirkan, ada beberapa  jenis makanan yang perlu dielakkan untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi terpelihara.

Yang pertama sekali adalah MAKANAN MENTAH, hal ini kerana makanan mentah  boleh menyebabkan; 
i. Cirit birit - yang mana biasanya disebabkan bakteria salmonela yang terkandung dalam ayam mentah, daging mentah serta telur mentah.
ii. Jangkitan cacing daripada ikan mentah, mungkin tidak memudaratkan bayi secara langsung tetapi cacing berupaya memakan zat-zat yang diperlukan oleh bayi.
iii. Toxoplasmasis - penyakit yang disebabkan oleh parasit dalam daging mentah serta sayur-sayuran yang tidak dicuci sempurna yang mana boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius pada bayi
iv. Keguguran, kelahiran pramatang dan keracunan - salah satu sebabnya adalah bakteria listeria yang terkandung dalam keju atau susu yang tidak dipasteur dengan sempurna.

Seterusnya adalah VITAMIN A. Pengambilan vitamin a melebihi 5000ui boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung serta saraf bayi. Jadi pilihan bijak untuk mendapatkan beta karotena adalah dari sumber lobak merah dan elakkan vitamin A daripada sumber haiwan seperti hati.

RAKSA juga mendatangkan bahaya kepada bayi kerana ia mampu merosakkan bayi. Jadi elakkan ikan-ikan seperti tuna, markerel atau ikan-ikan bersaiz besar kerana ikan yang besar lebih banyak mengandungi raksa.

Kencing manis juga sering menyerang ibu hamil, jadi puncanya adalah GULA dan MAKANAN BERGLUKOSA tinggi. Ianya bahaya kerana apabila berlakunya diabetes semasa hamil, berat bayi akan bertambah dan akan berlaku kesukaran semasa kelahiran.

Kemudian adalah MAKANAN YANG DIPROSES seperti sosej kerana ia mengandungi nitrit dan nitrat yang tinggi.

KACANG TANAH mampu memberi alahan kepada bayi selepas kelahirannya. Jadi jika ada ahli keluarga yang alah dengan kacang tanah, maka ia perlu dielakkan.

Jadi pastikan kita mengambil makanan yang baik serta seimbang untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi tidak terjejas. Pengambilan suplemen yang berkualiti juga adalah langkah yang bijak.

Untuk mendapatkan suplemen shaklee dengan rundingan yang istimewa sila hubungi saya;

Nurmazlen 0139334920
Inafazlin 0199216076
COD - TEMERLOH, MENTAKAB, BERA, TRIANG
COURIER - ENTIRE MALAYSIA


No comments:

Post a Comment