Showing posts with label PANDUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK. Show all posts

Tuesday, 3 March 2015

MULTIVITAMIN KANAK-KANAK

Vitalea for children sudah dipasarkan semula bermula bulan lepas. Ia diberhentikan seketika untuk penambahbaikan atau diformulasikan semula. Dengan kata lain, vitalea kids yang baru ini adalah formulasi baru dan lebih baik.

Multivitamin  dan multimineral untuk kanak-kanak shaklee ini diambil sama seperti vitamin C chewable. Jadi memang mudah di ambil oleh kanak-kanak yang sememangnya sukar untuk menelan pil. Rasanya juga boleh diterima kanak-kanak iaitu ada sedikit rasa manis.

Bulan ini shaklee masih menawarkan pembelian 3 botol dan free sebotol untuk Vitalea for Children ini, tetapi jika ingin membeli satu botol juga tiada masalah. Cuma hubungi saya untuk rundingan yang seterusnya.

nurmazlen 0139334920
Cod Bera, Traing, Temerloh, mentakab
Courier around malaysia
VITALEA PROMOSI, VITALEA MURAH
VITALEA FOR CHILDREN

Monday, 2 March 2015

PROMOSI SHAKLEE BULAN MARCH 2015

Promosi bulan ini adalah produk yang paling digemari pelanggan-pelanggan shaklee iaitu ESP buy 6 free 1. Malah lebih menguntungkan Shaklee juga menawarkan promosi Zink dan Vitalea for children Buy 3 free 1.

ESP sememangnya sudah sinonim dengan mereka yang menjaga kesihatan kulit, menyusukan bayi, mengandung serta gastrik. Malah jika digandingkan dengan zink, terus terbayang cadangan set pantang bagi pembedahan atau bersalin.

Seperti yang telah sedia maklum, ESP sememangya sumber protein yang paling bagus kerana didatangkan dengan sumber kacang soya yang berkualiti, oleh sebab itu ia membantu dalam pertumbuhan sel-sel dalam tubuh kita. Manakala zink sangat membantu dalam proses penyembuhan.

Vitalea for Children pula adalah multivitamin yang dicipta khas untuk kanak-kanak. Tidak perlu telan menggunakan air, hanya dikemam dalam mulut sama seperti Vitamin C chewable. Didatangkan dengn formula baru yang lebih berkualiti serta bagus untuk kesihatan anak-anak kita.

Untuk mendapatkan rangkaian produk Shaklee, sila hubungi saya

mazlen 0139334920

Saturday, 7 June 2014

KURANG VITAMIN D ANAK BOLEH TERBANTUT

Sumber Vitamin D yang paling biasa adalah cahaya matahari dan juga telur, tetapi tidak bermakna kita harus berjemur di bawah sinaran matahari untuk mendapatkannya atau mengambil hidangan telur setiap hari. Walaubagaimanapun keperluan vitamin D adalah sangat penting bagi setiap individu terutama ibu-ibu hamil dan juga ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Keperluan Vitamin adalah sangat penting dalam penyerapan kalsium. Jika kita mengambil kalsium tanpa vitamin D, kemungkinan kalsium memberi kesan yang tidak baik terhadap tubuh serta melakukan kerja yang sia-sia kerana kalsium tidak dapat diserap secara optimum oleh tubuh.

Kekurangan zat pada ibu juga memberi kesan kepada keperluan zat oleh bayi. Jika ibu tidak mempunyai vitamin D yang cukup maka bayi kita juga begitu. Bayi yang kekurangan vitamin D menyebabkan pertumbuhan tulang mereka akan terganggu. Biasanya bayi atau kanak-kanak yang kekurangan vitamin D mengalami pertumbuhan gigi yang terbantut, tenaga yang rendah, kesulitan dalam duduk dan merangkak dan pembesaran tulang rusuk pada bayi.

Jadi sebagai ibu yang bertanggungjawab memberikan keperluan yang cukup untuk anak-anak, perlu lah memastikan pengambilan zat yang cukup. Tidak semestinya apabila kita memberikan susu ibu, kita sudah pasti zatnya juga lengkap. Kita sendiri juga sedari makanan pada masa kini bukan lah sehebat dan se'natural' seperti zaman dahulu. Jadi kita ada pilihan untuk mengambil suplemen tambahan dalam memastikan kesihatan kita serta anak-anak terpeiharan.

*Bagi pengamal suplemen Shaklee, Ostematrix adalah pilihan terbaik untuk ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi. Ostematrix adalah sumber kalsium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan juga magnesium yang mana kedua-duanya membantu penyerapan kalsium secara maksimum.

Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920

Friday, 16 May 2014

MAKAN SAYUR TIDAK BERGUNA LAGI

Seperti mana yang kita tahu, sayur-sayuran kaya dengan vitamin terutama vitamin C. Tetapi tahukah anda bahawa Vitamin C adalah vitamin larut air? Pelbagai kaedah masakan akan mengurangkan kandungan Vitamin di dalam sayuran termasuklah Vitamin C. Jadi memakan sayuran yang tiada vitamin adalah satu kerja yang sia-sia bukan?

Cara menggunakan atau memasak sayur agar vitamin masih dikekalkan dan masih berguna untuk tubuh badan kita;

  • Masak dengan air yang sedikit - Mencelur sayuran adalah cara paling banyak mengurangkan vitamin daripada sayuran, jadi kita ubah kepada stimkan sahaja sayuran tersebut menggunakan air yang sedikit. Contohnya apabila kita menstimkan brokoli, ia akan mengekalkan nutrisinya malah ia akan kelihatan menarik dengan kehijauannya.
  • Masak dengan tidak menggunakan air - ianya dapat mengekalkan peratus vitamin paling tinggi. Memanggang atau goreng sekejap tidak memerlukan air, jadi cara ini dapat mengurangkan kadar kehilangan vitamin larut air. 
  • Masak dengan mengekalkan air - masak dengan tidak menggunakan air hanya sesuai dengan bebrapa jenis sayuran sahaja, tetapi kebanyakan masih perlu menggunakan air. Contohnya vitamin C dalam tomato akan hilang jika di masak dalam air, tetapi kita boleh mengekalkan nutriennya dengan jadikan ia puri bersama air. Sup atau air rebusan sayuran mengandungi vitamin, jadi galakkan anak-anak menikmatinya bersama-sama dengan sayuran.
  • Masak dengan air - Jika kita gemarkan sayuran yang didihkan dalam air, simpan air tersebut. Air rebusan sayuran mengandungi peratus vitamin yang tinggi, jadi kita boleh mencelurkan sayuran lain dalam air yang sama atau gunakan dalam masakan lain. 
  • Elakkan memasak - Sayur atau buah mentah lebih banyak mengandungi vitamin c. Walaubagaimanapun untuk menggalakkan anak-anak memakan sayur mentah adalah perkara yang mustahil berbanding buah-buahan. Tetapi kita boleh cuba potong sayuran dalam bentuk yang menarik dan dihidangkan bersama-sama sos kegemaran mereka.
Walaubagaimanapun, kita masih mempunyai alternatif lain dengan pengambilan suplemen untuk memastikan tubuh badan kita mendapat vitamin yang cukup. Contohnya Vitamin C Shaklee yang menggunakan teknologi perlepasan masa yang dapat mengurangkan kadar kehilangannya semasa berada didalam tubuh.

Hubungi saya untuk mendapat produk Shaklee

mazlen 0139334920
cod around bera n temerloh

Monday, 5 May 2014

KELEMAHAN SISTEM IMUN ANAK DIPANDANG ENTENG

Apakah yang dikatakan tentang sistem imun? Apa benda? Penyakit ke? Atau Ubat ke?

Sistem imun adalah sistem pertahanan semulajadi badan dalam tubuh yang berkerja keras menentang bakteria dan virus yang menyerang tubuh badan kita.

Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai sistem imun yang lemah, oleh itu mereka sering mudah mendapat penyakit seperti demam, batuk, selsema serta penyakit-penyakit lain. 

Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin dan bertanggungjawab, kita hendaklah membantu anak-anak membina sistem imun yang kuat, agar kesihatan mereka tidak mudah terjejas.

Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mengambil makanan diet seimbang  dan mereka disarankan mengambil sekurang-kurangnya 5 bahagian sayur-sayuran atau buah-buahan sehari. Tetapi anak-anak sangat dikenali sebagai individu yang kurang gemarkan sayur dan buah bukan? Jadi dalam situasi begini, pengambilan suplemen sangat digalakkan.

Seterusnya anak-anak juga digalakkan melakukan senaman sekurang-kurangnya 60 minit sehari. Ada kajian yang menyatakan bahawa senaman dapat menguatkan sistem imun dan dapat melawan batuk dan kesejukan.

Ajarkan anak-anak tentang kebersihan kerana kebersihan juga menyumbang kepada sistem imun yang sihat. Kanak-kanak tidak sedar akan kepentingan mencuci tangan dengan bersih terutamanya selepas ketandas dan sebelum makan.

