Dari mana datangnya lecithin ? Mampukah tubuh menghasilkannya ? Apa gunanya lecithin ?
Macam - macam yang kita akan fikir jika kita mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan kita. Lecithin adalah salah satu suplemen yang sangat popular pada masa kini dan ramai yang telah mengamalkannya. Tetapi kenapa keadaan ini berlaku ?
Hati mensintesiskan lecithin daripada makanan dan mengedarkannya ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah untuk melindungi sel-sel daripada musnah, serta membantu menguatkan struktur sistem tersebut.
Lecithin adalah gabungan komplex yang terdiri daripada glycolipid, sterols, triglycerides, karbohidrat dan asid lemak. Komponen pentingya adalah choline iaitu pembantu dalam pencernaan lemak, dan membantu membran sel kekal dalam keadaan separa telap, memudahkan sel berhubung dan mengatur pergerakan lemak, ion, bahan buangan dan nutrien dalam sel. Lecthin juga membantu sistem saraf dalam penghasilan acetylcholine iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan, pembelajaran serta tidur.
LECITHIN VS KOLESTROL
Disebabkan kandungan choline yang terkandung dalam lecithin membantu mengelmusikan serta menyingkirkan lemak daripada hati, ia juga menyumbang kepada pengurangan pembentukan kolestrol pada dinding arteri atau dalam pundi hempedu seterusnya merendahkan paras kolestrol dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Walaupun, hati dapat mensintesiskan lecithin daripada makanan, kita perlu pasti makanan yang kita makan mengandunginya atau tidak.
*Pilih Lecithin yang benar-benar berkualiti seperti LECITHIN SHAKLEE
Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan rundingan istimewa, sila hubungi saya
nurmazlen 0139334920 sms,whatsapp
COD in Bera n Temerloh
Courier around Malaysia
We Share because We Care
Showing posts with label DIET. Show all posts
Showing posts with label DIET. Show all posts
Tuesday, 27 May 2014
Friday, 23 May 2014
ASID LEMAK MENGGEMUKKAN
Asid lemak sangat popular dengan kehadirannya dalam minyak ikan yang berkualiti. Tetapi benarkan asid lemak menggemukkan? Namanya pun ade 'LEMAK', yang mana sangat menggerunkan pada mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Asid lemak omega 3 yang terkandung dalam minyak sebenarnya adalah lemak yang diperlukan oleh tubuh badan kita kerana tubuh tidak dapat menghasilkannya sendiri. Yang mana ia perlu diambil melalui makanan.
Asid lemak tidak akan menjadi LEMAK di di dalam tubuh. Ia digunakan untuk membina lapisan lemak luaran (outside lipid layer) yang melindungi sel-sel dalam tubuh. Walaupun kebanyakan lemak mempunyai fungsi yang sama tetapi sel-sel berfungsi dengan baik dan metabolismanya paling optimum sekiranya minyak ikan yang membina lapisan luaran lemak sel-sel tersebut kerana ia membantu aktiviti insulin.
Ianya membenarkan kepekaan terhadap insulin menjadi lebih baik yang mana ianya salah satu faktor dalam pengurangan lemak. Jika kita mempunyai kepekaan insulin yang rendah, kita akan mempunyai masa yang lama untuk mengurangkan lemak dalam badan.
Jadi, ini adalah salah satu sebab mengapa OMEGAGUARD dicadangkan dalam set pengurusan berat badan SHAKLEE. OMEGAGUARD SHAKLEE mengandungi minyak ikan tulin dan yang terbaik.
Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan cara pengambilan yang betul, sila hubungi saya;
Mazlen 0139334920 sms,call,whatsapp
We share because we care
Cod in temerloh n bera
Tuesday, 4 March 2014
PROMOSI ESP SHAKLEE 2014
Bulan March ini Shaklee menawarkan dengan pembelian 6 canister ESP anda akan mendapat percuma satu canister ESP.
ESP sangat popular dikalangan pengguna produk shaklee. Esp adalah salah satu makanan tambahan yang bagus untuk kesihatan. Ianya sangat sinonim dengan mereka yang hamil, menyusukan bayi, penghidap gastrik, wanita yang berpantang, individu yang berpuasa serta mereka yang ingin mendapatkan kulit yang sihat.
