Showing posts with label BMI KANAK - KANAK. Show all posts
Showing posts with label BMI KANAK - KANAK. Show all posts

Friday, 2 May 2014

STRESS! ANAK SERING DEMAM

Kesihatan anak sangat penting bukan. Bukan stress kerana bosan sering demam tetapi stress akibat risau akan kesihatan mereka. Tambahan pula apabila terpaksa bekerja ketika mereka sedang sakit atau tidak sihat, stress kerja ditambah lagi dengan kerisauan tentang anak memang membebankan fikiran. Fokus untuk bekerja juga merosot.

Sebagai ibu bapa melihat anak membesar dengan sihat adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Jadi salah satu langkah untuk memastikan sistem imun mereka kuat dan dapat mencegah dari serangan penyakit adalah dengan pengambilan vitamin dan mineral yang cukup setiap hari.

Vitamin C - meningkatkan penghasilan sel darah putih dan antibodi termasuklah antibodi interferon. Interferon akan menyelaputi permukaan sel dan menghalang kemasukan virus.

Vitamin D - mengurangkan risiko influenza

Vitamin E - merangsang penghasilan pembunuh kuman secara semulajadi yang membunuh sel serta b sel yang menghasilkan antibodi pemusnah bakteria.


Carotenoids - meningkatkan sel darah putih. Beta karotein adalah salah satu jenis carotenoids. Tubuh badan menukarkan beta karotein kepada vitamin A yang juga 'immunity booster'.

Bioflavonoids - membantu melindungi sel-sel tubuh badan dengan memenuhkan kawasan reseptor pada sel seterusnya kuman tidak dapat bertapak di situ.

Zink - juga meningkatkan penghasilan sel darah putih dan melepaskan lebih banyak antibodi.

Selenium - meningkatkan penghasilan sel sel pembunuh semulajadi.

Omega 3 - meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk memakan bakteria.


 Jadi sempena PROMOSI MEALSHAKE pada bulan ini, satu langkah bijak untuk mendapatkannya untuk anak-anak kita. Mealshake Shaklee lengkap dengan vitamin dan mineral yang dapat mebantu sistem imunisasi anak-anak dan mudah diambil serta sangat menjimatkan. Hubungi saya untuk mengetahui cara pengambilan yang betul untuk kesan yang terbaik.

Sekian, We share because We Care

mazlen 0139334920

Penghantaran percuma sekitar Temerloh dan Bera Pahang.

Saturday, 8 February 2014

BAHAYA KEKURANGAN KHASIAT DALAM MAKANAN KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA


Kepentingan vitamin dalam makanan anak-anak perlu diambil kira untuk memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal. Kita perlu tahu jumlah pengambilan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh mereka. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg Vitamin C, 400 mikrogram Vitamin A, 10 mg zat besi, 10 mg zink dan 50mikro gram folat setiap hari.

Sekiranya anak-anak kita tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya mereka mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan.  Kanak-kanak mudah mendapat anemia sekiranya kekurangan zat besi dalam badan. Malah jika mereka kekurangan zink pula boleh menyebabkan gangguan deria dalam badan yang mengakibatkan mereka kurang selera makan.

apa yang perlu kita lakukan adalah rutin pemakanan yang baik serta makanan yang sihat dapat membantu perkembangan dan tumbesaran anak-anak yang sihat.


Untuk mendapatkan produk shaklee dengan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 sms/call.whatsapp

inafazlin 0199216076 sms/call/whatsapp(Tbg Hj Temerloh)

Friday, 7 February 2014

MENU PENTING UNTUK TUMBESARAN KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Sebagai ibu bapa, pemakanan anak-anak sangat perlu dititik berat kan. Pastikan Khasiat pemakanan bersumberkan bahan semulaji. Setiap makanan yang dimakan membekalkan pelbagai khasiat yang berbeza. Jadi dengan memberikan anak-anak kita pelbagai jenis makanan dalam satu masa, ia dapat membantu mereka mendapatkan kalori, lemak, vitamin, mineral yang cukup untuk tumbesaran mereka.

Kalsium juga sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Mereka memerlukan 800mg kalsium setiap hari. Jadi makanan yang mengandungi kalsium seperti seperti susu, keju dan dadih penting untuk mereka. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga penting dalam membekalkan sumber vitamin A dan C.

Malah berikan mereka juga daging dan kekacang serta produk bijirin seperti roti dan bijirin penuh sebagai sumber zat besi, protein dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Jadi masalah yang timbul apabila, anak-anak kita tidak berselera atau terlalu memilih makanan. Kerana bimbang akan kekurangan zat yang diperlukan oleh badan mereka untuk tumbesaranyang sihat.
Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak-anak, perlulah mencari alternatif untuk membantu keperluan tubuh badan mereka. Terdapat pelbagai suplemen di pasaran yang dapat membantu, jadi pilih yang terbaik untuk mereka.