Jadi bermula dari makanan, senaman dan kebersihan atau dalam erti kata lain bermula dari ibu bapa, kesihatan dan kekuatan sistem imun kanak-kanak dapat dibantu.

Untuk mendapatkan suplemen untuk kanak-kanak daripada Shaklee, sila hubungi saya.

Shaklee The Trusted Product!!

Mazlen 0139334920
Fadzley 0139334820

We Share becoze We Care

Cod around Bera n Temerloh Pahang

Friday, 2 May 2014

STRESS! ANAK SERING DEMAM

Kesihatan anak sangat penting bukan. Bukan stress kerana bosan sering demam tetapi stress akibat risau akan kesihatan mereka. Tambahan pula apabila terpaksa bekerja ketika mereka sedang sakit atau tidak sihat, stress kerja ditambah lagi dengan kerisauan tentang anak memang membebankan fikiran. Fokus untuk bekerja juga merosot.

Sebagai ibu bapa melihat anak membesar dengan sihat adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Jadi salah satu langkah untuk memastikan sistem imun mereka kuat dan dapat mencegah dari serangan penyakit adalah dengan pengambilan vitamin dan mineral yang cukup setiap hari.

Vitamin C - meningkatkan penghasilan sel darah putih dan antibodi termasuklah antibodi interferon. Interferon akan menyelaputi permukaan sel dan menghalang kemasukan virus.

Vitamin D - mengurangkan risiko influenza

Vitamin E - merangsang penghasilan pembunuh kuman secara semulajadi yang membunuh sel serta b sel yang menghasilkan antibodi pemusnah bakteria.


Carotenoids - meningkatkan sel darah putih. Beta karotein adalah salah satu jenis carotenoids. Tubuh badan menukarkan beta karotein kepada vitamin A yang juga 'immunity booster'.

Bioflavonoids - membantu melindungi sel-sel tubuh badan dengan memenuhkan kawasan reseptor pada sel seterusnya kuman tidak dapat bertapak di situ.

Zink - juga meningkatkan penghasilan sel darah putih dan melepaskan lebih banyak antibodi.

Selenium - meningkatkan penghasilan sel sel pembunuh semulajadi.

Omega 3 - meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk memakan bakteria.


 Jadi sempena PROMOSI MEALSHAKE pada bulan ini, satu langkah bijak untuk mendapatkannya untuk anak-anak kita. Mealshake Shaklee lengkap dengan vitamin dan mineral yang dapat mebantu sistem imunisasi anak-anak dan mudah diambil serta sangat menjimatkan. Hubungi saya untuk mengetahui cara pengambilan yang betul untuk kesan yang terbaik.

Sekian, We share because We Care

mazlen 0139334920

Penghantaran percuma sekitar Temerloh dan Bera Pahang.

Thursday, 1 May 2014

PROMOSI MAY 2014 MEALSHAKE YANG DASYAT

Sedar tak sedar, kita sudah berada di bulan May juga bulan Rejab. Tidak lama lagi bulan Ramadhan menjelma. Promo Mealshake Shaklee ni macam kena je kan. Kenapa saya cakap macam tu? Mealshake ni selain daripada untuk kanak-kanak, warga emas, orang yang nak tambah berat badan, ia juga sangat popular semasa bulan Ramadhan.

Multivitamin yang lengkap serta dalam bentuk yang mudah diambil ini, sangat membantu mereka yang berpuasa, lebih-lebih lagi untuk yang sukakan sahur yang ringkas, ibu menyusu serta ibu yang sedang hamil juga untuk anak-anak. Bancuhkan sahaja dengan apa sahaja minuman kegemaran atau lebih baik lagi jika bersama Performance Drink Shaklee dan ESP Shaklee untuk bersahur atau sarapan pagi. Ia akan membantu tubuh bertenaga sepanjang tempoh berpuasa.

Jadi untuk yang mahukan penjimatan, sangatlah dialu-alukan untuk membeli Mealshake pada bulan promosi ini. Dan jika mahukan penjimatan berganda, jangan malu dan segan untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda. Sekian;

Saya
Mazlen 0139334920
COD area Bera n Temerloh Pahang

Monday, 28 April 2014

ORANG TAK CERDIK JE MAKAN SUPLEMEN

Hahaha mesti ramai yang bengang kan kalau saya cakap macam tu. Rakyat negara kita sudah semakin sedar akan kepentingan suplemen, jadi bagi yang sedar akan keadaan dan cara hidup kita pada masa kini semestinya mereka mengamalkan suplemen.