Sumber ESP daripada soya yang ditanam secara organik dan juga 'non GMO' product menjadikan ia sumber soya yang bagus untuk kesihtan kita semua.
Jika hamil dan mahukan anak yang putih dan gebu, secara mitosnya kita perlu minum air soya semasa hamil, tetapi soya yang diambil perlulah dari sumber yang bagus kerana jika tidak bayi yang bakal lahir akan mengalami masalah kulit. Jika percaya juga dengan amalan tersebut, ambil lah ESP kerana terbukti ia dari sumber yang berkualiti dan selamat. Kebanyakan soya yang berada dipasaran adalah GMO, dimana genetiknya telah diubahsuai, jadi kualiti dan kebaikannya sudah terjejas.
Untuk mendapatkan produk Shaklee sila hubungi saya;
nurmazlen mohd johar 0139334920
ESP sangat popular dikalangan pengguna produk shaklee. Esp adalah salah satu makanan tambahan yang bagus untuk kesihatan. Ianya sangat sinonim dengan mereka yang hamil, menyusukan bayi, penghidap gastrik, wanita yang berpantang, individu yang berpuasa serta mereka yang ingin mendapatkan kulit yang sihat.
Sumber ESP daripada soya yang ditanam secara organik dan juga 'non GMO' product menjadikan ia sumber soya yang bagus untuk kesihtan kita semua.
Jika hamil dan mahukan anak yang putih dan gebu, secara mitosnya kita perlu minum air soya semasa hamil, tetapi soya yang diambil perlulah dari sumber yang bagus kerana jika tidak bayi yang bakal lahir akan mengalami masalah kulit. Jika percaya juga dengan amalan tersebut, ambil lah ESP kerana terbukti ia dari sumber yang berkualiti dan selamat. Kebanyakan soya yang berada dipasaran adalah GMO, dimana genetiknya telah diubahsuai, jadi kualiti dan kebaikannya sudah terjejas.
Untuk mendapatkan produk Shaklee sila hubungi saya;
nurmazlen mohd johar 0139334920
Wednesday, 8 January 2014
ALFAFA SHAKLEE MEMANG LARIS DIPASARAN
TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA
Kita berada di bulan Januari 2014, sekejap sahaja masa berlalu kan. Bulan ini Shaklee menwarkan promosi alfafa shaklee yang sangat laris dikalangan wanita, ibu menyusu dan mereka yang sedang mengurangkan berat badan.
Alfafa Shaklee didatangkan dengan dua saiz yang berbeza iaitu saiz S (330 biji) dan saiz L (700 biji). Pada bulan promosi ini, ramai yang tidak melepaskan peluang mendapatkan alfafa yang bersaiz L kerana lebih berbaloi. Untuk yang baru ingin mencuba alfafa, boleh mendapatkan saiz s terlebih dahulu pada harga promosi.
Untuk makluman anda promosi produk shaklee adalah tidak sama untuk setiap bulan dalam setahun. Hanya beberapa produk sahaja yang mempunyai bulan promosi berulang dalam satu tahun. Seingat saya tahun lepas, alfafa memang tidak tersenarai dalam mana-mana bulan untuk harga promosi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk hebat shaklee dengan harga yang berbalai-baloi.
Kenapa pilih ALFAFA SHAKLEE ?
Alfafa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. ia telah digunakan oleh manusia sejak dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
10 BIJI ALFAFA MENYEDIAKAN NUTRISI = SEGELAS SUSU
SEBAHAGIAN KHASIAT ALFAFA UNTUK TUBUH KITA;
- Mencuci hati, darah dan usus - Kealkaliannya boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
- Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan
- Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
- Menghindarkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strokdan darah tinggi. Hanya alfafa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
- Melawan tumor - memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan seterusnya memperbaiki sel-sel akibat kanser dan membuang tumor.
