Showing posts with label MAKANAN TAMBAHAN. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN TAMBAHAN. Show all posts

Wednesday, 4 March 2015

HIDUP BEBAS UBAT

Bagaimana mahu hidup tanpa ubat-ubatan? Tetapi mahu kekal sihat.

Semunya bergantung kepada cara hidup dan cara pemakanan kita. Jika kita mengamalkan gaya hidup sihat, kebarangkalian untuk mendapat penyakit adalah kurang daripada langsung tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengamalkan gaya hidup sihat bukanlah bermakna kita mengambil suplemen sahaja, ia merangkumi gaya pemakanan, rutin seharian serta aktiviti setiap individu.

Makan adalah fokus utama untuk kesihatan tubuh badan kerana apa yang kita makan itulah yang memberi kesan kepada diri kita. Jika kerap mengambil makanan segera, pelbagai penyakit akan timbul malah OBESITI juga akan hadir bersama.

Apabila kesihatan telah terjejas, pengambilan UBAT diperlukan untuk mengawal serta menyembuhkan penyakit.

Jadi untuk kekal sihat serta hidup tanpa UBAT, jagalah pemakanan serta amalkan gaya hidup sihat. Dan satu daripanya adalah dengan pengambilan VITAMIN tambahan.

Untuk mendapatkan rangkaian PRODUK SHAKLEE, sila hubungi saya;

PN. NURMAZLEN 0139334920

Tuesday, 10 June 2014

PANTANG SEMASA HAMIL

Bukan waktu lepas bersalin sahaja ada pantang, semasa hamil juga ada pantangnya, terutamanya dari segi makanan. Walaupun tidak seketat pantang semasa selepas melahirkan, ada beberapa  jenis makanan yang perlu dielakkan untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi terpelihara.

Yang pertama sekali adalah MAKANAN MENTAH, hal ini kerana makanan mentah  boleh menyebabkan; 
i. Cirit birit - yang mana biasanya disebabkan bakteria salmonela yang terkandung dalam ayam mentah, daging mentah serta telur mentah.
ii. Jangkitan cacing daripada ikan mentah, mungkin tidak memudaratkan bayi secara langsung tetapi cacing berupaya memakan zat-zat yang diperlukan oleh bayi.
iii. Toxoplasmasis - penyakit yang disebabkan oleh parasit dalam daging mentah serta sayur-sayuran yang tidak dicuci sempurna yang mana boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius pada bayi
iv. Keguguran, kelahiran pramatang dan keracunan - salah satu sebabnya adalah bakteria listeria yang terkandung dalam keju atau susu yang tidak dipasteur dengan sempurna.

Seterusnya adalah VITAMIN A. Pengambilan vitamin a melebihi 5000ui boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung serta saraf bayi. Jadi pilihan bijak untuk mendapatkan beta karotena adalah dari sumber lobak merah dan elakkan vitamin A daripada sumber haiwan seperti hati.

RAKSA juga mendatangkan bahaya kepada bayi kerana ia mampu merosakkan bayi. Jadi elakkan ikan-ikan seperti tuna, markerel atau ikan-ikan bersaiz besar kerana ikan yang besar lebih banyak mengandungi raksa.

Kencing manis juga sering menyerang ibu hamil, jadi puncanya adalah GULA dan MAKANAN BERGLUKOSA tinggi. Ianya bahaya kerana apabila berlakunya diabetes semasa hamil, berat bayi akan bertambah dan akan berlaku kesukaran semasa kelahiran.

Kemudian adalah MAKANAN YANG DIPROSES seperti sosej kerana ia mengandungi nitrit dan nitrat yang tinggi.

KACANG TANAH mampu memberi alahan kepada bayi selepas kelahirannya. Jadi jika ada ahli keluarga yang alah dengan kacang tanah, maka ia perlu dielakkan.

Jadi pastikan kita mengambil makanan yang baik serta seimbang untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi tidak terjejas. Pengambilan suplemen yang berkualiti juga adalah langkah yang bijak.

Untuk mendapatkan suplemen shaklee dengan rundingan yang istimewa sila hubungi saya;

Nurmazlen 0139334920
Inafazlin 0199216076
COD - TEMERLOH, MENTAKAB, BERA, TRIANG
COURIER - ENTIRE MALAYSIA


Wednesday, 28 May 2014

KHUSUS UNTUK MENYINGKIRKAN KOLESTROL JAHAT

Gaya hidup kita pada masa kini sememangnya tidak dapat lari dengan kolestrol 'jahat' iaitu kolestrol yang mendap dalam dalur darah seterusnya menyebabkan kenaikan risiko penyakit jantung iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia.