Walaubagaimanapun masih ada diantara kita yang mengatakan suplemen tidak penting, saya tidak katakan anda salah, itu pendapat masing-masing. Dengan gaya hidup masa kini yang menuntut masa bekerja lebih dari segalanya menyebabkan kesihatan tubuh badan kita terabai. Makan minum tidak menentu dan rehat yang tiada lagi wujud dalam kamus hidup kita, malah Letih dan stress adalah perkara biasa.

Keadaan sebegini yang menyebabkan penyakit mudah menyerang. Semuanya mahu segera. Makanan yang diambil juga  semuanya dibeli tanpa memandangkan kandungan khasiatnya, yang penting dapat mengisi perut dengan kadar segera. Senaman dan riadah juga dipinggirkan, sedangkan ia membantu mengurangkan stress serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

Tetapi apa yang saya nak katakan disini adalah, bukan mengamalkan suplemen kita akan terselamat daripada penyakit, sekurang-kurangnya tubuh masih mendapatkan khasiat yang sepatutnya daripada sumber makanan tambahan. Juga tidak bermaksud suplemen dapat menggantikan senaman, senaman tetap penting walaupun sekejap untuk setiap hari. 

Kesihatan tubuh sangat penting, maka tajuk diatas sepatutnya adalah ORANG BIJAK MEMANG MENGAMALKAN SUPLEMEN. Boleh gitu? Hehehe

Suplemen Shaklee salah satu makanan tambahan yang mempunyai dari yang murah hinggalah yang termahal. Tetapi tidak bermakna yang murah itu tidak kuat. Yang penting kita usaha, selebihnya serahkan pada Allah.

Sekian,

Sharing is caring 
Mazlen 0139334920
Cod area temerloh n bera

Monday, 17 February 2014

MENCUCI BOTOL SUSU DENGAN HAND DISH WASH SHAKLEE ATAU BASIC H SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA


Bukan hanya sekadar promosi, saya menggunakannya dan berpuans hati dengan kesannya. Anak saya sememangnya pengguna botol susu, memandangkan usinaya yang baru berusia 2 tahun. Puting susu tersebut jika tidak di cuci dengan baik, maka ianya akan cepat berkerak dan kelihatan tidak bersih. Apabila keaadan begini terjadi, kita sebagai ibu bapa mesti mahu menukar puting tersebut dengan yang baru.

Daripada pengalaman saya sendiri, saya tidak menukar puting kerana berkerak atau kelihatan kotor, tetapi menukarnya apabila saya rasa puting tersebut sudah terlalu lama walaupun ia kelihatan bersih danmasih boleh digunakan. Apa yang saya gunakan hanyalah BASIC H SHAKLEE atau HAND DISH WASH SHAKLEE. Hanya letakkan setitis, masukkan air dan gunakan berus botol, gosok-gosok sedikit di dalam bahagian botol dan puting, ia akan kembali bersih dan tidak meninggalkan kerak yang degil. Sangat jimat kan.

Sebotol HAND DISH WASH SHAKLEE, jika hanya digunakan untuk mencuci botol susu boleh tahan berbulan-bulan. Dan bukan itu sahaja, kelebihannya juga adalah tidak mempunyai bahan kimia dan toksit, selamat untuk seisi keluarga dan alam semulajadi.

Untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga yang berbaloi, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920
fadzley 0139334820
inafazlin 019216076

Tuesday, 11 February 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Selalu cerita tentang vitamin untuk orang dewasa, set kecantikan, set hamil, set pantang, set sendi dan macam-macam lagi. Set untuk kanak-kanak juga tidak ketinggalan. Mereka juga mahu sihat dari kecil bukan.

Bilakah kanak-kanak boleh mula untuk mengambil vitamin?

Sekiranya perlu, anak-anak boleh mengambil vitamin bermula umur 1 tahun. Sebelum usia setahun biarkan mereka mendapat khasiat dari susu ibu sepenuhnya.

Apakah suplemen yang sesuai diambil oleh kanak-kanak?

Saya cadangkan Mealshake dan Omegaguard untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 4 tahun; dan pada usia 4 tahun boleh memberikan mereka vitamin c chewable shaklee.

Berapakah sukatan suplemen yang perlu diberikan kepada kanak-kanak?

Suplemen adalah 'makanan tambahan', jadi berikan hanya mengikut keperluan sahaja. Jadi dapatkan maklumat terperinci semasa membeli suplemen untuk kanak-kanak dari SID anda.

Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan panduan yang betul, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920

inafazlin 0199216076

Monday, 10 February 2014

PANDUAN UNTUK SISTEM PENCERNAAN YANG SIHAT

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TEMERLOH,MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Sistem pencernaan adalah salah satu sistem yang sangat penting dalam tubuh badan kita. Diaman ia adalah sistem yang berfungsi untuk menyerap makanan dan mengelaurkan toksin dari badan. Jika sistem pencernaan rosak atau mempunyai masalah, makan ia akan menyebabkan tubuh tidak dapat menyerap nutrien dengan sempurna dan tidak dapat menyingkirkan toksin dari badan dengan baik. Jadi pelbagai masalah akan timbul jika sistem pencernaan kita terganggu.


5 panduan untuk memperbaiki tahap kesihatan sistem pencernaan kita;

herblax, makanan sihat, sistem pencernaa
ph makanan
  • Makanlah makanan yang beralkali sebanyak 80% dan yang berasid hanya 20%
  • Makanlah buah-buahan yang lembut dan mudah menjadi busuk sebagai snek, seperti tembikai, betik, tembikai susu, mangga dan sebagainya.
  • Makan protein daripada haiwan bersama sayuran
  • Elakkan semua sumber karbohidrat bertapis
  • Jangan makan sebelum tidur atau sebaik sahaja bangun dari tidur

Sistem pencernaan perlu dijaga dengan makanan-makanan yng sihat, agar penyerapan nutrien oleh badan dioptimumkan.

Sekiranya ada mengambil vitamin, pastikan ia diambil selepas makan agar nutriennnya dapat diserap oleh badan dengan baik.

Untuk detoks bahagian usus, kita boleh mengamalkan herblax dari Shaklee.

nurmazlen 0139334920
inafazlin 0199216076





Saturday, 8 February 2014

BAHAYA KEKURANGAN KHASIAT DALAM MAKANAN KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA


Kepentingan vitamin dalam makanan anak-anak perlu diambil kira untuk memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal. Kita perlu tahu jumlah pengambilan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh mereka. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg Vitamin C, 400 mikrogram Vitamin A, 10 mg zat besi, 10 mg zink dan 50mikro gram folat setiap hari.

Sekiranya anak-anak kita tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya mereka mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan.  Kanak-kanak mudah mendapat anemia sekiranya kekurangan zat besi dalam badan. Malah jika mereka kekurangan zink pula boleh menyebabkan gangguan deria dalam badan yang mengakibatkan mereka kurang selera makan.

apa yang perlu kita lakukan adalah rutin pemakanan yang baik serta makanan yang sihat dapat membantu perkembangan dan tumbesaran anak-anak yang sihat.


Untuk mendapatkan produk shaklee dengan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 sms/call.whatsapp

inafazlin 0199216076 sms/call/whatsapp(Tbg Hj Temerloh)

Friday, 7 February 2014

MENU PENTING UNTUK TUMBESARAN KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Sebagai ibu bapa, pemakanan anak-anak sangat perlu dititik berat kan. Pastikan Khasiat pemakanan bersumberkan bahan semulaji. Setiap makanan yang dimakan membekalkan pelbagai khasiat yang berbeza. Jadi dengan memberikan anak-anak kita pelbagai jenis makanan dalam satu masa, ia dapat membantu mereka mendapatkan kalori, lemak, vitamin, mineral yang cukup untuk tumbesaran mereka.

Kalsium juga sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Mereka memerlukan 800mg kalsium setiap hari. Jadi makanan yang mengandungi kalsium seperti seperti susu, keju dan dadih penting untuk mereka. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga penting dalam membekalkan sumber vitamin A dan C.

Malah berikan mereka juga daging dan kekacang serta produk bijirin seperti roti dan bijirin penuh sebagai sumber zat besi, protein dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Jadi masalah yang timbul apabila, anak-anak kita tidak berselera atau terlalu memilih makanan. Kerana bimbang akan kekurangan zat yang diperlukan oleh badan mereka untuk tumbesaranyang sihat.
Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak-anak, perlulah mencari alternatif untuk membantu keperluan tubuh badan mereka. Terdapat pelbagai suplemen di pasaran yang dapat membantu, jadi pilih yang terbaik untuk mereka.

Untuk mendapatkan produk Shaklee sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 call/sms/whatsapp

inafazlin 0199216076 call/sms/whatsapp(Tbg Haji Temerloh)

Sunday, 22 December 2013

CARA MENGGALAKKAN ANAK-ANAK GEMAR MAKAN OMEGAGUARD SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA


Ramai  yang tanye macam mana nak bagi anak-anak makan minyak ikan, nak pulak dalam bentuk kapsul seperti jenama SHAKLEE. Dan ramai yang gagal kerana anak-anak tak mahu makan minyak ikan tersebut.

