Tuesday 1 July 2014

RESEPI UDANG MASAK LEMAK 3 RAMADHAN

Hari ini saya ingin berkongsi resepi mudah untuk berbuka puasa. Sangat mudah dan senang. 

Bahan-bahannya

Udang
Sebiji bawang besar
Sebatang serai
Beberapa biji cili padi (ikut kepedasan yang diperlukan)
Santan segar
Sedikit garam
Serbuk kunyit
Sebiji tomato ( boleh gunakan sayuran lain seperti nenas, kacang panjang atau kacang buncis)


Caranya

Siang udang, jika rajin buang tahi di belakang badan udang tersebut. Hiriskan bawang, serai diketuk dan tumbukkan cili padi. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan hidupkan api serta kacau perlahan-lahan agar kuahnya tidak berketul-ketul. Perasakan dengan garam. Apabila mendidih masukkan sayuran. Selepas beberapa seketika, padamkan api dan boleh dihidangkan.

Mudahkan. Selamat mencuba.

Sambil masak jangan lupa untuk dapatkan produk Shaklee dari saya;

Nurmazlen 0139334920

No comments:

Post a Comment