Showing posts with label B COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label B COMPLEX. Show all posts

Monday, 15 December 2014

KESAN VITAMIN SHAKLEE YANG MENYUSAHKAN

Kesan vitamin shaklee tidak sama untuk setiap individu. Kesannya berbeza mengikut tahap kesihatan kita.

Apa yang menyusahkan kita apabila kesannya sangat baik dan risau apabila stoknya dijangka habis. Seperti kolagen powder, stoknya akan diberhentikan seketika untuk reregistered. Makan pengamalnya akan mula risau. 

Pengamal suplemen shaklee memberi feedback yang positif, walaupun hanya mengambil 1 jenis sahaja. Contohnya vit c sahaja atau vitamin b sahaja. Jika pengambilannya konsisten sememangnya kesan yang positif akan menyusul. Jadi kalau pengambilannya tidak konsisten, jangan pandai-pandai mengatakannya ia tidak berkesan atau hanya penbaziran.

Jadilah pengguna yang cerdik, bijak dan berilmu.

Mazlen 0139334920

Friday, 20 June 2014

BUASIR ATAU BERAK BERDARAH BUKAN PERKARA REMEH

Buasir, tidak semua kita mengalami buasir atau berak berdarah. Walaubagaimanapun ianya perlu dikawal jika telah berlaku supaya tidak menjadi lebih sirius.

Buasir atau hemoroid adalah pembekakan pada vena yang terletak dibahagian rektum atau dubur. Apabila vena membonjol dan menjulur keluar, ia akan mengganggu  dan menyebabkan membran di sekitarnya bengkak, sakit, perit, gatal dan kemungkinana akan berdarah. 

Apabila berlaku sembelit, kita akan meneran najis yang keras di dalam kolon secara kuat yang mana bahagian atau struktur ini akan membengkak.

Antara lain punca-punca buasir adalah

  • Sentiasa duduk atau duduk yang terlalu lama
  • Meneran akibat sembelit
  • Cirit-birit 
  • Mencangkung terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Proses bersalin
  • Mengangkat benda yang berat
  • Seks luar tabi'i




Beberapa cara dapat digunakan atau di cuba untuk mengelakkan buasir berulang dan menjadi semakin serius;

  • Banyakkan minum air untuk mengurangkan sembelit
  • Makan makanan yang tinggi kandungan serat seperti bijirin, buah dan sayur
  • Elakkan makanan yang menganggu sistem pencernaan seperti makanan pedas, berempah, beralkohol (setiap individu mempunyai ketahanan sistem pencernaan yang berbeza)
Selain daripada memilih makanan-makanan seperti diatas atau menjalani rawatan dan mengambil ubat-ubatan, suplemen juga digalakkan untuk membantu memulihkan masalah buasir.

Antara suplemen Shaklee yang dapat membantu masalah buasir adalah

  • OSTEMATRIX - Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan proses pembuangan air besar
  • VIVIX - membantu memperbaiki sel-sel dan DNA yang rosak 
  • ALFAFA - Menjaga kebersihan usus dan mengurangkan tekanan pada rektum
  • B COMPLEX - Memeperbaiki sistem pencernaa agar rektum tidak stress
  • VITAMIN C - Membantu  dalam pemulihan dan pembekuan darah
  • ZINC COMPLEX - Membantu menyembuhkan luka
 Untuk mendapatkan suplemen Shaklee mengikut budjet dan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya atau boleh oder sendiri di laman web shaklee dengan menggunakan debit atau kredit kad. Jangan risau kerana saya tetap memberi rundingan secara percuma serta eksklusif kepada anda.

Nurmazlen 0139334920

Thursday, 19 June 2014

BAYI CACAT APABILA KEKURANGAN ASID FOLIK

Kecacatan bayi adalah sangat membimbangkan, apabila bayi dilahirkan kita berharap mereka akan lahir dengan sempurna. Tetapi setiap yang berlaku adalah anugerah dariAllah, tetapi kita sabagai manusia biasa tidak salah untuk berusaha untuk memastikan anak yang dikandung akan dilahirkan dengan sempurna.