Saya mempunyai seorang anak yang berusia 1 tahun 10 bulan tetapi sangat mudah mengambil OMEGAGUARD SHAKLEE. Semasa dia berumur 1 tahun saya pecahkan dan saya pegang kapsul tersebut dan dia akan sedut minyak ikan dari kapsul tersebut. Apabila dia sudah mempunyai gigi, saya masukkan sahaja sebiji OMEGA GUARD dan dia akan kunyah dan telan sendiri. Alhamdulillah semuanya mudah dengan izin Allah.

Pada pendapat saya, untuk melatih anak-anak makan sesuatu yang kurang gemar akan sesuatu makanan adalah melatih mereka makan sejak mereka kecil lagi iaitu sejak mereka mula pandai merasa makanan. Seperti entry sata sebelum ini iaitu melatih anak makan sayur. 

Jadi, walauapapun yang penting anak kita semua sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Monday, 16 December 2013

KEGAGALAN MEMBUANG LEMAK DI PERUT

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Sering kali kita duhantui kegagalan untuk menghapuskan segala lemak diperut. Mesti ramai diantara kita yang telah cuba pelbagai kaedah untuk mengurangkan inci pada bahagian perut, walaubagaimanapun hanya sebahagaian kecil daripada kita yang berjaya. Apa rahsia mereka agaknya?

Apa kata kita lihat beberapa punca kenapa usaha-usaha kita gagal? 

Yang pertama adalah TIDAK RUTIN. Lemak diperut adalah lemak yang sangat degil maka ia tak akan hilang jika tiada senaman atau diet yang betul secara rutin. Jadi apa kata kita cuba semula untuk disiplinkan senaman dan diet yang sihat agar lemak-lemak degil dapat dikurangkan.

Keduanya pula adalah SENAMAN YANG TIDAK PELBAGAI. Memang sukar bagi kita untuk mempelbagaikan cara kita bersenam. Apabila kita selesa dengan satu senaman, kita akan lakukan senaman tersebut sahaja setiap hari. Sebenarnya kita perlu pelbagaikan cara senaman agar pengurangan lemak di bahagian badan menjadi lebih seimbang.

TIDAK BERDISIPLIN juga punca masalah  lemak diperut lambat dapat dikurangkan. Cuba amalkan senaman secara berdisiplin.

BANYAK MAKAN. Apabila sudah melakukan senaman tidak bererti kita boleh makan sesuka hati. Jadi pilih makanan yang berkahsiat dan sihat agar senaman yang dilakukan tidak sia-sia.

Dan yang paling penting jangan amalkan DIET TIDAK SIHAT. Pastikan diet yang diamalkan sihat dan tidak memudaratkan. Jangan terlalu drastik kerana diet yang ekstrim memang akan menunjukkan kesan kurus yang cepat tetapi boleh memuaratkan kesihatan.

Jadi mari sama-sama kita berusaha mengurangkan lemak diperut secara sihat.

Untuk mendapat produk diet shaklee yang sihat sila hubungi saya

nurmazlen mohd johar

OMEGA GUARD UNTUK BAYI, KANAK-KANAK DAN PELAJAR

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Pengedar shaklee kerayong, bera, triang, temerloh, mentakab dan seluruh malaysia

Sememangnya Omega guard atau minyak ikan dari Shaklee bagus untuk seisi keluarga, dari warga emas, wanita mengandung, tidak kira lelaki atau perempuan sehinggalah bermula dari bayi yang berada dalam perut ibu. Keperluannya dan khasiatnya telah diakui dalam banyak kajian dan kesan terhadap pengguna yang mengamalkannya.

Walaupun ianya bagus untuk semua peringkat umur, saya lebih tertarik pada satu golongan yang sangat memerlukannya iaitu golongan bayi, kanak-kanak dan pelajar. Mereka inilah antara usia dikalangan anak-anak kita bukan.

Bukankah membekalkan makanan yang berkhasiat penting untuk anak-anak kita? Terpulang kepada pendapat masing - masing. Pada pendapat saya, pemberian makanan yang berkahsiat kepada anak-anak adalah sangat penting. Melihat mereka membesar dengan sihat dan sempurna sangat menggembirakan hati. Walaubagaimanapun kita cuma berusaha dan berdoa, selebihnya Allah yang tentukan. Tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha.

