Showing posts with label ZINC COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label ZINC COMPLEX. Show all posts

Monday, 2 March 2015

PROMOSI SHAKLEE BULAN MARCH 2015

Promosi bulan ini adalah produk yang paling digemari pelanggan-pelanggan shaklee iaitu ESP buy 6 free 1. Malah lebih menguntungkan Shaklee juga menawarkan promosi Zink dan Vitalea for children Buy 3 free 1.

ESP sememangnya sudah sinonim dengan mereka yang menjaga kesihatan kulit, menyusukan bayi, mengandung serta gastrik. Malah jika digandingkan dengan zink, terus terbayang cadangan set pantang bagi pembedahan atau bersalin.

Seperti yang telah sedia maklum, ESP sememangya sumber protein yang paling bagus kerana didatangkan dengan sumber kacang soya yang berkualiti, oleh sebab itu ia membantu dalam pertumbuhan sel-sel dalam tubuh kita. Manakala zink sangat membantu dalam proses penyembuhan.

Vitalea for Children pula adalah multivitamin yang dicipta khas untuk kanak-kanak. Tidak perlu telan menggunakan air, hanya dikemam dalam mulut sama seperti Vitamin C chewable. Didatangkan dengn formula baru yang lebih berkualiti serta bagus untuk kesihatan anak-anak kita.

Untuk mendapatkan rangkaian produk Shaklee, sila hubungi saya

mazlen 0139334920

Friday, 20 June 2014

BUASIR ATAU BERAK BERDARAH BUKAN PERKARA REMEH

Buasir, tidak semua kita mengalami buasir atau berak berdarah. Walaubagaimanapun ianya perlu dikawal jika telah berlaku supaya tidak menjadi lebih sirius.

Buasir atau hemoroid adalah pembekakan pada vena yang terletak dibahagian rektum atau dubur. Apabila vena membonjol dan menjulur keluar, ia akan mengganggu  dan menyebabkan membran di sekitarnya bengkak, sakit, perit, gatal dan kemungkinana akan berdarah. 

Apabila berlaku sembelit, kita akan meneran najis yang keras di dalam kolon secara kuat yang mana bahagian atau struktur ini akan membengkak.

Antara lain punca-punca buasir adalah

  • Sentiasa duduk atau duduk yang terlalu lama
  • Meneran akibat sembelit
  • Cirit-birit 
  • Mencangkung terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Proses bersalin
  • Mengangkat benda yang berat
  • Seks luar tabi'i




Beberapa cara dapat digunakan atau di cuba untuk mengelakkan buasir berulang dan menjadi semakin serius;

  • Banyakkan minum air untuk mengurangkan sembelit
  • Makan makanan yang tinggi kandungan serat seperti bijirin, buah dan sayur
  • Elakkan makanan yang menganggu sistem pencernaan seperti makanan pedas, berempah, beralkohol (setiap individu mempunyai ketahanan sistem pencernaan yang berbeza)
Selain daripada memilih makanan-makanan seperti diatas atau menjalani rawatan dan mengambil ubat-ubatan, suplemen juga digalakkan untuk membantu memulihkan masalah buasir.

Antara suplemen Shaklee yang dapat membantu masalah buasir adalah

  • OSTEMATRIX - Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan proses pembuangan air besar
  • VIVIX - membantu memperbaiki sel-sel dan DNA yang rosak 
  • ALFAFA - Menjaga kebersihan usus dan mengurangkan tekanan pada rektum
  • B COMPLEX - Memeperbaiki sistem pencernaa agar rektum tidak stress
  • VITAMIN C - Membantu  dalam pemulihan dan pembekuan darah
  • ZINC COMPLEX - Membantu menyembuhkan luka
 Untuk mendapatkan suplemen Shaklee mengikut budjet dan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya atau boleh oder sendiri di laman web shaklee dengan menggunakan debit atau kredit kad. Jangan risau kerana saya tetap memberi rundingan secara percuma serta eksklusif kepada anda.

Nurmazlen 0139334920

Friday, 30 May 2014

PRODUK BEBAS GLUTEN ATAU GLUTEN FREE

Pernah terbaca beberapa produk yang dilabelkan 'gluten free' bermaksud bebas gluten.

Apa itu gluten? Gluten merujuk kepada protein yang terkandung dalam bijirin gandum. Ia memberikan kesan elastik pada adunan tepung gandum.

Gluten adalah gabungan 2 jenis protein iaitu gliadin dan glutenin.


Tetapi kenapa wujud produk yang dilabelkan dengan 'gluten free'. 
Gluten bukannlah sesuatu yang mendatangkan penyakit atau merbahaya, tetapi ada diantara kita yang tidak boleh mengambilnya, iaitu badan mereka akan menghasilkan tindak balas yang tidak normal semasa pencernaan. Juga dikenali dengan 'celiac disease'; pengambilan gluten mencetuskan tindak balas imun yang merosakkan usus besar seterusnya tidak dapat menyerap nutrien-nutrien penting. 

Jadi, pada mereka yang mempunyai masalah seperti diatas, produk yang bebas gluten dapat diambil tanpa ragu-ragu.

Untuk produk Shaklee, herblax dan zink juga telah diformulasi semula sebagai produk 'gluten free'.