Untuk mendapatkan produk Shaklee sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 call/sms/whatsapp

inafazlin 0199216076 call/sms/whatsapp(Tbg Haji Temerloh)

Tuesday, 10 December 2013

CARA MERAWAT ANAK DEMAM MENGGUNAKAN SUPLEMEN SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Pengedar Shaklee Kerayong, Bera, Triang, Temerloh, Mentakab dan seluruh Malaysia

Kita sebagai ibu bapa tida dapat lari daripada dugaan anak demam, batuk dan selsema. Selain daripada menggunakan ubat daripada klinik dan hospital, bantulah anak-anak menggunakan doa, air zam-zam, makanan sunnah serta suplemen. Apa yang saya kongsikan di sini adalah antara usaha-usaha yang kita boleh lakukan untuk mengembalikan kesihatan kepada anak-anak kita. Selebihnya kita serahkan pada Allah.

Di sini saya kongsikan cara pengambilan suplemen SHAKLEE untuk anak-anak kita. Untuk kanak-kanak, dicadangkan untuk mengambil vitamin C chewable SHAKLEE yang mudah dikunyah untuk meningkatkan sistem imunisasi mereka. Seterusnya mengambil Omega guard SHAKLEE iaitu minyak ikan utuk menghindari kesejukan seperti batuk dan selsema. Yang ketiga iaitu Mealshake SHAKLEE, multivitamin dalam bentuk serbuk untuk melengkapkan nutrien kepada anak-anak kita, individu yang cukup nutrien sukar dihinggapi penyakit. Dan yang paling baik adalah Nutriferon SHAKLEE, mengaktifkan sistem imunisasi badan secara semulajadi.

suplemen sahklee untuk anak, omegaguard, vit c, mealshakle, nutriferon


Ke empat-empat suplemen tersebut bukannla perlu diambil setiap hari, ia bergantung kepada umur dan keperluan anak-anak kita.

Jika anak-anak demam. tingkatkan pengambilan vitamin c, dan berikan nutriferon setiap hari mengikut dos yang ditetapkan. Omega dan mealshake mengikut dos biasa. Pastikan anak-anak mengambil air masak secukupnya.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga yang BERBALOI-BALOI;

Nurmazlen 0139334920
FB Nurmazlen
Page Healthy Garage

Friday, 6 December 2013

KHASIAT OMEGA GUARD SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Kanak-kanak yang sering batuk dan selsema sering digalakkan untuk mengambil minyak ikan. Ia dikatakan dapat menguatkan antibodi dan melegakan batuk dan selsema. Pelbagai jenama minyak ikan yang terdapat dipasaran tetapi haruslah di pilih dengan betul kerana sesetengah daripadanya mengandungi lemak ikan yang tinggi bukan minyak ikan. Malah ada yang ditambah dengan perasa dan pewarna. Jadi untuk mendapatkan kesan yang baik dari minyak ikan, kita hendaklah memilih minyak ikan yang berkualiti seperti OMEGA GUARD SHAKLEE.

Kenapa memilih MINYAK IKAN dari produk SHAKLEE ? APAKAH PERBEZANNYA ?

Minyak ikan Shaklee melalui beberapa proses penyulingan untuk menyingkirkan cadmium, arsenic, mercury, dioxins, PCBs dan lain-lain bahan pencemaran. Ia juga tiada pewarna, perasa, dan pengawet serta bebas gluten.

Minyak ikan Shaklee sentiasa berkesan, berdasarkan 4500 kajian yang menunjukkan kebaikan asid lemak omega 3 terhadap kesihatan.. Malah ia mengandungi kesemua 7 asid lemak omega 3 termasuk EPA dan DHA.

Dan yang paling menarik adalah sentiasa SEMULAJADI.

The fish oil in Omegaguard is certified by Friends of the Sea. Sebuah organisasi konserversi antarabangsa yang mana kriteria kualitinya dikawal ketat termasuk cara pemprosesannya.  Juga di letakkan dalam salutan yang berasaskan minyak kacang soya yang bebas bisphenol-A.

Jadi sebagai pengguna yang bijak kita hendaklah memilih sesuatu yang berkualiti agar tidak tertipu dengan kepalsuan minyak ikan.

Perbandingan minyak ikan Shaklee dengan jenama lain;


Untuk promosi omega pada bulan ini, anda sangat dialu-alukan untuk menghubungi saya.
Sangat berbaloi.

Mazlen 0139334920

We share because we care.



Wednesday, 4 December 2013

BAHAYAKAH TELUR REBUS PADA KANAK - KANAK ?

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Benarkah telur membahayakan kesihatan terutama pada kanak - kanak ?

Di sini saya kongsikan hasil pembacaan saya daripada sebuah majalah berkenaan hubungan telur dan kanak - kanak. Jika dilihat dari piramid makanan, telur berada dalam kumpulan protein, iaitu sekumpulan dengan ayam, daging, ikan dan kekacang. Di mana kanak-kanak yang berusia dua hingga enam tahun perlu mendapat dua hidangan dari kumpulan ini setiap hari, manakala kanak-kanak yang lebih dewasa boleh mengambil dua atau tiga hidangan setiap hari.