Omega guard seeloknya diamalkan bermula trimester ketiga semasa hamil, kerana ia membantu perkembangan otak janin yang sihat, seterunya diambil oleh ibu semasa menyusukan bayi. Kerana khasiat yang diambil oleh ibu dapat disalurkan kepada bayi. Apabila bayi berusia 1 tahun, Omega guard Shaklee boleh diambil secara langsung samada dipecahkan dalam mulut bayi atau dicampurkan dalam susu mereka. Dan terus diambil sehinggalah mereka meningkat usia. Kerana dalam proses perkembangan kanak-kanak, Omega guard Shaklee membantu kanak-kanak lebih fokus semasa belajar, tidak mudah lupa, juga mengelakkan berlakunya obesiti.

Kesimpulannya, pengambilah Omega guard Shaklee adalah sangat bagus untuk kita semua.

Untuk mendapatkan Omega guard Shaklee pada bulan promosi ini, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920
call,ams,whatsapp

Tuesday, 10 December 2013

CARA MERAWAT ANAK DEMAM MENGGUNAKAN SUPLEMEN SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Pengedar Shaklee Kerayong, Bera, Triang, Temerloh, Mentakab dan seluruh Malaysia

Kita sebagai ibu bapa tida dapat lari daripada dugaan anak demam, batuk dan selsema. Selain daripada menggunakan ubat daripada klinik dan hospital, bantulah anak-anak menggunakan doa, air zam-zam, makanan sunnah serta suplemen. Apa yang saya kongsikan di sini adalah antara usaha-usaha yang kita boleh lakukan untuk mengembalikan kesihatan kepada anak-anak kita. Selebihnya kita serahkan pada Allah.

Di sini saya kongsikan cara pengambilan suplemen SHAKLEE untuk anak-anak kita. Untuk kanak-kanak, dicadangkan untuk mengambil vitamin C chewable SHAKLEE yang mudah dikunyah untuk meningkatkan sistem imunisasi mereka. Seterusnya mengambil Omega guard SHAKLEE iaitu minyak ikan utuk menghindari kesejukan seperti batuk dan selsema. Yang ketiga iaitu Mealshake SHAKLEE, multivitamin dalam bentuk serbuk untuk melengkapkan nutrien kepada anak-anak kita, individu yang cukup nutrien sukar dihinggapi penyakit. Dan yang paling baik adalah Nutriferon SHAKLEE, mengaktifkan sistem imunisasi badan secara semulajadi.

suplemen sahklee untuk anak, omegaguard, vit c, mealshakle, nutriferon


Ke empat-empat suplemen tersebut bukannla perlu diambil setiap hari, ia bergantung kepada umur dan keperluan anak-anak kita.

Jika anak-anak demam. tingkatkan pengambilan vitamin c, dan berikan nutriferon setiap hari mengikut dos yang ditetapkan. Omega dan mealshake mengikut dos biasa. Pastikan anak-anak mengambil air masak secukupnya.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga yang BERBALOI-BALOI;

Nurmazlen 0139334920
FB Nurmazlen
Page Healthy Garage

Wednesday, 4 December 2013

BAHAYAKAH TELUR REBUS PADA KANAK - KANAK ?

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Benarkah telur membahayakan kesihatan terutama pada kanak - kanak ?

Di sini saya kongsikan hasil pembacaan saya daripada sebuah majalah berkenaan hubungan telur dan kanak - kanak. Jika dilihat dari piramid makanan, telur berada dalam kumpulan protein, iaitu sekumpulan dengan ayam, daging, ikan dan kekacang. Di mana kanak-kanak yang berusia dua hingga enam tahun perlu mendapat dua hidangan dari kumpulan ini setiap hari, manakala kanak-kanak yang lebih dewasa boleh mengambil dua atau tiga hidangan setiap hari.

Telur adalah salah satu sumber protein yang juga mengadungi pelbagai khasiat.  Protein telur terutamanya membekalkan kesemua asid amino yang merupakan bahan penting untuk membina blok protein yang baik untuk hormon, kulit, tisu dan banyak lagi sel badan. Ini kerana badan kita tidak mampu untuk an menghasilkannya sendiri. Telur adalah salah satu sumber protein yang mudah dihadam dan dapat diserap dengan mudah oleh badan. Bagi kanak-kanak, protein penting untuk pertumbuhan badan yang sihat.

Telur hanya mengandungi 75 kalori dan mengandungi choline yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Ia penting untuk penyimpanan ingatan dalam otak kanak-kanak dan dewasa. Malah sesetengah telur telah diperkaya dengan omega 3 iaitu lemak sihat yang boleh membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak dan membantu mencegah penyakit jantung dan artritis dikalangan orang dewasa.  