- Melegakan keletihan
- Mencegah / merawat artritis
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga yang berbaloi.
mazlin 0139334920
facebook nurmazlen
Monday, 16 December 2013
KEGAGALAN MEMBUANG LEMAK DI PERUT
TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA
Sering kali kita duhantui kegagalan untuk menghapuskan segala lemak diperut. Mesti ramai diantara kita yang telah cuba pelbagai kaedah untuk mengurangkan inci pada bahagian perut, walaubagaimanapun hanya sebahagaian kecil daripada kita yang berjaya. Apa rahsia mereka agaknya?
Apa kata kita lihat beberapa punca kenapa usaha-usaha kita gagal?
Yang pertama adalah TIDAK RUTIN. Lemak diperut adalah lemak yang sangat degil maka ia tak akan hilang jika tiada senaman atau diet yang betul secara rutin. Jadi apa kata kita cuba semula untuk disiplinkan senaman dan diet yang sihat agar lemak-lemak degil dapat dikurangkan.
Keduanya pula adalah SENAMAN YANG TIDAK PELBAGAI. Memang sukar bagi kita untuk mempelbagaikan cara kita bersenam. Apabila kita selesa dengan satu senaman, kita akan lakukan senaman tersebut sahaja setiap hari. Sebenarnya kita perlu pelbagaikan cara senaman agar pengurangan lemak di bahagian badan menjadi lebih seimbang.
TIDAK BERDISIPLIN juga punca masalah lemak diperut lambat dapat dikurangkan. Cuba amalkan senaman secara berdisiplin.
BANYAK MAKAN. Apabila sudah melakukan senaman tidak bererti kita boleh makan sesuka hati. Jadi pilih makanan yang berkahsiat dan sihat agar senaman yang dilakukan tidak sia-sia.
Dan yang paling penting jangan amalkan DIET TIDAK SIHAT. Pastikan diet yang diamalkan sihat dan tidak memudaratkan. Jangan terlalu drastik kerana diet yang ekstrim memang akan menunjukkan kesan kurus yang cepat tetapi boleh memuaratkan kesihatan.
Jadi mari sama-sama kita berusaha mengurangkan lemak diperut secara sihat.
Untuk mendapat produk diet shaklee yang sihat sila hubungi saya
nurmazlen mohd johar
Sunday, 15 December 2013
MAKANAN PEMBAKAR LEMAK DI PERUT
TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
pengedar shaklee kerayong, bera, triang, temerloh, mentakab dan seluruh malaysia
PERUT, kita semua mempunyai perut. Dan masalah yang paling ketara adalah saiz perut, ada yang buncit, boroi, geleber dan macam-macam lagi. Semuanya akibat lemak yang berlebihan daripada amalan pemakanan kita yang mungkin tidak seimbang.
Tetapi tahukan anda, ada sebahagian makanan yang dapat menjadi agen pembakar lemak-lemak di bahagian perut seterusnya dapat mengurangkan saiz perut.
Makanan tersebut ialah;
SALAD - Salah satu syuran hijau yang dikatakan dapat mempercepatkan pembakaran lemak di perut. Dengan pengambilan salad secara kerap akan membuatkan perut berasa cepat kenyang seterusnya membuatkan kita tidak makan makanan lain secara berlebihan.
YOGURT - Yogurt kaya dengan kandungan bakteria baik yang dipercayai dapat membuang toksin yang terdapat di dalam perut. Secara tidak langsung, proses penyerapan nutrisi dapat berjalan dengan lebih lancar. Yogurt berada pada carta yang tertinggi jika dilihat pada carta makanan pembakar lemak kerana fungsi lainnya mempercepatkan kadar metabolisme di dalam perut.
OAT - Oat biasanya diambil pada waktu pagi, tetapi dengan kelebihannya sebagai pembakar lemak, ia juga boleh diambil pada waktu siang ataupun malam. Pengambilan oat dikatakan dapat membantu kelenjar tiroid untuk menghasilkan sejenis hormon yang mampu membuang lemak di dalam perut.
TELUR - Rata-rata pegkaji mengatakan bahawa bersarapan dengan telur mampu mengurangkan berat badan. Kandungan B12 dan protein di dalamnya membantu meningkatkan sistem kerja metabolisme dalam tubuh seterusnya mempercepatkan pembakaran lemakyang terkumpul di dalamnya.