Namun kita mempunyai pilihan atau cara untuk merendahkan tahap kolestro 'jahat' tersebut dengan mengamalkan makanan seimbang (rendah lemak dan tinggi dengan serat larut air), melakukan aktiviti fizikal dengan kerap serta mengurangkan berat badan jika kita tergolong dalam kalangan individu yang mempunya berat badan berlebihan. Walaubagaimanapun, Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian kita untuk merendahkan paras kolestrol secara semulajadi.

Tetapi cara hidup kita pada masa kini, perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk merendahkan paras kolestrol dalam tubuh kita agak sukar dilaksanakan. Jadi Shaklee memperkenalkan satu produk baru yang dinamakan PHYTOCOL-ST iaitu formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolestrol dan merendahkan paras kolestrol 'jahat' (LDL).

TEMERLOH BERA TRIANG PAHANG


APA KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST SHAKLEE ?

  1. Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
  2. Membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan setiap hari
  3. Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolestrol dalam lebih 80 kajian.
  4. Membekalkan 100% nilai harian fitosterol seperti yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  5. Tiada pengawet, pewarna, perisa dan pemanis tambahan.
BAGAIMANA FITOSTEROL BERTINDAK ?

Dengan struktur yang sama seperti kolestrol, Fotosterol akan bersaing dan mengalahkan kolestrol untuk penyerapan dalam usus. Ini bermakna semakin banyak fitosterol yang kita ambil, maka semakin berkurang kolestrol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang kita untuk merendahkan paras kolestrol 'jahat'(LDL) kita.

TEMERLOH, TRIANG
PHYTOCOL-COL


 Jadi pilih langkah bijak agar kesihatan kita terpelihara.

Untuk mendapatkan PHYTOCOL-ST atau mana-mana rangkaian PRODUK SHAKLEE, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920 sms,whatsapp
COD in TEMERLOH dan BERA
COURIER around MALAYSIA

We Share Because We Care


Friday, 16 May 2014

MAKAN SAYUR TIDAK BERGUNA LAGI

Seperti mana yang kita tahu, sayur-sayuran kaya dengan vitamin terutama vitamin C. Tetapi tahukah anda bahawa Vitamin C adalah vitamin larut air? Pelbagai kaedah masakan akan mengurangkan kandungan Vitamin di dalam sayuran termasuklah Vitamin C. Jadi memakan sayuran yang tiada vitamin adalah satu kerja yang sia-sia bukan?

Cara menggunakan atau memasak sayur agar vitamin masih dikekalkan dan masih berguna untuk tubuh badan kita;

  • Masak dengan air yang sedikit - Mencelur sayuran adalah cara paling banyak mengurangkan vitamin daripada sayuran, jadi kita ubah kepada stimkan sahaja sayuran tersebut menggunakan air yang sedikit. Contohnya apabila kita menstimkan brokoli, ia akan mengekalkan nutrisinya malah ia akan kelihatan menarik dengan kehijauannya.
  • Masak dengan tidak menggunakan air - ianya dapat mengekalkan peratus vitamin paling tinggi. Memanggang atau goreng sekejap tidak memerlukan air, jadi cara ini dapat mengurangkan kadar kehilangan vitamin larut air. 
  • Masak dengan mengekalkan air - masak dengan tidak menggunakan air hanya sesuai dengan bebrapa jenis sayuran sahaja, tetapi kebanyakan masih perlu menggunakan air. Contohnya vitamin C dalam tomato akan hilang jika di masak dalam air, tetapi kita boleh mengekalkan nutriennya dengan jadikan ia puri bersama air. Sup atau air rebusan sayuran mengandungi vitamin, jadi galakkan anak-anak menikmatinya bersama-sama dengan sayuran.
  • Masak dengan air - Jika kita gemarkan sayuran yang didihkan dalam air, simpan air tersebut. Air rebusan sayuran mengandungi peratus vitamin yang tinggi, jadi kita boleh mencelurkan sayuran lain dalam air yang sama atau gunakan dalam masakan lain. 
  • Elakkan memasak - Sayur atau buah mentah lebih banyak mengandungi vitamin c. Walaubagaimanapun untuk menggalakkan anak-anak memakan sayur mentah adalah perkara yang mustahil berbanding buah-buahan. Tetapi kita boleh cuba potong sayuran dalam bentuk yang menarik dan dihidangkan bersama-sama sos kegemaran mereka.
Walaubagaimanapun, kita masih mempunyai alternatif lain dengan pengambilan suplemen untuk memastikan tubuh badan kita mendapat vitamin yang cukup. Contohnya Vitamin C Shaklee yang menggunakan teknologi perlepasan masa yang dapat mengurangkan kadar kehilangannya semasa berada didalam tubuh.