Telur adalah salah satu sumber protein yang juga mengadungi pelbagai khasiat.  Protein telur terutamanya membekalkan kesemua asid amino yang merupakan bahan penting untuk membina blok protein yang baik untuk hormon, kulit, tisu dan banyak lagi sel badan. Ini kerana badan kita tidak mampu untuk an menghasilkannya sendiri. Telur adalah salah satu sumber protein yang mudah dihadam dan dapat diserap dengan mudah oleh badan. Bagi kanak-kanak, protein penting untuk pertumbuhan badan yang sihat.

Telur hanya mengandungi 75 kalori dan mengandungi choline yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Ia penting untuk penyimpanan ingatan dalam otak kanak-kanak dan dewasa. Malah sesetengah telur telah diperkaya dengan omega 3 iaitu lemak sihat yang boleh membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak dan membantu mencegah penyakit jantung dan artritis dikalangan orang dewasa.  

KANDUNGAN NUTRIEN DALAM SEBIJI TELUR


Jadi jangan bimbang jika anak-anak menggemari telur, cuma kawal pengambilannya dalam diet harian dan mingguan.

Untuk mendapatkan maklumat sumber Omega 3 yang asli sila KLIK DI SINI

mazlen 0139334920

bersama berkongsi kebaikan dan ilmu pengetahuan.
 

Thursday, 21 November 2013

MELATIH ANAK SUKA MAKAN SAYUR

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Sayur ibarat racun bagi kanak-kanak. Pantang nampak sayur, terus terbantut selera mereka.

Seawal 6 bulan, anak-anak kita sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pepejal seperti sayur, buah-buahan, nasi dan lain-lain lagi. Tetapi makanan pepejal tersebut perlulah dilembutkan terlebih dahulu. Salah satu kaedah untuk cuba untuk melatih anak suka akan sayur adalah dengan memperkenelakan sayur-sayuran terlebih dahulu daripada buah-buahan bermula usia mereka masih kecil. Kenapa? Dipercayai bahawa jika anak-anak diperkenalkan dengan rasa manis buah terlebih dahulu, mereka akan menolak rasa sayur.

Antara sayur-sayuran yang baik untuk anak-anak adalah

*Saleri - saleri biasanya dijadikan sebagai penambah perisa dalam sup atau bubur. Walaupun sekadar penambah perisa, sebenarnya saleri kaya dengan kalsium dan fosforus.

*Bayam - Samada bayam merah atau hijau, kedua-duanya kaya dengan vitamin A(betakarotein), B, C, asam folat, fosforus, mangan dan zat besi yang bagus untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak.

*Labu siam - juga kaya dengan kalsium dan fosforus

*gambar hiasan*


*Brokoli - Hijau dan sedap bukan. Ia kaya dengan kalsium dan asam folat.

*Tomato - Warnanya sangat menarik dan daripada warnanya kita boleh mengagak bahawa ia kaya dengan vitamin c dan likopen(sejenis antioksida)

Sebagai ibu bapa, pemakanan anak-anak sangat perlu dititikberatkan. Badan dan minda yang sihat bermula dengan makanan yang baik.

We SHARE because we CARE

Untuk maklumat makanan tambahan yang berkualiti untuk anak-anak kita sila KLIK DI SINI

mazlen 0139334920




Wednesday, 2 October 2013

KANAK- KANAK OBES

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Sedarkah kita, ramai kanak - kanak yang mengalami masalah obesiti. Salah satu faktornya adalah tabiaat pemakanan yang tidak sihat. Makan secara berlebihan dan makan makanan yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi.

Kanak - kanak yang mengalami obesiti ini akan mengalami masalah untuk bermain dan bersukan seterusnya membawa kepada masalah kesihatan. Mereka akan mudah letih dan yang paling mengecewakan apabila mendapat ejekan daripada rakan - rakan serta kurang peluang untuk menyertai acara sukan di sekolah. Mungkin perkara kecil pada kita, tetapi pada mereka ia sesuatu perkara yang mengecewakan. Juga boleh mendatangkan tekanan dalam diri mereka.

Jadi sebagai ibu bapa, lebih baik kita mencegah sebelum perkara ini terjadi bukan? Mengawal makanan yang diambil oleh anak - anak terutama makanan segera. Makanan segera sememangnya mudah, sedap dan menjimatkan, tetapi tanpa kita sedari ia mengundang bahaya pada kesihatan kita. Ia tinggi dengan kalori, lemak, garam dan MSG.

Cuba ukur tinggi dan berat anak-anak kita, adakah mereka di berada di aras yang betul berdasarkan jadual di bawah.


 
Cara kira BMI ; Berat (kg) bahagikan dengan [tinggi (m) x tinggi (m)]

Jadi kesimpulannya, pastikan anak-anak kita mempunyai berat yang ideal untuk memastikan tahap kesihatannya di aras yang paling baik.

mamadhiya
we share because we care