Showing posts with label VITAMIN A. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN A. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

VITAMIN UNTUK REMAJA CERGAS DAN SIHAT

Jarang sekali bercerita tentang vitamin untuk remaja, biasanya yang kita dengar hanya untuk kulit, untuk kesuburan, untuk ibu hamil dan ibu menyusukan bayi. Bagaimanapula dengan remaja? Bukankan setiap peringkat umur memerlukan keperluan vitamin yang cukup?

Remaja adalah satu peringkat umur dimana mereka memerlukan keperluan vitamin dan mineral yang cukup untuk memastikan pertumbuhan badan yang sihat memandangkan pada peringkat umur remaja mereka mengalami perubahan fizikal dan biokimia didalam tubuh  mereka.

Keperluan Vitamin untuk remaja secara umumnya ;

  • B12 dan asid diperlukan untuk sistesis tisu-tisu dalam badan kerana pertumbuhan tubuh yang sangat pesat.
  • Zink, Magnesium dan Kalsium untuk tulang yang kuat dan juga menambah ketumpatan tulang.
  • Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E pula diperlukan untuk memastikan pertumbuhan sel-sel baru dalam keadaan yang sihat.
  • Vitamin B6 dan Vitamin D diperlukan lebih banyak untuk pertumbuhan rangka dan tisu-tisu.
  • Begitu juga dengan kalori, semakin banyak ia diperlukan, semakin tinggi juga vitamin B1, B2 dan B3 perlu diambil.
Cadangan pengambilan Vitamin mengikut jantina

Remaja lelaki; memerlukan lebih Vitamin A dan Zink. Vitamin A membantu melawan radikal bebas dan bagus untuk sistem imunisasi. Malah ia juga membantu melicinkan kulit kerana sesetengah remaja lelaki mempunyai masalah jerawat semasa remaja akibat daripada perubahan hormon. Jadi ada diantara mereka yang dapat mengatasi masalah tersebut dengan pengambilan Vitamin A.

Remaja perempuan; memerlukan lebih banyak kalsium, Vitamin B6 dan zat besi. Vitamin B6 terlibat dalam beberapa proses hormon semasa haid. Malah peningkatan hormon estrogen juga menyebabkan keperluan vitamin B6 meningkat. Kekurangan zat besi juga sering berlaku pada remaja wanita kerana mereka kehilangannya semasa haid setiap bulan. Kalsium pula diperlukan untuk menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis.

Jadi sebenarnya pada usia remaja vitamin dan mineral sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh badan mereka memandangkan pada peringkat remajalah mereka mengalami pertumbuhan yang pesat serta perubahan fizikal dan emosi yang sangat ketara. Sebagai ibu bapa atau penjaga, bantulah mereka untuk mendapatkan vitamin dan mineral yang cukup.Sekurang-kurangnya pastikan mereka mengambil multivitamin dan multimineral setiap hari. Malah pastikan pengambilan vitamin tersebut dari produk yang terbaik seperti Shaklee.


Untuk mendapatkan vitamin Shaklee dari saya, sila hubungi

mazlin 0139334920



Monday, 14 April 2014

VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN A

Rawatan untuk kulit sihat tidak hanya bergantung kepada penjagaan luaran sahaja, penjagaan dalaman juga perlu untuk meastikan kesihatan kulit bebas daripada masalah termasuklah masalah jerawat.

Tanpa kita sedari, kekurangan vitamin juga adalah salah satu punca masalah jerawat yang kita hadapi pada masa kini memandangkan gaya pemakanan kita yang semakin tidak sihat.

Salah satu vitamin yang mampu merawat jerawat adalah Vitamin A.

Vitamin A mengandungi 5 kandungan utama iaitu retinol dan 4 provitamin yang dipanggil carotine. Carotene biasanya didapati daripada sumber tumbuhan manakala Retinol pula daripad sumber haiwan.

Salah satu cara Vitamin A membantu masalah jerawat adalah dengan mengembalikan keremajaan kulit iaitu dengan menyingkirkan lapisan kulit terluar dan meningkatkan 'skin turnover' dengan menggalakkan kematangan sel-sel epithelial yang baru. Seterusnya mengurangkan inflamasi dan membantu menyeimbangkan hormon. Dan yang terkahir adalah mengawal penghasilan sebum yang berlebihan.

Walaubagaimanapun, tindakan utama Vitamin A terhadap masalah jerawat adalah aktiviti pengaktioksidaannya. Dimana ia melindungi kulit daripada pelbagai radikal bebas yang merosakkan dan menyebabkan jerawat.

Pengambilan vitamin A dalam bentuk suplemen lebih baik jika bertujuan untuk merawat masalah jerawat.

Untuk mendapat Vitamin A daripada produk Shaklee, sila hubungi saya;

mazlin 0139334920