Hubungi saya untuk mendapat produk Shaklee

mazlen 0139334920
cod around bera n temerloh

Monday, 12 May 2014

MENGANTUK, LETIH DAN SUKAR FOKUS DIKALANGAN PELAJAR

Perkara sebegini adalah sinonim dengan pelajar, dari pelajar yang berumur 7 tahun sehinggalah yang berada di universiti. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan pelajar akan berasa letih, mengantuk dan tidak bermaya. Belajar walaupun ia bukan aktiviti fizikal yang lasak, belajar memerlukan kerja keras dibahagian otak, hal ini yang menyebabkan pelajar sukar untuk fokus ketika belajar.

Tetapi sebagai ibu bapa, kita perlu membantu mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan pengambilan suplemen sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengurangkan stress dan membantu menambah tenaga serta lebih fokus untuk belajar.

Beberapa vitamin dan mineral yang dapat membantu para pelajar adalah;

  • Vitamin B - Membantu metabolisme makanan kepada tenaga. Malah B complex terutama asid folik, B6, dan B12 memainkan peranan penting dalam kesihatan saraf dan otak.
  • Asid lemak Omega 3 - mengurangkan simptom ADHD ( attention deficit hyperactivity disoder ) dan DCD ( developmental coordination disorder )  dikalangan kanak-kanak. Ia juga membantu menstabilkan 'mood' yang mana ia meningkatkan aras serotonin dalam otak.
  • Zink - ada kajian yang menyatakan bahawa pelajar yang mengambil 20mg zink 5 hari dalam seminggu dalam tempoh 10-12 minggu mempunyai prestasi yang lebih baik dalam penumpuan, ingatan, penyelesaian masalah dan koordinasi mata berbanding pelajar yang tidak mengambilnya.
  • Iron - kekurangan iron atau zat besi menyebabkan kekurangan tenaga dan kelesuan. Kandungan zink yang rendah mendorong kepada kerendahan darah yang mana mengurankangkan atau menyukarkan oksigen dibawa ke orak dengan cukup. Dan satu perkara penting, pengambilan iron perlu bersama dengan vitamin c kerana Vitamin C membantu penyerapan iron yang lebih optimum.
Jadi bantulah anak-anak dengan membekalkan mereka sekurang-kurangnya multivitamin untuk membantu tubuh dan otak lebih bertenaga dan fokus ketika belajar.

Untuk dapatkan suplemen shaklee yang terbaik, sila hubungi saya.

Mazlen 0139334920

Monday, 28 April 2014

ORANG TAK CERDIK JE MAKAN SUPLEMEN

Hahaha mesti ramai yang bengang kan kalau saya cakap macam tu. Rakyat negara kita sudah semakin sedar akan kepentingan suplemen, jadi bagi yang sedar akan keadaan dan cara hidup kita pada masa kini semestinya mereka mengamalkan suplemen.

Walaubagaimanapun masih ada diantara kita yang mengatakan suplemen tidak penting, saya tidak katakan anda salah, itu pendapat masing-masing. Dengan gaya hidup masa kini yang menuntut masa bekerja lebih dari segalanya menyebabkan kesihatan tubuh badan kita terabai. Makan minum tidak menentu dan rehat yang tiada lagi wujud dalam kamus hidup kita, malah Letih dan stress adalah perkara biasa.

Keadaan sebegini yang menyebabkan penyakit mudah menyerang. Semuanya mahu segera. Makanan yang diambil juga  semuanya dibeli tanpa memandangkan kandungan khasiatnya, yang penting dapat mengisi perut dengan kadar segera. Senaman dan riadah juga dipinggirkan, sedangkan ia membantu mengurangkan stress serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

Tetapi apa yang saya nak katakan disini adalah, bukan mengamalkan suplemen kita akan terselamat daripada penyakit, sekurang-kurangnya tubuh masih mendapatkan khasiat yang sepatutnya daripada sumber makanan tambahan. Juga tidak bermaksud suplemen dapat menggantikan senaman, senaman tetap penting walaupun sekejap untuk setiap hari. 

