Showing posts with label vitamin ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label vitamin ibu hamil. Show all posts

Thursday, 19 June 2014

BAYI CACAT APABILA KEKURANGAN ASID FOLIK

Kecacatan bayi adalah sangat membimbangkan, apabila bayi dilahirkan kita berharap mereka akan lahir dengan sempurna. Tetapi setiap yang berlaku adalah anugerah dariAllah, tetapi kita sabagai manusia biasa tidak salah untuk berusaha untuk memastikan anak yang dikandung akan dilahirkan dengan sempurna.

Salah satu keperluan nutrisi yang perlu di ambil utuk mengelakkan kecacatan bayi adalah ASID FOLIK. Sebab itulah apabila pemeriksaan kandungan dilakukan, kita akan dibekalkan dengan asid folik. Asid folik adalah salah satu vitamin yang tergolong dalam kumpulan B, yang mana ianya wujud secara semula jadi dalam makanan seperti kekacang dan sayuran hijau.

Asid folik dapat membantu mencegah kecacatan saraf (spina bifida) iaitu pelindung yang menutupi korda spina bayi. Jadi jika kekurangan asid folik, pelindung tersebut tidak menutupi dengan sempurna dan menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu pertama, otak dan sistem saraf bayi sedang membentuk dan berkembang dengan pesat, jadi pengambilan asid folik setiap hari adalah sangat digalakkan.



Seterusnya apabila masuk trimester ke-2, pengambilan asid folik boleh dihentikan atau diteruskan. Jika diteruskan, ia tidak menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

Jadi pada mereka yang merancang untuk hamil, pengambilan asid folik disarankan diambil 3 bulan lebih awal.



Ibu hamil yang tidak mengambil asid folik berisiko 5 kali ganda untuk bayi mengalami kecacatan tiub neural berbanding ibu hamil yang mengambilnya.

Untuk mendapatkan sumber asid folik yang berkualiti, pastikan anda mengambil dari sumber yang  berkualiti seperti daripada suplemen Shaklee (b complex atau vitalea).

Untuk mendapatkan suplemen Shaklee dengan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920

Monday, 28 April 2014

SUSU CAIR KE PEKAT KE, ADA AKU KESAH!!

Memang 'poyo' kalau ada ibu yang mengatakan seperti tajuk entry pada hari ini.

Saya tidak merujuk kepada sesiapa pun, jadi jangan ada yang terasa ye. Pada saya ibu yang mementingkan kualiti susu untuk anaknya adalah ibu yang sangat bijak dan prihatin. Jika hanya mementingkan kuantiti, saya rasa ibu tidak patut untuk berbuat demikian. Betul kuantiti penting agar anak mendapat keperluan susu ibu yang cukup, tetapi jika susu yang diberikan tiada khasiat apa gunanya kan?

Ada diantara ibu yang mungkin anti suplemen menayang susu ibu di laman sosial dengan menyatakan "tanpa suplemen pun dapat pam banyak susu". Jadi mungkin pada pendapatnya pengambilan suplemen adalah satu pembaziran. Itu pendapat masing-masing bukan.

Saya lebih suka ibu yang membandingkan kualiti susu sebelum dan selepas mengambil suplemen. Sangat berbeza dan bayi cepat kenyang. Malah kepekatan susu juga berbeza. Tetapi kuantiti yang dihasilkan tetap bergantung kepada cara yang betul iaitu kaedah "supply n demand". 

Pelbagai produk suplemen yang dikatakan ada dipasaran, sebagai pengguna yang mementingkan kualiti dan kesihatan anak yang maksimum haruslah memilih produk yang telah lama berada dipasaran kerana ia telah dipercayai sejak dulu lagi dan bukanlah produk yang pasang surut. Ataupun seperti biskut, 'sekejap ada sekejap takda'.

Sharing is caring n loving

Mazlen 0139334920
Cod Shaklee product area Bera n Temerloh

Friday, 4 April 2014

KALSIUM UNTUK TULANG KUAT

Sempena promosi Shaklee pada bulan April masih berlangsung, saya ingin kongsikan seberapa banyak maklumat berkenaan kalsium, kenapa? Kerana saya mahu kita sama-sama mendapat keuntungan, badan sihat, duit pun jimat.