Salah satu keperluan nutrisi yang perlu di ambil utuk mengelakkan kecacatan bayi adalah ASID FOLIK. Sebab itulah apabila pemeriksaan kandungan dilakukan, kita akan dibekalkan dengan asid folik. Asid folik adalah salah satu vitamin yang tergolong dalam kumpulan B, yang mana ianya wujud secara semula jadi dalam makanan seperti kekacang dan sayuran hijau.

Asid folik dapat membantu mencegah kecacatan saraf (spina bifida) iaitu pelindung yang menutupi korda spina bayi. Jadi jika kekurangan asid folik, pelindung tersebut tidak menutupi dengan sempurna dan menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu pertama, otak dan sistem saraf bayi sedang membentuk dan berkembang dengan pesat, jadi pengambilan asid folik setiap hari adalah sangat digalakkan.



Seterusnya apabila masuk trimester ke-2, pengambilan asid folik boleh dihentikan atau diteruskan. Jika diteruskan, ia tidak menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

Jadi pada mereka yang merancang untuk hamil, pengambilan asid folik disarankan diambil 3 bulan lebih awal.



Ibu hamil yang tidak mengambil asid folik berisiko 5 kali ganda untuk bayi mengalami kecacatan tiub neural berbanding ibu hamil yang mengambilnya.

Untuk mendapatkan sumber asid folik yang berkualiti, pastikan anda mengambil dari sumber yang  berkualiti seperti daripada suplemen Shaklee (b complex atau vitalea).

Untuk mendapatkan suplemen Shaklee dengan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920

Saturday, 17 May 2014

BUAH PINGGANG PENTINGKAH?

Organ dalam tubuh badan kita saling berkait antara satu sama lain, jika ada yang gagal berfungsi bermakna kesihatan tubuh badan kita juga terjejas. Buah pinggang adalah salah satu organ yang sangat penting dimana ia berfungsi dalam proses perkumuhan. Buah pinggang menapis nutrien yang baik untuk tubuh dan melepaskan toksin serta bendasing yang tidak berfaedah keluar dari tubuh melalui air kencing. Jadi jika ia berlaku kerosakan, bermakna tubuh tidak dapat lagi meyimpan nutrien akan keluar melalui air kencing dan proses perkumuhan gagal berlaku.

Walaubagaimanapun, kita mempunyai pilihan untuk berusaha membantu kesihatan buah pinggang agar dapat berfungsi dengan baik atau melambatkan proses kerosakkannya.

Vitamin D - Vitamin larut lemak yang dapat membantu mengawal fungsi buah pinggang dan membantu merawat penyakit buah pinggang.

Vitamin C - Juga dikenali sebagai asid askorbik  yang juga menyumbanh kepada fungsi buah pinggang. Vitamin C adalah antioksida yang dapat melindungi sel-sel daripada tekanan oksidatif (kerosakan selular yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit termasuklah penyakit buah pinggang.

Vitamin B6 - Mengambil vitamin B6 yang mencukupi mengekalkan fungsi buah pinggang serta dapat mengelakkan batu karang.

Kalsium dan Potassium - 'Podocyte cells' di dalam buah pinggang bergantung kepada kalsium dan potassium untuk membantu mengawal penapisan darah. Kedua-dua mineral ini membantu menentukan saiz penapis buah pinggang, jadi tubuh akan menentukan samada membesarkan atau mengecilkan penapis dalam proses perkumuhan bergantung kepada bendasing dan toksin yang aan dikeluarkan.

Jadi sebagai individu yang ingin kekal sihat dan cuba membantu kesihatan tubuh badan, kesihatan buah pinggang juga perlu dititikberatkan.