Kesihatan tubuh sangat penting, maka tajuk diatas sepatutnya adalah ORANG BIJAK MEMANG MENGAMALKAN SUPLEMEN. Boleh gitu? Hehehe

Suplemen Shaklee salah satu makanan tambahan yang mempunyai dari yang murah hinggalah yang termahal. Tetapi tidak bermakna yang murah itu tidak kuat. Yang penting kita usaha, selebihnya serahkan pada Allah.

Sekian,

Sharing is caring 
Mazlen 0139334920
Cod area temerloh n bera

Monday, 7 April 2014

MAKANAN MEMPENGARUHI TIDUR

Kesihatan tubuh badan kita berkait rapat dengan makanan yang kita ambil. Begitu juga dengan tidur, sedikit sebanyak tahap kepuasaan atau kemudahan untuk melelapkan mata berkait rapat juga dengan makanan.

Sedikit info berkenaan diet yang mepengaruhi tidur kita semua. Ataupun cadangan bagi 'Sleep - friendly diet'.

1. Magnesium
    -Mineral yang berfungsi untuk merehatkan saraf serta otot
    -Kekurangan magnesium sering dikaitkan dengan beberapa masalah tidur termasuk insomnia dan
    'restless leg syndrom'
 
2. Potassium
    -Juga mineral yang membantu merehatkan saraf dan otot-otot badan

3. Kalsium
    -Mineral yang memainkan peranan penting dalam penghasilan melatonin (sleep hormone) yang
     membantu mengekalkan kitaran tidur manusia dlam 24 jam.
    -Kandungan melatonin meningkat secara semulajadi pada waktu malam seterusnya menggalakkan
     tidur dan merosot apabila siang.
    -Juga seperti magnesium dam potassium, ia juga membantu merehatkan badan.

4. Pengambilan Vitamin

    a) Vitamin B - B3 (Niacin) membantu REM Sleep.
                            B6 membantu badan menghasilkan serotonin (hormon penenang)

    b) Suplemen Kalsium dan Magnesium - Menyediakan badan untuk tidur

    c) Vitamin D - Memperbaiki tidur

Tuesday, 11 February 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Selalu cerita tentang vitamin untuk orang dewasa, set kecantikan, set hamil, set pantang, set sendi dan macam-macam lagi. Set untuk kanak-kanak juga tidak ketinggalan. Mereka juga mahu sihat dari kecil bukan.

Bilakah kanak-kanak boleh mula untuk mengambil vitamin?

Sekiranya perlu, anak-anak boleh mengambil vitamin bermula umur 1 tahun. Sebelum usia setahun biarkan mereka mendapat khasiat dari susu ibu sepenuhnya.

Apakah suplemen yang sesuai diambil oleh kanak-kanak?

Saya cadangkan Mealshake dan Omegaguard untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 4 tahun; dan pada usia 4 tahun boleh memberikan mereka vitamin c chewable shaklee.

Berapakah sukatan suplemen yang perlu diberikan kepada kanak-kanak?

Suplemen adalah 'makanan tambahan', jadi berikan hanya mengikut keperluan sahaja. Jadi dapatkan maklumat terperinci semasa membeli suplemen untuk kanak-kanak dari SID anda.

Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan panduan yang betul, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920

inafazlin 0199216076

Friday, 7 February 2014

MENU PENTING UNTUK TUMBESARAN KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Sebagai ibu bapa, pemakanan anak-anak sangat perlu dititik berat kan. Pastikan Khasiat pemakanan bersumberkan bahan semulaji. Setiap makanan yang dimakan membekalkan pelbagai khasiat yang berbeza. Jadi dengan memberikan anak-anak kita pelbagai jenis makanan dalam satu masa, ia dapat membantu mereka mendapatkan kalori, lemak, vitamin, mineral yang cukup untuk tumbesaran mereka.

Kalsium juga sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Mereka memerlukan 800mg kalsium setiap hari. Jadi makanan yang mengandungi kalsium seperti seperti susu, keju dan dadih penting untuk mereka. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga penting dalam membekalkan sumber vitamin A dan C.

