Showing posts with label SAKIT SENDI. Show all posts
Showing posts with label SAKIT SENDI. Show all posts

Sunday, 6 April 2014

TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM

Masih berkisar tentang kalsium, memandangkan April adalah bulan Kalsium bagi penggemar Shaklee, mari kita lihat pula siapakah individu yang dikatakan kekurangan kalsium dan perlukan kalsium tambahan dalam diet seharian mereka.

Antara tanda-tanda kekurangan kalsium adalah seperti berikut;

  • Sakit pinggang atau punggung
  • Haid yang lebih lama bagi wanita
  • Gugup, cemas dan mudah marah
  • Insomnia (Sukar untuk tidur)
  • Tekanan darah tinggi
  • Denyutan jantung lebih cepat
  • Sakit kepala
  • Cramp di bahagian kaki
  • Sakit gigi atau gigi berlubang
  • Kuku rapuh

Jadi jika kita mempunyai tanda-tanda di atas, lebih baik mengambil langkah bijak untuk memastikan keadaan tidak menjadi lebih buruk. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

mazlen 0139334920

Sharing is caring


Thursday, 3 April 2014

KALSIUM UNTUK IBU HAMIL

"Asal mengandung je tercabut sebatang gigi". Saya pernah mengenali individu yang berpengalaman sebegitu, malah jika tidak silap saya anaknya seramai 5 orang, jadi dia telah kehilangan 5 batang gigi gerahamnya.

Jika dulu saya tidak tahu mengapa ia terjadi, dan menganggap ia sesuatu yang remeh. Tetapi setelah berpengalaman menjadi seorang ibu, saya sedari bahawa masalah tersebut berpunca daripada kekurangan pengambilan kalsium semasa hamil.

Semasa hamil, kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi janin yang kuat, serta untuk pertumbuhan jantung, saraf dan otot yang sihat. Malah kalsium juga penting untuk keperluan denyutan jantung yang normal dan dalam keupayaan penggumpalan darah (blood clotting).

Berapakah kuantiti kalsium yang diperlukan?

18 tahun ke atas - 1000mg (sebelum, semasa dan selepas hamil)

18 tahun ke bawah - 1300mg

Walaupun setelah melahirkan anak dan tempoh penyusuan selesai, pengambilan kalsium masih perlu dititikberatkan.

Ambillah suplemen kalsium dari Shaklee yang dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang maksimum oleh tubuh badan.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee sempena promosi April 2014.

mazlen 0139334920

Friday, 2 August 2013

PROMOSI BULAN OGOS; AJHT UNTUK SENDI YANG SIHAT

Teks : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Untuk bulan Ogos, Shaklee melancarkan promosi ADVANCE JOINT AND HEALTH TABLET.

Tahukan anda bahawa semakin usia meningkat semakin merosot kesihatan sendi untuk setiap individu. Seterusnya berlakulah SAKIT LUTUT, SAKIT PINGGANG, SAKIT BAHU dan lain-lain sendi lagi.

AJHT dicipta khas untuk kesihatan sendi. Malah PROMISI AJHT pada bulan ini sangat bersesuaian memandangkan ramai yang pulang ke kampung untuk menziarahi ibu bapa. Tidak salah untuk menghadiahkan AJHT kepada mereka kerana merekalah kekuatan bagi saya.

Tidak gembirakan hati jika dapat lihat mereka sihat dan tidak mengadu sakit-sakit. Kita cuba bantu apa yang boleh, ikhtiar In Shaa Allah, Allah akan bantu kita.

Pada hakikatnya memang saya adalah peniaga yang ingin melariskan barang, tetapi saya selalu ingatkan diri saya, niat perlu betul apabila berniaga dan saya mahu jadi orang yang mampu membantu orang lain. 

Anda dialu-alukan untuk menghubungi saya, sama ada untuk pertanyaan harga dan untuk rundingan lain-lain produk.


Saturday, 8 June 2013

VITAMIN UNTUK LELAKI

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Mencari vitamin untuk suami, tunang, adik lelaki atau ayah..hmm lelaki, jarang dengar lelaki makan vitamin kan..walaubagaimanapun tidak kira kita lelaki atau perempuan, kita semua perlukan makanan tambahan untuk keperluam harian kan..

