Showing posts with label DEMAM. Show all posts
Showing posts with label DEMAM. Show all posts

Tuesday, 10 December 2013

CARA MERAWAT ANAK DEMAM MENGGUNAKAN SUPLEMEN SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Pengedar Shaklee Kerayong, Bera, Triang, Temerloh, Mentakab dan seluruh Malaysia

Kita sebagai ibu bapa tida dapat lari daripada dugaan anak demam, batuk dan selsema. Selain daripada menggunakan ubat daripada klinik dan hospital, bantulah anak-anak menggunakan doa, air zam-zam, makanan sunnah serta suplemen. Apa yang saya kongsikan di sini adalah antara usaha-usaha yang kita boleh lakukan untuk mengembalikan kesihatan kepada anak-anak kita. Selebihnya kita serahkan pada Allah.

Di sini saya kongsikan cara pengambilan suplemen SHAKLEE untuk anak-anak kita. Untuk kanak-kanak, dicadangkan untuk mengambil vitamin C chewable SHAKLEE yang mudah dikunyah untuk meningkatkan sistem imunisasi mereka. Seterusnya mengambil Omega guard SHAKLEE iaitu minyak ikan utuk menghindari kesejukan seperti batuk dan selsema. Yang ketiga iaitu Mealshake SHAKLEE, multivitamin dalam bentuk serbuk untuk melengkapkan nutrien kepada anak-anak kita, individu yang cukup nutrien sukar dihinggapi penyakit. Dan yang paling baik adalah Nutriferon SHAKLEE, mengaktifkan sistem imunisasi badan secara semulajadi.

suplemen sahklee untuk anak, omegaguard, vit c, mealshakle, nutriferon


Ke empat-empat suplemen tersebut bukannla perlu diambil setiap hari, ia bergantung kepada umur dan keperluan anak-anak kita.

Jika anak-anak demam. tingkatkan pengambilan vitamin c, dan berikan nutriferon setiap hari mengikut dos yang ditetapkan. Omega dan mealshake mengikut dos biasa. Pastikan anak-anak mengambil air masak secukupnya.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga yang BERBALOI-BALOI;

Nurmazlen 0139334920
FB Nurmazlen
Page Healthy Garage

Tuesday, 19 November 2013

MUSIM DEMAM dan AIR ZAM ZAM

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Kita tidak boleh lari dari perubahan cuaca yang boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas. Sama sekali bukan menyalahkan ketentuan Allah, sebagai manusia biasa kita haruslah terima dengan redha. Bukankah sakit itu penghapus dosa? Walaubagaimanapun bukan juga bermakna kita biarkan diri kita terus sakit tanpa berusaha untuk kembali sihat.

Jika anak kecil demam, contohnya anak saya yang baru berusia 1 tahun 8 bulan, menyebabkan ibu bapa berasa sangat susah hati. Apabila kanak-kanak seusia begini demam, batuk dan selsema, mereka hanya tahu menangis dan sukar untuk membuang kahak, dan yang lebih membimbangkan akan berlakunya jangkitan kuman pada paru-paru. Kebanyakan kanak-kanak kecil ini  sememangnya sukar untuk makan ubat. Begitulah juga anak saya.

Anak saya Dhiya Zahraa tidak ketinggalan dijangkiti demam, batuk dan selsema baru-baru ini. Batuknya terlalu kuat hingga muntah terutama pada waktu malam. Selsemanya juga teruk, setiap kali terbersin memang banyak hingus yang keluar. Selepas tiga malam, masih berlarutan keadaan yang sama, batuk sehingga muntah, badan masih panas dan langsung tidak mahu bermain, suami saya membancuh susu Dhiya menggunakan air zam-zam, Alhamdulillah, selepas habis sebotol susunya, Dhiya beransur cergas, mahu berlari dan bermain. Dan malam tersebut Dhiya boleh tidur lena walaupun masih batuk dan selsema. Syukur yang teramat sangat. Hari-hari berikutnya, Dhiya masih diberi bancuhan susu dari air zam-zam, syukur pada Allah Dhiya beransur sihat.

Nabi S.A.W menjelaskan; " Sesungguhnya, air zam-zam ini air yag sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi".

Nabi S.A.W menambah; " Sesungguhnya, air zam-zam bermanfaat untuk apa sahaja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud engkau merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah menghilangkan dahagamu itu. Itu adalah air dari tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail". (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).