Malah berikan mereka juga daging dan kekacang serta produk bijirin seperti roti dan bijirin penuh sebagai sumber zat besi, protein dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Jadi masalah yang timbul apabila, anak-anak kita tidak berselera atau terlalu memilih makanan. Kerana bimbang akan kekurangan zat yang diperlukan oleh badan mereka untuk tumbesaranyang sihat.
Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak-anak, perlulah mencari alternatif untuk membantu keperluan tubuh badan mereka. Terdapat pelbagai suplemen di pasaran yang dapat membantu, jadi pilih yang terbaik untuk mereka.

Untuk mendapatkan produk Shaklee sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 call/sms/whatsapp

inafazlin 0199216076 call/sms/whatsapp(Tbg Haji Temerloh)

Tuesday, 10 December 2013

CARA MERAWAT ANAK DEMAM MENGGUNAKAN SUPLEMEN SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Pengedar Shaklee Kerayong, Bera, Triang, Temerloh, Mentakab dan seluruh Malaysia

Kita sebagai ibu bapa tida dapat lari daripada dugaan anak demam, batuk dan selsema. Selain daripada menggunakan ubat daripada klinik dan hospital, bantulah anak-anak menggunakan doa, air zam-zam, makanan sunnah serta suplemen. Apa yang saya kongsikan di sini adalah antara usaha-usaha yang kita boleh lakukan untuk mengembalikan kesihatan kepada anak-anak kita. Selebihnya kita serahkan pada Allah.

Di sini saya kongsikan cara pengambilan suplemen SHAKLEE untuk anak-anak kita. Untuk kanak-kanak, dicadangkan untuk mengambil vitamin C chewable SHAKLEE yang mudah dikunyah untuk meningkatkan sistem imunisasi mereka. Seterusnya mengambil Omega guard SHAKLEE iaitu minyak ikan utuk menghindari kesejukan seperti batuk dan selsema. Yang ketiga iaitu Mealshake SHAKLEE, multivitamin dalam bentuk serbuk untuk melengkapkan nutrien kepada anak-anak kita, individu yang cukup nutrien sukar dihinggapi penyakit. Dan yang paling baik adalah Nutriferon SHAKLEE, mengaktifkan sistem imunisasi badan secara semulajadi.

suplemen sahklee untuk anak, omegaguard, vit c, mealshakle, nutriferon


Ke empat-empat suplemen tersebut bukannla perlu diambil setiap hari, ia bergantung kepada umur dan keperluan anak-anak kita.

Jika anak-anak demam. tingkatkan pengambilan vitamin c, dan berikan nutriferon setiap hari mengikut dos yang ditetapkan. Omega dan mealshake mengikut dos biasa. Pastikan anak-anak mengambil air masak secukupnya.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga yang BERBALOI-BALOI;

Nurmazlen 0139334920
FB Nurmazlen
Page Healthy Garage

Friday, 6 December 2013

KHASIAT OMEGA GUARD SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Kanak-kanak yang sering batuk dan selsema sering digalakkan untuk mengambil minyak ikan. Ia dikatakan dapat menguatkan antibodi dan melegakan batuk dan selsema. Pelbagai jenama minyak ikan yang terdapat dipasaran tetapi haruslah di pilih dengan betul kerana sesetengah daripadanya mengandungi lemak ikan yang tinggi bukan minyak ikan. Malah ada yang ditambah dengan perasa dan pewarna. Jadi untuk mendapatkan kesan yang baik dari minyak ikan, kita hendaklah memilih minyak ikan yang berkualiti seperti OMEGA GUARD SHAKLEE.

Kenapa memilih MINYAK IKAN dari produk SHAKLEE ? APAKAH PERBEZANNYA ?

Minyak ikan Shaklee melalui beberapa proses penyulingan untuk menyingkirkan cadmium, arsenic, mercury, dioxins, PCBs dan lain-lain bahan pencemaran. Ia juga tiada pewarna, perasa, dan pengawet serta bebas gluten.

Minyak ikan Shaklee sentiasa berkesan, berdasarkan 4500 kajian yang menunjukkan kebaikan asid lemak omega 3 terhadap kesihatan.. Malah ia mengandungi kesemua 7 asid lemak omega 3 termasuk EPA dan DHA.

Dan yang paling menarik adalah sentiasa SEMULAJADI.

The fish oil in Omegaguard is certified by Friends of the Sea. Sebuah organisasi konserversi antarabangsa yang mana kriteria kualitinya dikawal ketat termasuk cara pemprosesannya.  Juga di letakkan dalam salutan yang berasaskan minyak kacang soya yang bebas bisphenol-A.