Berapakah kuantiti kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan kita?

Pengambilan kalsium setiap hari mestilah tidak melebihi 2500mg.

Jika mengambil makanan yang berkalsium tinggi beserta suplemen kalsium, pastikan jumlah kalsium yang diambil tidak melebihi 2500mg. Kerana kalsium yang berlebihan, tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.

Cara pengambilan suplemen kalsium;


  • Periksa kandungan atau kuantiti kalsium sama ada cukup untuk keperluan harian atau tidak.
  • Kebiasaannya kalsium bergabung dengan unsur karbonat atau sitrat. Kalsium karbonat lebih murah manakala kalsium sitrat adalah pilihan yang lebih baik untuk orang dewasa kerana dapat mengurangkan asid perut.
  • Walaubagaimanapun, kalsium sitrat hanya mengandungi kandungan kalsium yang lebih rendah berbanding kalsium karbonat, jadi ia perlu diambil dengan dos yang lebih tinggi.
  • Pengambilan suplemen kalsium hendaklah disertakan dengan segelas besar air atau bersama / selepas makan.
  • Untuk meningkatkan penyerapan kalsium, jangan ambil dos yang banyak dalam satu-satu masa, lebih baik diambil 2 tau 3 kali sehari.
Sharing is caring.

Jom dapatkan suplemen Shaklee bersama saya;

mazlen 0139334920

Thursday, 3 April 2014

KALSIUM UNTUK IBU HAMIL

"Asal mengandung je tercabut sebatang gigi". Saya pernah mengenali individu yang berpengalaman sebegitu, malah jika tidak silap saya anaknya seramai 5 orang, jadi dia telah kehilangan 5 batang gigi gerahamnya.

Jika dulu saya tidak tahu mengapa ia terjadi, dan menganggap ia sesuatu yang remeh. Tetapi setelah berpengalaman menjadi seorang ibu, saya sedari bahawa masalah tersebut berpunca daripada kekurangan pengambilan kalsium semasa hamil.

Semasa hamil, kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi janin yang kuat, serta untuk pertumbuhan jantung, saraf dan otot yang sihat. Malah kalsium juga penting untuk keperluan denyutan jantung yang normal dan dalam keupayaan penggumpalan darah (blood clotting).

Berapakah kuantiti kalsium yang diperlukan?

18 tahun ke atas - 1000mg (sebelum, semasa dan selepas hamil)

18 tahun ke bawah - 1300mg

Walaupun setelah melahirkan anak dan tempoh penyusuan selesai, pengambilan kalsium masih perlu dititikberatkan.

Ambillah suplemen kalsium dari Shaklee yang dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang maksimum oleh tubuh badan.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee sempena promosi April 2014.

mazlen 0139334920

Tuesday, 4 March 2014

PROMOSI ESP SHAKLEE 2014

Bulan March ini Shaklee menawarkan dengan pembelian 6 canister ESP anda akan mendapat percuma satu canister ESP.

ESP sangat popular dikalangan pengguna produk shaklee. Esp adalah salah satu makanan tambahan yang bagus untuk kesihatan. Ianya sangat sinonim dengan mereka yang hamil, menyusukan bayi, penghidap gastrik, wanita yang berpantang, individu yang berpuasa serta mereka yang ingin mendapatkan kulit yang sihat.

Sumber ESP daripada soya yang ditanam secara organik dan juga 'non GMO' product menjadikan ia sumber soya yang bagus untuk kesihtan kita semua.

Jika hamil dan mahukan anak yang putih dan gebu, secara mitosnya kita perlu minum air soya semasa hamil, tetapi soya yang diambil perlulah dari sumber yang bagus kerana jika tidak bayi yang bakal lahir akan mengalami masalah kulit. Jika percaya juga dengan amalan tersebut, ambil lah ESP kerana terbukti ia dari sumber yang berkualiti dan selamat. Kebanyakan soya yang berada dipasaran adalah GMO, dimana genetiknya telah diubahsuai, jadi kualiti dan kebaikannya sudah terjejas.