KANDUNGAN NUTRIEN DALAM SEBIJI TELUR


Jadi jangan bimbang jika anak-anak menggemari telur, cuma kawal pengambilannya dalam diet harian dan mingguan.

Untuk mendapatkan maklumat sumber Omega 3 yang asli sila KLIK DI SINI

mazlen 0139334920

bersama berkongsi kebaikan dan ilmu pengetahuan.
 

Thursday, 21 November 2013

MELATIH ANAK SUKA MAKAN SAYUR

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Sayur ibarat racun bagi kanak-kanak. Pantang nampak sayur, terus terbantut selera mereka.

Seawal 6 bulan, anak-anak kita sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pepejal seperti sayur, buah-buahan, nasi dan lain-lain lagi. Tetapi makanan pepejal tersebut perlulah dilembutkan terlebih dahulu. Salah satu kaedah untuk cuba untuk melatih anak suka akan sayur adalah dengan memperkenelakan sayur-sayuran terlebih dahulu daripada buah-buahan bermula usia mereka masih kecil. Kenapa? Dipercayai bahawa jika anak-anak diperkenalkan dengan rasa manis buah terlebih dahulu, mereka akan menolak rasa sayur.

Antara sayur-sayuran yang baik untuk anak-anak adalah

*Saleri - saleri biasanya dijadikan sebagai penambah perisa dalam sup atau bubur. Walaupun sekadar penambah perisa, sebenarnya saleri kaya dengan kalsium dan fosforus.

*Bayam - Samada bayam merah atau hijau, kedua-duanya kaya dengan vitamin A(betakarotein), B, C, asam folat, fosforus, mangan dan zat besi yang bagus untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak.

*Labu siam - juga kaya dengan kalsium dan fosforus

*gambar hiasan*


*Brokoli - Hijau dan sedap bukan. Ia kaya dengan kalsium dan asam folat.

*Tomato - Warnanya sangat menarik dan daripada warnanya kita boleh mengagak bahawa ia kaya dengan vitamin c dan likopen(sejenis antioksida)

Sebagai ibu bapa, pemakanan anak-anak sangat perlu dititikberatkan. Badan dan minda yang sihat bermula dengan makanan yang baik.

We SHARE because we CARE

Untuk maklumat makanan tambahan yang berkualiti untuk anak-anak kita sila KLIK DI SINI

mazlen 0139334920




Wednesday, 20 November 2013

PANDUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Pernahkah kita terfikir cukupkah makanan yang diambil oleh anak-anak kita?

Cukupkan nutrien yang ada dalam makanan yang anak-anak kita makan?

Pastikah zat makanan yang dimasak masih berada dalam makanan yang akan dimakan oleh anak-anak nanti?

Jika anak-anak tak mahu makan makanan yang dimasak, bagaimana kita boleh pastikan keperluan nutrien untuk anak-anak kita cukup?

Pelbagai persoalan bermain pada fikiran ibu bapa yang mahukan kesihatan anak-anak berada pada tahap yang optimum bukan?

Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak adalah golongan yang sangat terkenal dengan masalah kurang selera makan, tidak makan sayur dan sangat cerewet memilih makanan. Keadaan ini kan menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah kekurangan zat dan nutrien keperluan tubuh badan.

 Kekurangan zat dan nutrien pada kanak-kanak jangan dipandang remeh kerana ia boleh menyebabkan;

1. Kanak-kanak mudah diserang penyakit

2. Kekurangan berat badan

3. Perkembangan fizikal kanak-kanak terganggu

4. Perkembangan otak yang tidak sempurna


*gambar hiasan*


Jadi sebagai ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak, kita perlu mencari altenatif untuk melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh anak-anak kita. Kita boleh merujuk kepada pakar kesihatan atau mendapatkan maklumat berkenaan makanan tambahan untuk kanak-kanak. Selain itu, elakkan kanak-kanak mengambil makanan ringan dan makanan yang berlemak, sebaliknya pastikan mereka mengambil makanan yang seimbang iaitu makanan yang mengandungi vitamin penting untuk tumbesarannya. Jika perlu, bina jadual makanan berserta menu yang bersesuaian untuk kperluan nutrien mereka. Juga galakkan kanak-kanak untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Untuk makanan tambahan kanak-kanak yang hebat KLIK DI SINI

Anda tidak akan rugi, malah lebih mendapat keuntungan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

mazlen 0139334920

We SHARE because we CARE.