KEKACANG - Kekacang seperti badam, walnut dan kacang tanah adalah ejen pembakar lemak untuk membakar lemak diperut. walaubagaimanapun pengambilannya haruslah dikawal kerana ditakuti kolestrol dalam darah akan meningkat.
Kesimpulannya, dengan azam yang kuat dan mengamalkan diet yang sihat dan betul, In Shaa Allah badan yang diidamkan akan berhasil. Walaupun lambat yang penting sihat dan selamat.
Untuk dapatkan suplemen DIET SHAKLEE sila hubungi saya
nurmazlen
0139334920
Sunday, 8 December 2013
RESEPI SIHAT, SUP TELUR BERSAMA PUCUK DAN SUHUN
Bahan bahan
bawang kecil
bawang putih
halia
telur
pucuk n suhun
kentang
lada hitam
Penumis
air
Caranya
Tumiskan penumis, bawang kecil, bawang putih, halia dan lada hitam. Apabila sudah harum dan wangi masukkan air dan kentang. Apabila air sudah menggelegak, pecahkan telur, tunggu hingga kentang lembut, kemudia masukkan pucuk dan suhun. Akhir sekali perasakan dengan garam. Siap. Tambahkan daun sup untuk aroma yang lebih menyelerakan.
Selamat mencuba
Saturday, 7 December 2013
RESEPI DIET UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN
TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Siapa sedang cuba mengurangkan berat badan sekarang ? Apa resepi makanan harian anda ?
Saya tertarik dengan resepi yang menggunakan dada ayam kerana ia senang didapati dan memerlukan proses yang mudah. Malah yang penting kurang karbohidrat.
Salah satu resepinya adalah nugget ayam. Semestinya nugget kegemaran ramai bukan ? terapi nugget yang terdapat dipasaran tidak sesuai untuk mereka yang berdiet kerana terdapat kandungan lemak yang tinggi. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri, anak-anak pun mesti suka.
BAHAN-BAHANNYA
Dada ayam
bawang besar
daun sup
daun bawang
lada sulah
garam
minyak jagung
CARA MEMBUATNYA
Kisar dada ayam sehingga halus, kemudia campurkan bawang besar yang dipotong dadu serta daun bawang dan daun sup yang dihiris halus. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Apabila sudah sebati, kepalkan mengikut saiz yang digemari dan gorengkan sehingga masak. Siap, mudah sahaja kan.
Selamat mencuba.
Tuesday, 26 November 2013
TREADMILL BERBALOI ATAU MERUGIKAN
TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Pernahkah anda terfikir untuk membeli alat senaman seperti TREADMILL dan letakkan ia di dalam rumah sendiri?
Untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan atau untuk mengkalkan kesihatan tubuh badan. Apa pun tujuannya ia sebenarnya baik untuk kesihatan.
Jika berniat membeli sesebuah alat senaman pastikan ia digunakan secara maksimum kerana harganya bukan seringgit dua, tetapi memerlukan kos ribuan ringgit. Ia boleh dibeli secara tunai atau ansuran kredit kad tanpa faedah.
Untuk seorang perempuan atau wanita, mempunyai alat senam di rumah sendiri sememangnya memudahkan. Tidak perlu bertudung dan hanya memakai pakaian harian yang sesuai sahaja untuk bersenam. Jika mempunyai anak kecil, kita tidak bimbang untuk mencari penjaga untuk menjaganya. Malah boleh bersenam sambil menonton rancangan kegemaran kita.
Untuk mengurangkan berat secara sihat bukan sesuatu yang mudah dengan gaya hidup masa kini yang dikelilingi pelbagai makanan yang mengiurkan di negara kita. Walau apa pun, jika kita berazam, In Shaa Allah kita akan berjaya.
Jom bersama-sama mengurangkan beray secara sihat. Kita lakukan bersama, mungkin lebih seronok.
Dan jangan lupa ambil suplemen yang bagus untuk kurangkan berat, tetapi ingat jangan ambil UBAT KURUS. BAHAYA!
Jog for our life.
mazlen 0139334920
Subscribe to:
Posts (Atom)