Untuk mendapatkan produk Shaklee sila hubungi saya;

nurmazlen mohd johar 0139334920

Wednesday, 5 February 2014

VITAMIN C SHAKLEE BAGUS UNTUK IBU HAMIL

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA

Selain zat besi, vitamin C juga sangat penting untuk ibu hamil. Vitamin C digalakkan diambil bersama dengan suplemen zat besi kerana dikatakan dapat membantu penyerapan zat besi terhadap tubuh badan secara optimum.

Selain itu, Vitamin C penting untuk melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Malah ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin c juga membantu menguatkan sistem pertahanan badan (immune booster).

Kenapa perlu pilih Vitamin C yang berkualiti dan mempunyai pelepasan masa seperti Vitamin C Shaklee?

Vitamin C shaklee dicipta secara eksklusif oleh Shaklee yang mana ia mempunyai teknologi sains pembebasan berterusan secara semulajadi. Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Dimana ujian klinikal telah membuktikan kandungan Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setaip tablet mengandungi 120mg bioflavanoid (25% dari bioflavanoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin c complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, mengelakkan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

vitamin C shaklee kerayong, triang, bera, temerloh mentakab
vitamin c shaklee

Untuk mendapat produk shaklee dan rundingan istimewa secara percuma, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 sms/call/whatsapp

inafazlin 0199216076 sms/call/whatsapp (Tbg Hj Temerloh)

Monday, 3 February 2014

CARA MENAIKKAN PARAS HEMOGLOBIN DALAM DARAH

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA

Paras Hb yang rendah ketika hamil sememangnya membimbangkan. Ia akan membahayakan ibu dan bayi yang dikandung.

Jadi antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk membantu mengekalkan paras Hb yang normal atau menaikkan paras Hb yang rendah adalah seperti berikut;

Ibu hamil disyorkan mengambil zat besi tambahan daripada makanan tambahan yang bersesuaian. 

Malah untuk meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu di syorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencata.

Vitamin c juga disarankan semasa mengambil makanan berzat besi kerana Vitamin C dapat meningkatkan kadar serapan zat besi kepada tubuh. Tetapi teh dan kopi perlu dielakkan semasa pengambilan zat besi kerana ia akan menghalang penyerapan zat besi. Jika mahu juga mengambil teh atau kopi, ia boleh diambil satu atau 2 jam sebelum mengambil makanan berzat besi.

Pengambilan kalsium sama ada dalam bentuk suplemen atau susu juga penting semasa hamil, tetapi ia perlu diambil secara berasingan daripada zat besi untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, wanita perlu terus mengambil makanan yang kaya dengan zat besi atau makanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Jadi keperluan zat besi dalam tubuh tidak boleh dipandang remeh. 

Untuk mendapatkan produk shaklee dan rundingan istimewa, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920 call/sms/whatsapp
inafazlin 0199216067 call/sms/whatsapp--Tbg Hj Temerloh




Sunday, 2 February 2014

KEPENTINGAN ZAT BESI KEPADA IBU MENGANDUNG

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA

Mengapa zat besi terlalu dititik beratkan semasa hamil? Apakah kepentingannya? Haruskah dipandang remeh? 

Kekurangan zat besi pada wanita hamil akan menyebabkan berlakunya anemia, iaitu kepekatan darah yang rendah (Hb). Wanita mengandung memerlukan 50% lebih banyakzat besi berbanding wanita biasa. Biasana mereka adalah wanita yang pernah disahkan mengidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan anak, wanta yang telah melahirkan anak beberapa kali serata wanitayang senag menyusukan bayi.

Wanita yang mengalami anemia akan kelihatan pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju. Malah bagu wanita hamil, mereka berisiko untuk keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta kebarangkalian yang tinggi untuk ibu meninggal dunia.

Jadi untuk mengesan samada kita mengalami anemia atau tidak, Pemeriksaan boleh dilakukan di klinik atau hospital yang mana dapat mengesan tahap hemoglobin dalam darah semasa ujian darah.

