Friday 4 July 2014

RESEPI SARDIN ROLL KURANG BERMINYAK

Resepi mudah untuk hari ini, sardin roll.

Bahan untuk inti
Sardine satu tin sederhana
Cili kering yang telah dikisar bersama bawang besar dan bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula
Sebiji bawang besar yang dihiris bulat



Cara masak inti

Tumiskan cili kering bersama bawang besar dan bawang putih sehingga garing, masukkan sardin dan hancurkan sardin dengan sudip. Kemudian masukkan asam jawa serta garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar yang di hiris. Angkat dan ketepikan.

Bahan untuk roll

Roti gardenia panjang
Sedikit putih Telur sebagai gam
Telur yang dipukul dan ditambah dengan sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Caranya 

Ambil roti dan buang bahagian tepi yang bewarna coklat menggunakan pisau. (Tak buang pun tak pe). Kemudian gelekkan menggunakan penggelek atau gelas supaya roti menjadi nipis. Kemudian letakkan inti dan gulungkan, gamkan gulungan terakhir menggunakan putih telur. Untuk menggoreng, panaskan minyak, celupkan roti yang telah digulung bersama inti kedalam telur yang dibancuh dengan air, dan masukkan kedalam kuali. Apabila warnanya sudah perang, angkat dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Seperti biasa, untuk mendapatkan suplemen shaklee dengan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya.

Nurmazlen 0139334920

No comments:

Post a Comment