We Share because We Care

Untuk mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee yang terbaik, sila hubungi saya;
mazlen 0139334920

cod area bera dan temerloh pahang
courier around Malaysia

Monday, 12 May 2014

MENGANTUK, LETIH DAN SUKAR FOKUS DIKALANGAN PELAJAR

Perkara sebegini adalah sinonim dengan pelajar, dari pelajar yang berumur 7 tahun sehinggalah yang berada di universiti. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan pelajar akan berasa letih, mengantuk dan tidak bermaya. Belajar walaupun ia bukan aktiviti fizikal yang lasak, belajar memerlukan kerja keras dibahagian otak, hal ini yang menyebabkan pelajar sukar untuk fokus ketika belajar.

Tetapi sebagai ibu bapa, kita perlu membantu mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan pengambilan suplemen sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengurangkan stress dan membantu menambah tenaga serta lebih fokus untuk belajar.

Beberapa vitamin dan mineral yang dapat membantu para pelajar adalah;

  • Vitamin B - Membantu metabolisme makanan kepada tenaga. Malah B complex terutama asid folik, B6, dan B12 memainkan peranan penting dalam kesihatan saraf dan otak.
  • Asid lemak Omega 3 - mengurangkan simptom ADHD ( attention deficit hyperactivity disoder ) dan DCD ( developmental coordination disorder )  dikalangan kanak-kanak. Ia juga membantu menstabilkan 'mood' yang mana ia meningkatkan aras serotonin dalam otak.
  • Zink - ada kajian yang menyatakan bahawa pelajar yang mengambil 20mg zink 5 hari dalam seminggu dalam tempoh 10-12 minggu mempunyai prestasi yang lebih baik dalam penumpuan, ingatan, penyelesaian masalah dan koordinasi mata berbanding pelajar yang tidak mengambilnya.
  • Iron - kekurangan iron atau zat besi menyebabkan kekurangan tenaga dan kelesuan. Kandungan zink yang rendah mendorong kepada kerendahan darah yang mana mengurankangkan atau menyukarkan oksigen dibawa ke orak dengan cukup. Dan satu perkara penting, pengambilan iron perlu bersama dengan vitamin c kerana Vitamin C membantu penyerapan iron yang lebih optimum.
Jadi bantulah anak-anak dengan membekalkan mereka sekurang-kurangnya multivitamin untuk membantu tubuh dan otak lebih bertenaga dan fokus ketika belajar.

Untuk dapatkan suplemen shaklee yang terbaik, sila hubungi saya.

Mazlen 0139334920

Thursday, 8 May 2014

STRESS BOLEH JADI GILA!

Stress atau tekanan sering berlaku terjadi pada diri kita sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar. Banyak perkara disekeliling kita yang boleh menyebabkan tekanan seperti tekanan kerja, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kesihatan dan juga masalah berat badan serta pelbagai masalah lagi. Walaubagamanapun, kita terpaksa hadapinya dan tidak dapat lari dari segala macam masalah selagi kita hidup di dunia ini.

Benar cara untuk meredakan tekanan adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah dan menganggap segala masalah yang dihadapi adalah dugaan dari-Nya, tetapi untuk membantu badan agar tidak terbeban dengan stress, kita juga perlu mengambil makanan yang dapat membantu merehatkan badan kerana tekanan juga adalah penyebab penyakit DARAH TINGGI.

Terdapat vitamin yang disarankan untuk kita semua agar dapat mengurangkan tekanan, antaranya adalah;

B complex yang lengkap dengan semua sumber Vitamin B serta asid folik yang mana ianya menyokong sistem saraf dan membantu meredakan tekanan.

Vitamin C, walaupun ia popular sebagai vitamin yang membantu masalah kesejukan dan selsema, ia juga keperluan untuk 'depression diet'.

Vitamin D, suplemen Vitamin D3 dikatakan terbukti untuk menstabilkan 'mood'.

Multivitamin juga penting kerana kita sukar mendapat vitamin yang lengkap daripada cara pemakanan kita pada masa kini.