Jadi sebagai pengguna yang bijak kita hendaklah memilih sesuatu yang berkualiti agar tidak tertipu dengan kepalsuan minyak ikan.

Perbandingan minyak ikan Shaklee dengan jenama lain;


Untuk promosi omega pada bulan ini, anda sangat dialu-alukan untuk menghubungi saya.
Sangat berbaloi.

Mazlen 0139334920

We share because we care.



Thursday, 21 November 2013

MELATIH ANAK SUKA MAKAN SAYUR

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Sayur ibarat racun bagi kanak-kanak. Pantang nampak sayur, terus terbantut selera mereka.

Seawal 6 bulan, anak-anak kita sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pepejal seperti sayur, buah-buahan, nasi dan lain-lain lagi. Tetapi makanan pepejal tersebut perlulah dilembutkan terlebih dahulu. Salah satu kaedah untuk cuba untuk melatih anak suka akan sayur adalah dengan memperkenelakan sayur-sayuran terlebih dahulu daripada buah-buahan bermula usia mereka masih kecil. Kenapa? Dipercayai bahawa jika anak-anak diperkenalkan dengan rasa manis buah terlebih dahulu, mereka akan menolak rasa sayur.

Antara sayur-sayuran yang baik untuk anak-anak adalah

*Saleri - saleri biasanya dijadikan sebagai penambah perisa dalam sup atau bubur. Walaupun sekadar penambah perisa, sebenarnya saleri kaya dengan kalsium dan fosforus.

*Bayam - Samada bayam merah atau hijau, kedua-duanya kaya dengan vitamin A(betakarotein), B, C, asam folat, fosforus, mangan dan zat besi yang bagus untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak.

*Labu siam - juga kaya dengan kalsium dan fosforus

*gambar hiasan*


*Brokoli - Hijau dan sedap bukan. Ia kaya dengan kalsium dan asam folat.

*Tomato - Warnanya sangat menarik dan daripada warnanya kita boleh mengagak bahawa ia kaya dengan vitamin c dan likopen(sejenis antioksida)

Sebagai ibu bapa, pemakanan anak-anak sangat perlu dititikberatkan. Badan dan minda yang sihat bermula dengan makanan yang baik.

We SHARE because we CARE

Untuk maklumat makanan tambahan yang berkualiti untuk anak-anak kita sila KLIK DI SINI

mazlen 0139334920




Wednesday, 20 November 2013

PANDUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Pernahkah kita terfikir cukupkah makanan yang diambil oleh anak-anak kita?

Cukupkan nutrien yang ada dalam makanan yang anak-anak kita makan?

Pastikah zat makanan yang dimasak masih berada dalam makanan yang akan dimakan oleh anak-anak nanti?

Jika anak-anak tak mahu makan makanan yang dimasak, bagaimana kita boleh pastikan keperluan nutrien untuk anak-anak kita cukup?

Pelbagai persoalan bermain pada fikiran ibu bapa yang mahukan kesihatan anak-anak berada pada tahap yang optimum bukan?

Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak adalah golongan yang sangat terkenal dengan masalah kurang selera makan, tidak makan sayur dan sangat cerewet memilih makanan. Keadaan ini kan menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah kekurangan zat dan nutrien keperluan tubuh badan.

 Kekurangan zat dan nutrien pada kanak-kanak jangan dipandang remeh kerana ia boleh menyebabkan;

1. Kanak-kanak mudah diserang penyakit

2. Kekurangan berat badan

3. Perkembangan fizikal kanak-kanak terganggu

4. Perkembangan otak yang tidak sempurna


*gambar hiasan*


Jadi sebagai ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak, kita perlu mencari altenatif untuk melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh anak-anak kita. Kita boleh merujuk kepada pakar kesihatan atau mendapatkan maklumat berkenaan makanan tambahan untuk kanak-kanak. Selain itu, elakkan kanak-kanak mengambil makanan ringan dan makanan yang berlemak, sebaliknya pastikan mereka mengambil makanan yang seimbang iaitu makanan yang mengandungi vitamin penting untuk tumbesarannya. Jika perlu, bina jadual makanan berserta menu yang bersesuaian untuk kperluan nutrien mereka. Juga galakkan kanak-kanak untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Untuk makanan tambahan kanak-kanak yang hebat KLIK DI SINI

Anda tidak akan rugi, malah lebih mendapat keuntungan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

mazlen 0139334920

We SHARE because we CARE.