Sunday 29 June 2014

RESEPI POPIA 1 RAMADHAN

Bermula bulan puasa tahun 2014, dengan azam baru saya nak kongsikan satu resepi setiap hari. Resepi mudah untuk orang yang tidak berapa rajin seperti saya.

Tetapi seperti selalu, dah habis semuanya masuk dalam perut, baru teringat nak ambil gambar. Jadi popia yang sangat menarik hati untuk hari ini hanya tinggal resepi sahaja, tiada gambar lagi untuk dibuat tatapan dan kenangan.

Bahan-bahannya

Sebiji timun
Sebiji sengkuang kecil
Sebiji lobak merah
Sebiji bawang besar yang sederhana sahaja
2 biji telur
Sedikit minyak
Sedikit taugeh
Sedikit udang
Kulit popia

Caranya

Mayangkan bawang besar, hiris halus-halus lobak merah, sengkuang dan timun. Tumiskan bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan timun, lobak merah dan sengkuang. Selepas seketika masukkan sebiji telur dan gaul rata, seterusnya masukkan taugeh. Angkat dan toskan supaya inti tidak terlalu basah. Kemudian apabila inti sudah agak sejuk, balutlah dengan kulitnya agar menjadi bentuk popia. Saya gunakan telur yang dipukul untuk melekatkan kulit popia tersebut. Akhir sekali goreng dengan api yang perlahan supaya tidak hangus.

Sekian resepi mudah untuk hari ini.

Jangan lupa membeli produk shaklee dengan saya, perniagaan shaklee saya masih berjalan seperti biasa. Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dengan rundingan yang istimewa;

Nurmazlen 0139334920
Cod in Triang, bera, temerloh dan mentakab

Courier entire Malaysia




No comments:

Post a Comment