Fish oil (minyak ikan) yang kaya dengan Omega 3 bukan sahaja bagus untuk kesihatan jantung, malah juga penting kesihatan otak dan mental.

Jadi, sedikit sebanyak makanan juga memainkan peranan dalam menangani masalah 'stress' terutama pada mereka yang mempunyai gaya hidup yang kurang sihat serta ibu-ibu yang sedang berpantang.

We Share because We Care

Hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin Shaklee atau untuk mendaftar keahlian Shaklee.

mazlen 0139334920
fadzley 0139334820

COD around Bera n Temerloh

Tuesday, 22 April 2014

VITAMIN UNTUK SPERMA SIHAT DAN BERKUALITI

Ketidaksuburan selalu dikaitkan dengan wanita, kegagalan untuk mendapat zuriat,  serta alasan untuk menambah bilangan isteri juga dikaitkan dengan masalah daripadawanita. Tetapi sedarkah kita bahawa lelaki juga juga berisiko dan juga penyebab kegagalan untuk mendapat zuriat ? Dan jarang sekali lelaki rela untuk memeriksa tahap kesuburan mereka.

Salah satu masalah kesuburan lelaki adalah kualiti sperma yang tidak sihat. Sperma yang sihat akan melahirkan bayi yang juga sihat yang mana ia juga bergantung kepada kesihatan ibu dan bapanya.

Selain daripada  berat yang ideal dan kawalan emosi yang stabil serta diet yang seimbang, beberapa jenis Vitamin  juga boleh membantu kesihatan sperma yang dihasilkan oleh individu lelaki.

VITAMIN C

Vitamin C kaya dengan antioksida yang dapat membantu melindungi DNA sperma, juga mengurangkan kerosakannya semasa ejakulasi.

VITAMIN D

Pengambilan Vitamin D setiap hari dapat membantu kesihatan sperma termasuklah kuantiti sperma, pergerakan sperma serta kualiti sperma.

ASID FOLIK

Asid folik atau folate membantu melindungi sperma daripada ketidaknormalan genetik. Kekurangan asid folik juga menyumbang kepada kekurangan bilangan sperma.

VITAMIN E

Juga mengndungi aktioksida yang membantu kesihatan sperma, serta kebolehan sperma untuk berenang kepada ovum. Ada kajian yang menyatakn bahawa mereka (lelaki) yang mengambil vitamin e setiap hari mempunyai peluang kehamilan yang tinggi. Hal ini kerana Vitamin E mencegah struktur lemak didalam sel - sel sperma daripada kerosakan dan kemusnahan.

Jadi pengambilan Vitamin adalah salah satu usaha untuk membantu menghasilkan sperma yang sihat serta membantu menjaga kesihatan tubuh badan. Tetapi kita perlu sedar, pengambilan vitamin yang berkualiti juga penting jika tidak vitamin yang kita beli atau makan hanyalah usaha yang sia-sia.

Shaklee adalah pengeluar Vitamin yang berkualiti dan dipercayai dari dulu lagi. Untuk mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya;

mazlen 0139334920

cod area bera dan Temerloh

Thursday, 17 April 2014

VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN B6, B7, B12

Masih berkisar tentang vitamin yang bagus untuk mencegah dan membantu masalah jerawat. Sebenarnya bukan sahaja VITAMIN B5 yang dapat membantu masalah jerawat, malah Vitamin B6, B7 dan B12 juga turut menyumbang kearah kulit yang lebih cantik dan sihat.

VITAMIN B6

Secara umumnya diperlukan oleh tubuh badan untuk pernyataan genetik, proses sintesis tindak balas alahan dan nerotrasmiter, metabolisme lipid, penukaran glikogen kepada glukosa serta pembentukan hemoglobin.

B6 membantu masalah jerawat dari segi mengawal kandungan hormon dan perlepasan prostaglandin. Juga membantu mengurangkan keradangan yang disebabkan prostaglandin terhadap kecederaan kulit. B6 dipercayai boleh menghalang terhasilnya jerawat jika diambil dalam dos yang tinggi, tetapi kesan yang lebih baik jika diambil bersama Vitamin B12.