Untuk membantu membantu gejala anemia ini, kita disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayuran hijau, kekacang, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tahu. Tetapi kebiasaanya doktor akan mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

Jadi sebagai pengguna  yang bijak memilih, pilihlah produk makanan tambahan zat besi dari sumber yang bagus, jika tidak usaha yang kita lakukan akan sia-sia.


Untuk mendapatkan produk shaklee dan rundingan secara eksklusif, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 call/sms/whatsapp
inafazlin 0199216076 call/sms/whatsapp (temerloh/tbg haji temerloh)


Wednesday, 5 June 2013

VITAMIN IBU HAMIL

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Ibu hamil juga memerlukan makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan ibu dan bayi. Walaubagaimanapun, pastikan suplemen yang diambil dipastikan kandungannya dan berkualiti serta berpatutan. Juga pastikan sumber vitamin yang diambil adalah yang bukan dari vitamin jenis sintetik ye.

Antara vitamin atau suplemen penting yang perlu diambil oleh ibu hamil ialah
- Zat besi
- B-complex
- Vitamin C
- Kalsium
- Protein
- Minyak ikan/Omega



Shaklee memudahkan ibu hamil untuk mendapatkan kesemua suplemen diatas dengan adanya vitamin-vitamin semulajadi yang lengkap untuk keperluan ibu hamil.

Vitalea with iron formulae ( multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan zat besi)-membantu ibu hamil mendapat keperluan nutrien yang lengkap serta membatu ibu hamil daripada masalah anemia dan masalah pitam semasa mengandung. Anemia boleh membahayakan ibu dan anak semasa proses kelahiran nanti. Dengan pengambilan Vitalea ini, ibu tidak perlu lagi mengambil vitamin prenatal yang lain kerana ia juga disertakan dengan zat besi dan 200mg asid folik.


B Complex - Vitamin b complex from Shaklee lengkap dengan asid folik dan biotin ( sumber b yang sangat mahal harganya). Asid folik sangat penting ketika hamil kerana asid folik membantu pembinaan tulang bayi bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya spina bifida. Pengambilan asid folik perlu sekurang-kurangnya 400mg sehari (2bj vitalea@1bj vitalea+1bj b complex)

Vitamin C - Vitamin C perlu dalam melindungi sel penting untuk pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Ia kuga sangat penting untuk gigi dan gusi yang kuat dan sihat. Juga membantu penghadaman zat serta meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh badan. Malah ia juga meningkatkan kadar serapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Ostematrix (kalsium+magnesium+vitamin D) - Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300 mg kalsium setiap hari. Kenapa kalsium Shaklee ni digabungkan dengan magnesium dan vitamin D? Magnesium membantu menggabungkan kalsium kedalam tulang serta menguatkannya manakala vitamin D merangsang penyerapan kalsium kepada tulang.
Kalsium sangat penting dalam pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi, juga penting untuk pembekuan darah yang sempurna, membaiki kekejangan otot, menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Jika ibu hamil mengalami kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan    pertumbuhan bayi dan penyusutan jisim serta kerosakan gigi pada si ibu kerana bayi yang dikandung akan menarik kalsium dari ibunya untuk keperluan tubuh badannya.

Esp (protein) - protein penting untuk membina serta memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim dalam tubuh badan. Ia juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Malah membentu memberi tenaga kepada ibu hamil. Selain itu membantu mengelakkan kecacatan janin. Esp mengandungi asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Ibu hendaklah mengambil protein yang cukup untuk membatu pertumbuhan plasenta dan uterus, penghasilan susu ibu dan untuk membantu pengaliran darah yang semakin bertambah. Keperluan protein semakin penting apabila masuk trimester yang ke3 untuk membantu memaksimumkan  pertumbuhan fetus.

Omegaguard (minyak ikan) - Minyak ikan yang berkualiti yang mengandungi Dha dan Epa yang membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal. Juga untuk mengawal kolestrol dalam tubuh si ibu.

untuk maklumat harga dan rundingan istimewa :
mazlen johar | 0139334920 | id910165
facebook leynn mazleynn