Hubungi saya untuk mendapatkan rangkaian produk Shaklee;

nurmazlen 0139334920
COD in Temerloh n Bera
Courier around Malaysia
 

Saturday, 12 April 2014

MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZINK

Zink mengikut kajian mempunyai kelebihan dalam pelbagai aspek kesihatan tubuh. Dan salah satu daripadanya adalah dalam proses penyembuhan luka.

Tetapi tahukah kita makanan-makanan yang kaya dengan mineral zink? Makanan yang kaya dengan mineral zink adalah seperti berikut; antaranya ialah


  • Makanan laut seperti tiram dan ketam
  • Daging, ayam dan itik
  • Produk tenusu seperti yogurt dan keju
  • Kekacang seperti badam dan biji gajus
  • Bijirin

Walaubagaimanapun, kita juga mempunyai alternatif lain untuk mengambil mineral zink, iaitu dengan mengambil suplemen zink, ia lebih mudah dan tidak mengganggu proses penyembuhan luka. Kerana sesetengan makanan walaupun mengandungi zink, tetapi tidak boleh diambil kerana dikhuaturi luka akan menjadi gatal atau bernanah yang mana makanan tersebut mungkin mengandungi unsur lain yang melambatkan proses penyembuhan luka.

Untuk mendapatkan Zink Shaklee yang terbaik, sila hubungi saya, saya sedia membantu anda

mazlen 0139334920

Friday, 11 April 2014

ZINK DAN VITAMIN C MEMBANTU PENYEMBUHAN LUKA PEMBEDAHAN

Vitamin dan mineral dalam makanan juga memainkan peranan penting untuk penyembuhan lukan selepas pembedahan termasuklah luka akibat proses kelahiran. Walaupun vitamin dan mineral terdapat dalam pelbagai sumber makanan, tetapi semasa tempoh berpantang kebanyakan sumber makanan tidak boleh diambil kerana dipercayai akan memudaratkan tubuh badan.

Petua nenek moyang kita telah menyenaraikan pelbagai makanan yang tidak boleh dimakan semasa tempoh berpantang. Sebagai contoh adalah sayur-sayuran seperti kangkung dan bayam, ia dikatakan makanan yang berangin. Memang ada betulnya dan terbukti, tetapi sayuran tersebut juga mengandungi vitamin dan mineral yang bagus untuk kesihatan kita.

Jadi untuk memudahkan kita mendapatkan sumber vitamin dan mineral terutama selepas pembedahan atau selepas besalin, lebih baik kita mengamalkan mengambil vitamin dan mineral dalam bentuk suplemen. 

Vitamin dan mineral yang paling penting untuk penyembuhan luka adalah Vitamin C dan Zink. Vitamin C diperlukan oleh badan untuk menghsilkan kolagen iaitu sebahagian penyambung tisu kulit yang memainkan peranan penting untuk penyembuhan luka. Manakala zink diperlukan untuk pembentukan dan penjagaan kulit dan membran mukosa.

Mereka yang mempunyai ulser kulit biasanya adalah merekan yang kekurangan mineral zink, manakala mereka yang kekurangan  Vitamin C pula biasanya dikaitkan dengan penyakit 'skurvy'.

Untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee dan Zink complex Shaklee yang asli, sila hubungi saya;

mazlin 0139334920

Thursday, 10 April 2014

KELEBIHAN ZINK UNTUK TUBUH BADAN

Zink adalah salah satu sumber mineral yang juga diperlukan oleh tubuh badan. Walaupun ia tidak sepopular Vitamin C, Zink sebenarnya memainkan banyak peranan dalam tubuh kita. Tidak popular tidak bermakna ia tidak perlu diendahkan.

Zink diperlukan oleh tubuh badan kita untuk meng 'catalize' kan hampir 100 jus enzim. Malah zink memainkan peranan penting dalam fungsi imunisasi, sintesis protein, penyembuhan luka, sintesis DNA dan pembahagian sel dalam tubuh kita.

Selain itu Zink juga membantu pertumbuhan anak yang sihat semasa hamil, kanak-kanak dan remaja. Bukan itu sahaja Zink turut diperlukan dalam sistem deria rasa dan bau.

Kita perlu mengambil Zink setiap hari daripada sumber makanan kerana badan kita tidak mempunyai kelebihan untuk menyimpan Zink.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan Zink Complex Shaklee yang hebat!

mazlen 0139334920


Thursday, 4 July 2013

ZINC adalah KHAZANAH LELAKI

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

ZINC SHAKLEE dirumus dari zinc glukonat semulajadi yang digabungkan dengan kalsium dan serbuk alfafa yang menjadikan zinc mudah diserap oleh tubuh badan. Zinc sesuai diambil untuk pengambilan jangka masa panjang kerana ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Khazanah lelaki? WHY?

Zinc dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang sirius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, bilangan sperma yang kurang, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pramatang dan keguguran rambut.Jadi, sebab itulah Zinc diperlukan dari peringkat remaja.

sperma sihat subur
kesuburan lelaki


MANFAAT ZINC

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim
2. Membentuk kolagen
3. Memperbaiki diabetis
4. Mempertingkat sistem imun
5. Mempercepat pemulihan luka
6. Memperbaiki masalah prostas
7. Membantu kemampuan seks
8. Ovulasi wanita
9. Memperbaiki radang kulit
10. Memperbaiki deria bau

Terlalu banyak manfaat zinc ni, macam tak padan je dengan harganya yang sangat berpatutan tu..hehe

untuk maklumat lanjut dan rundingan istimewa yang percuma;

mazlen mohd johar | 0139334920
facebook nurmazlen