Seperti yang kita ketahui, ramai yang mengambil vitamin C dan vitamin E untuk mencantikkan kulit. Dalam erti kata lain kedua-dua vitamin ini sangat sinonim untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Cuma kesannya tidak sama untuk setiap individu, ada diantara kita mendapat kesan yang cepat ada yang lambat. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin dengan tujuan untuk kulit yang cantik adalah sangat-sangat bagus, kerana Vitamin bukan sahaja membantu mendapatkan kulit yang cantik malah juga menyumbang kepada tubuh badan yang lebih sihat.
VITAMIN C
Vitamin C atau ascorbic acid yang boleh didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran, hati mentah, susu dan tiram. Vitamin C adalah vitamin larut air serta Vitamin antioksida yang sangat bagus yang mana ia terlibat dalam proses pembentukan kolagen.
Vitamin C sangat berguna sebagai antioksida dalam rawatan masalah jerawat. Ia melindungi kulit daripada kerosakan akibat daripada radikal-radikal bebas serta melindungi kulit melalui penghasilan kolagen yang stabil. Malah ia dapat menghalang pigmentasi dan dapat membantu menyingkirkan parut jerawat. Dan satu lagi kelebihan vitamin C adalah dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat daripada cahaya matahari.
VITAMIN E
Vitamin E adalah vitamin antioksida yang sangat kuat. Ia mampu mnyingkirkan oksigen-oksigen reaktif yang dihasilkan semasa metabolisme lemak. Ia juga terlibat dalam memperbaharui tisu-tisu kulit terutama akibat daripada luka.
Vitamin E boleh ditemui dalam kandungan minyak bunga matahari, minyak safflower, gandum, sayuran hijau, badam, hazelnut dan minyak kelapa sawit.
Vitamin E membantu masalah jerawat adalah dengan kesan antioksidanya kerana ia adalah antioksida yang sangat kuat.
VITAMIN D
Juga dikenali dengan Vitamin cahaya matahari kerana ia disintesiskan di dalam kulit daripada kolestrol apabila terdedah kepada cahaya matahari. Sumber Vitamin D2 adalah daripada cendawan dan alfafa manakala Vitamin D3 pula daripada telur, hati dan ikan yang berminyak.
Vitamin D mempunyai beberapa kelebihan dalam merawat jerawat. Yang pertamanya adalah menghalang pembaharuan kelenjar 'sebaceous'. Dimana ia menghalang pengembangan kelenjar tersebut seterusnya mengurangkan penghasilan sebum.
Keduanya adalah, Vitamin D bertindak sebagai agen anti-infalamasi jika diambil dalam dos yang betul.
Yang ketiga, ia juga menghasilkan kesan antimicrobial melalui kumpulan agen antibakteria yang dipanggil 'cathelicidins'.
Dan yang terakhir, Vitamin D juga adalah antioksida yang boleh melindungi kulit daripada tekanan 'oxidative'.
Jadi rawatan kulit menggunakan Vitamin sangat digalakkan berbanding penggunaan kosmetik yang menghakis dan merosakkan kulit. Walaupun kesan menggunakan kosmetik sangat cepat, kita juga perlu sedari bahawa kerosakan kulit yang dialami juga adalah sangat pantas.
Untuk mendapatkan produk Shaklee yang sah, sila hubungi saya
mazlin 0139334920
cod sekitar Bera, Triang dan Temerloh
Showing posts with label JERAWAT. Show all posts

Friday, 18 April 2014
Thursday, 17 April 2014
VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN B6, B7, B12
Masih berkisar tentang vitamin yang bagus untuk mencegah dan membantu masalah jerawat. Sebenarnya bukan sahaja VITAMIN B5 yang dapat membantu masalah jerawat, malah Vitamin B6, B7 dan B12 juga turut menyumbang kearah kulit yang lebih cantik dan sihat.
VITAMIN B6
Secara umumnya diperlukan oleh tubuh badan untuk pernyataan genetik, proses sintesis tindak balas alahan dan nerotrasmiter, metabolisme lipid, penukaran glikogen kepada glukosa serta pembentukan hemoglobin.
B6 membantu masalah jerawat dari segi mengawal kandungan hormon dan perlepasan prostaglandin. Juga membantu mengurangkan keradangan yang disebabkan prostaglandin terhadap kecederaan kulit. B6 dipercayai boleh menghalang terhasilnya jerawat jika diambil dalam dos yang tinggi, tetapi kesan yang lebih baik jika diambil bersama Vitamin B12.
VITAMIN B7
Juga dikenali sebagai Biotin, Vitamin H atau Coenzim R. B7 boleh ditemui didalam telur kuning mentah, hati, kacang tanah, sayuran dan jagung. Fungsinya adalah untuk metabolisma lemak, mengawal kandungan gula dalam darah, pertumbuhan selular, dan sitesisi asid amino, valine serta isoleucine.
Walaubagaimanapun, terlalu sedikit kajian saintifik yang menyatakn kegunaannya dalam merawat masalah jerawat. Tetapi memandangkan ia terlibat dalam proses biokimia yang penting, maka ia secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan kulit. Ini kerana kekurangan biotin boleh menghasilkan simptom-simptom jerawat.
VITAMIN B12
Vitamin B12 juga dipanggil Cobalamin dan ia terkandung didalam telur, susu, produk tenusu, ikan, kerang-kerangan, ayam dan itik.
Ia juga tidak memberi kesan secara langsung terhadap jerawat, tetapi ia terlibat dalam metabolisma selular, sintesis asid lemak dan penghasilan DNA. Jadi ia memainankan peranan penting dalam mengawal sistem imunisasi serta sistem indokrin.
Jadi, kesimpulannya, kandungan keluarga Vitamin B mempunyai kesan yang bagus untuk membantu masalah jerawat samada secara langsung atau tidak langsung. Mungkin cara vitamin bertindak terhadap kulit tidak sepantas produk kosmetik, tetapi ia merawat dari dalam dengan cara yang lebih sihat dan selamat.
Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya.
mazlen 0139334920
*COD sekitar Bera dan Temerloh

