Showing posts with label LUKA PEMBEDAHAN. Show all posts
Showing posts with label LUKA PEMBEDAHAN. Show all posts

Saturday, 12 April 2014

MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZINK

Zink mengikut kajian mempunyai kelebihan dalam pelbagai aspek kesihatan tubuh. Dan salah satu daripadanya adalah dalam proses penyembuhan luka.

Tetapi tahukah kita makanan-makanan yang kaya dengan mineral zink? Makanan yang kaya dengan mineral zink adalah seperti berikut; antaranya ialah


  • Makanan laut seperti tiram dan ketam
  • Daging, ayam dan itik
  • Produk tenusu seperti yogurt dan keju
  • Kekacang seperti badam dan biji gajus
  • Bijirin

Walaubagaimanapun, kita juga mempunyai alternatif lain untuk mengambil mineral zink, iaitu dengan mengambil suplemen zink, ia lebih mudah dan tidak mengganggu proses penyembuhan luka. Kerana sesetengan makanan walaupun mengandungi zink, tetapi tidak boleh diambil kerana dikhuaturi luka akan menjadi gatal atau bernanah yang mana makanan tersebut mungkin mengandungi unsur lain yang melambatkan proses penyembuhan luka.

Untuk mendapatkan Zink Shaklee yang terbaik, sila hubungi saya, saya sedia membantu anda

mazlen 0139334920

Friday, 11 April 2014

ZINK DAN VITAMIN C MEMBANTU PENYEMBUHAN LUKA PEMBEDAHAN

Vitamin dan mineral dalam makanan juga memainkan peranan penting untuk penyembuhan lukan selepas pembedahan termasuklah luka akibat proses kelahiran. Walaupun vitamin dan mineral terdapat dalam pelbagai sumber makanan, tetapi semasa tempoh berpantang kebanyakan sumber makanan tidak boleh diambil kerana dipercayai akan memudaratkan tubuh badan.

Petua nenek moyang kita telah menyenaraikan pelbagai makanan yang tidak boleh dimakan semasa tempoh berpantang. Sebagai contoh adalah sayur-sayuran seperti kangkung dan bayam, ia dikatakan makanan yang berangin. Memang ada betulnya dan terbukti, tetapi sayuran tersebut juga mengandungi vitamin dan mineral yang bagus untuk kesihatan kita.

Jadi untuk memudahkan kita mendapatkan sumber vitamin dan mineral terutama selepas pembedahan atau selepas besalin, lebih baik kita mengamalkan mengambil vitamin dan mineral dalam bentuk suplemen. 

Vitamin dan mineral yang paling penting untuk penyembuhan luka adalah Vitamin C dan Zink. Vitamin C diperlukan oleh badan untuk menghsilkan kolagen iaitu sebahagian penyambung tisu kulit yang memainkan peranan penting untuk penyembuhan luka. Manakala zink diperlukan untuk pembentukan dan penjagaan kulit dan membran mukosa.

Mereka yang mempunyai ulser kulit biasanya adalah merekan yang kekurangan mineral zink, manakala mereka yang kekurangan  Vitamin C pula biasanya dikaitkan dengan penyakit 'skurvy'.

Untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee dan Zink complex Shaklee yang asli, sila hubungi saya;

mazlin 0139334920