Untuk lelaki yang anda sayangi, apa kata hadiahkan kepada mereka set suplemen untuk kesihatan mereka kan..kalau takde orang nak hadiahkan, beli je sendiri sebagai hadiah kepada diri sendiri..tak salah pun kan..hehehe

Walaupun kita nampak sihat tetapi tidak semestinya badan kita sihat kan..tahukah anda terlalu banyak radikal bebas disekeliling kita yang merosakkan sel-sel sihat dalam badan kita terutamanya ;

- apabila kita menghadapi stress
- merokok atau menghidu asap rokok
- terdedah dengan pencemaran udara
- banyak melakukan aktiviti fizikal seperti berbadikal dan berjoging
- dan lain-lain lagi

Apabila radikal bebas semakin banyak dalam tubuh, antioksida yang dihasilkan oleh tubuh secara semulajadi tidak lagi dapat menampung keperluan tubuh badan kita.

Kesan daripada radikal bebas akibat kurangnya antioksidan dalam tubuh

- Penuaan sebelum usia
- Imuniti badan lemah
- Risiko mendapat kanser
- Masalah otot dan lain-lain lagi

So suplemen seperti dibawah disyorkan untuk meningkatkan imuniti badan serta membantu menambah antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyerang tubuh badan.

VITALEA, VITAMIN C, VITAMIN E dan B COMPLEX..  Jika bermasalah untuk menelan pil, Shaklee ada VIVIX iaitu syrup yang sangat hebat..

vitamin untuk lelaki hebat


vivix shaklee


Untuk maklumat dan rundingan secara percuma dan eksklusif, jangan malu dan segan untuk hubungi saya ;)

mazlen johar | 0139334920
facebook leynn mazleynn

Wednesday, 5 June 2013

SUPLEMEN UNTUK SENDI YANG SIHAT

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Sakit sendi tidak mengira tua dan muda, ada yang sakit lutut, sakit bahu, sakit pinggang dan macam-macam lagi. Ayah saya adalah salah seorang yang mengalami sakit sendi di bahagian bahu..

Kalu dulu semasa masih bekerja, bolehlah mendapat rawatan free di hospital swasta untuk masukkan bendalir di bahagian tersebut. Tetapi sekarang dah pencen, siapa nak bagi duit nak buat rawatan kat hospital tersebut..hmm saya masih belum mampu nak menaja ibu bapa saya ;( .

Hmm tetapi saya cuba nak tolong juga nak ringankan kesakitan yang dialaminya, so saya berikan sebotol Advance Joint Health Tablet (AJHT) from SHAKLEE.. dan ALhamdulillah ada perubahan yang positif...




Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

KELEBIHAN DAN FUNGSI ADVANCE JOINT HEALTH TABLET

EKSTRAK BOSWELLA

Ekstrak Boswella menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan, jadi ektraks boswella iaitu sejenis gam resin yang mengandungi asid boswella AKBA yang pekat dapat menyokong keselesaaan sendi-sendi kita.

Asid boswella juga berfungsi sebagai anti radang semulajadi dan dapat mengatasi radang sendi lutut, bahu dan sebagainya.

EKSTRAK JAGUNG

Ekstrak jagung membekalkan sumber glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan dalamjangka masa panjang. Glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh akan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia kita. Jadi AJHT membantu meningkatkan glukosamina dalam tubuh kita yang semakin berkurang tu..hehe

Ekstrak jagung juga menggalakkan kelenturan pergerakan bebas yang menjadikan sendi lebih fleksibel.

ZINK, TEMBAGA, MANGAN dan VITAMIN C

Keempat nutrien diatas adalah nutrien penting dalam membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung yang memberikan kekuatan struktur terhadap sendi.

100% nilai harian vitamin C dalam AJHT disediakan sebagai nutrien penting untuk sintesis kolagen yang mana kolagen adalah komponen penting dalam pembentukan tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain dalam tubuh.

Manakala 10% nilai harian mineral surih Zink, Tembaga dan Mangan yang terdapat dalam setiap kapsul AJHT membantu enzim-emzim membina kolagen dan glukosamina dalam tubuh. 

Jadi mineral-mineral dan vitamin c ini memelihara tisu penyambung yang sihat untuk sendi-sendi yang kuat dan sihat.

KEISTIMEWAAN AJHT

-100% bebas kodrotoin bagi penyerapan ektrak jagung yang lebih baik (Sulfat Kodrotoin boleh mengganggu penyerapan khasiat ekstrak jagung dan glukosamina)

- 100% berasaskan sayur-sayuran

- Bebas gluten

Untuk maklumat harga dan pembelian secara ekslusif...

mazlen johar | 0139334920 | id910165
facebook leynn mazleynn