Tuesday, 15 April 2014
VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN B5
Entri sebelum ini saya kongsikan tentang kebaikan VITAMIN A untuk mengatasi masalah jerawat. Sebenarnya kita mempunyai 8 Vitamin yang bagus dalam membantu masalah jerawat pada kulit kita. Dan yang seterusnya adalah vitamin B5.
Vitamin B5 atau juga dikenali dengan patothenic acid diperlukan untuk metanolisme lemak, karbohidrat dan protein. Vitamin B5 boleh diperolehi daripada daging, gandum, bijirin, yogurt dan telur.
Keupayaan Vitamin B5 untuk membantu masalah jerawat telah ditemui pada tahun 1995, dimana 2 tindakan utamanya adalah;

- Mengurangkan saiz liang roma
- Menguragkan simptom-simptom jerawat oleh kandungan Coenzim A nya yang mana ia mengurangkan pengahsilan sebum.
Oleh sebab itu cadangan suplemen untuk membantu masalah jerawat dimasukkan Vitamin B Complex.
Untuk mendapat produk Shaklee yang hebat, sila hubungi saya;
mazlen 0139334920
Monday, 14 April 2014
VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN A
Rawatan untuk kulit sihat tidak hanya bergantung kepada penjagaan luaran sahaja, penjagaan dalaman juga perlu untuk meastikan kesihatan kulit bebas daripada masalah termasuklah masalah jerawat.
Tanpa kita sedari, kekurangan vitamin juga adalah salah satu punca masalah jerawat yang kita hadapi pada masa kini memandangkan gaya pemakanan kita yang semakin tidak sihat.
Salah satu vitamin yang mampu merawat jerawat adalah Vitamin A.
Vitamin A mengandungi 5 kandungan utama iaitu retinol dan 4 provitamin yang dipanggil carotine. Carotene biasanya didapati daripada sumber tumbuhan manakala Retinol pula daripad sumber haiwan.
Salah satu cara Vitamin A membantu masalah jerawat adalah dengan mengembalikan keremajaan kulit iaitu dengan menyingkirkan lapisan kulit terluar dan meningkatkan 'skin turnover' dengan menggalakkan kematangan sel-sel epithelial yang baru. Seterusnya mengurangkan inflamasi dan membantu menyeimbangkan hormon. Dan yang terkahir adalah mengawal penghasilan sebum yang berlebihan.
Walaubagaimanapun, tindakan utama Vitamin A terhadap masalah jerawat adalah aktiviti pengaktioksidaannya. Dimana ia melindungi kulit daripada pelbagai radikal bebas yang merosakkan dan menyebabkan jerawat.
Pengambilan vitamin A dalam bentuk suplemen lebih baik jika bertujuan untuk merawat masalah jerawat.
Untuk mendapat Vitamin A daripada produk Shaklee, sila hubungi saya;

Wednesday, 24 July 2013
CEGAH JERAWAT DENGAN 6 NUTRISI HEBAT!
Teks : Nurmazlen Mohd Johar
Masalah jerawat adalah satu masalah yang agak besar. Kehadirannya tidak diundang malah sangat tidak dialu-alukan.
Mari kita lihat beberapa nutrisi semulajadi mampu memerangi kehadiran jerawat yang tidak diundang ini.
VITAMIN A
Vitamin A membantu melancarkan kitaran pertukaran kulit dan penghasilan kulit baru. Jika proses ini berjalan lancar maka tidak akan ada jerawat yang mengakibatkan lapisan protein dan minyak terkumpul.
Sumber; minyak ikan, salmon, lobak merah, bayam, brokoli
VITAMIN E dan C
Kandungan antioksidan yang terkandung dalam 2 vitamin ini memberi kesan penenang kepada kulit. Juga membantu mencegah keradangan kulit yang sering mencetuskan jerawat.
Sumber Vitamin E; kentang, kekacang, minyal zaitun, avokado, brokoli, sayuran hijau
Sumber Vitamin C; oren, limau gedang, lemon, betik, tomato
ZINC
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa individu yang mempunyai masalah jerawat mempunyai kandungan zinc yang rendah. Zinc berfungsi mencegah jerawat dengan mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai didiami jerawat. Malah ia juga membantu meredakan keradangan kulit.
Sumber; daging, kacang badam, kacang brazil, bijian gandum
OMEGA 3
Asid Omega 3 berfungsi menghalang penghasilan molekul tertentu yang mencetuskan keradangan kulit yang mampu menimbulkan jerawat. Juga bertidak sebagai penyokong proses penghasilan kulit baru.
Sumber; ikan salmon, kacang walnut, minyak bijan fleks, biji bunga matahari, badam
AIR
Air berfungsi melembabkan kulit dalam mengekekalkan kesihatan kulit secara optima. Air juga membantu menyingkirkan toksik berlebihan yang mana toksik yang berlebihan adalah antara faktor penyebab kulit kusan dan bermasalah. Malah air juga membantu melambatkan proses penuaan kulit.
SELENIUM
Ia adalah antioksidan yang kuat yang mampu melindungi kulit daripada kesan radikal bebas. Juga terdapat kajian yang meyatakan pengambilan selenium bersama vitamin E dapat mengurangi masalah jerawat.
Sumber; ikan salmon, tuna, bawang putih, kacang brazil, telur, beras perang
mamadhiya
sharing is caring
(^_^)

Subscribe to:
Posts (Atom)