VITAMIN B7

Juga dikenali sebagai Biotin, Vitamin H atau Coenzim R. B7 boleh ditemui didalam telur kuning mentah, hati, kacang tanah, sayuran dan jagung. Fungsinya adalah untuk metabolisma lemak, mengawal kandungan gula dalam darah, pertumbuhan selular, dan sitesisi asid amino, valine serta isoleucine.

Walaubagaimanapun, terlalu sedikit kajian saintifik yang menyatakn kegunaannya dalam merawat masalah jerawat. Tetapi memandangkan ia terlibat dalam proses biokimia yang penting, maka ia secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan kulit. Ini kerana kekurangan biotin boleh menghasilkan simptom-simptom jerawat.

VITAMIN B12

Vitamin B12 juga dipanggil Cobalamin dan ia terkandung didalam telur, susu, produk tenusu, ikan, kerang-kerangan, ayam dan itik.

Ia juga tidak memberi kesan secara langsung terhadap jerawat, tetapi ia terlibat dalam metabolisma selular, sintesis asid lemak dan penghasilan DNA. Jadi ia memainankan peranan penting dalam mengawal sistem imunisasi serta sistem indokrin.


Jadi, kesimpulannya, kandungan keluarga Vitamin B mempunyai kesan yang bagus untuk membantu masalah jerawat samada secara langsung atau tidak langsung. Mungkin cara vitamin bertindak terhadap kulit tidak sepantas produk kosmetik, tetapi ia merawat dari dalam dengan cara yang lebih sihat dan selamat.


Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya.

mazlen 0139334920

*COD sekitar Bera dan Temerloh

Tuesday, 15 April 2014

VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN B5

Entri sebelum ini saya kongsikan tentang kebaikan VITAMIN A untuk mengatasi masalah jerawat. Sebenarnya kita mempunyai 8 Vitamin yang bagus dalam membantu masalah jerawat pada kulit kita. Dan yang seterusnya adalah vitamin B5.

Vitamin B5 atau juga dikenali dengan patothenic acid diperlukan untuk metanolisme lemak, karbohidrat dan protein. Vitamin B5 boleh diperolehi daripada daging, gandum, bijirin, yogurt dan telur.

Keupayaan Vitamin B5 untuk membantu masalah jerawat telah ditemui pada tahun 1995, dimana 2 tindakan utamanya adalah;


  • Mengurangkan saiz liang roma
  • Menguragkan simptom-simptom jerawat oleh kandungan Coenzim A nya yang mana ia mengurangkan pengahsilan sebum.

Oleh sebab itu cadangan suplemen untuk membantu masalah jerawat dimasukkan Vitamin B Complex.

Untuk mendapat produk Shaklee yang hebat, sila hubungi saya;

mazlen 0139334920

Friday, 19 April 2013

KELEBIHAN B-COMPLEX SHAKLEE , vitamin semulajadi

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Mitos : b-complex menggemukkan!!! hehehe

B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.
Kesemua 8 komponen ini mesti ada pada b-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Vitamin B adalah vitamin larut air, jadi sebarang lebihan tidak akan disimpan didalam tubuh tetapi dikeluarkan melalui sistem pencernaa..So sebab tula kita kena ambil vitamin B setiap hari...

Apa pentingnya vitamin B ni???



Antara manfaat utama B-Complex :

1. Menukarkan makanan kepada tenaga iaitu membantu penghadaman, menukar lemak, kabohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan

2. Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf , sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak . Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4. Rambut beruban dan gugur - membaiki masalh kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata - mengurangkan masalah kesihatan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasasan memori, dan daya pemerhatian/fokus.

6. Mencegah Anemia - membatu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardivaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletuhan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

7. Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanaya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

9. Detoksifikasi - meredakan alahan

Hmmm banyaknya faedah b-complex ni.....jom cuba bukan mahal pun... hehehe