Showing posts with label darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

BAWANG PUTIH BANYAK KHASIAT TERSEMBUNYI

Bawang putih atau dalam bahasa Inggeris 'garlic' sangat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Kebanyakan makanan yang dimasak, mempunyai kandungan bawang putih. Ada diantara kita yang menggemarinya dan ada pula yang tidak gemar kerana bawang putih mempunyai bau yang agak kuat.

Apa yang menarik hati saya adalah, bawang putih juga diproses dijadikan makanan tambahan atau suplemen. Jika ia tidak membawa apa-apa manfaat mustahil ia dijadikan salah satu sumber makanan tambahan. Tetapi adakah khasiatnya masih sama seperti bawang putih yang asli dan natural?

Mari kita lihat apa manfaat yang dikandung oleh bawang putih terhadap kesihatan kita.

Bawang putih dikatakan dapat membunuh parasit pada badan manusia, juga membantu sistem pernafasan dan penghadaman. Bahkan ia hanya mempunyai kandungan tenaga yang rendah. Bukan itu sahaja, ia juga bertindak sebagai antibakteria yang sangat baik serta membantu mengelakkan serangan penyakit jantung. Dan juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta membantu mencegah kanser.

Ada kajian saintis yang mengatakan bawang putih dapat mengurangkan penyempitan kolestrol pada salur darah dalam kardio-vaskular manusia. Dan kajian lain pula ada mengatakan ia dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah, malah dapat mengurangkan batuk.

Banyak bukan khasiat atau manfaatnya pada tubuh badan kita. Jika sukar untuk memakan bwang putih secara natural, Shaklee ade bawang putih dalam bentuk kapsul yang mudah ditelan dan dijamin kualiti yang sangat bagus. 

Jika berminat dengan produk SHAKLEE sila hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

Nurmazlen 0139334920

Sharing is caring


Tuesday, 11 March 2014

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Tekanan darah tinggi sangat sinonim dengan masyarakat kita pada masa kini. Tekanan darah tinggi atau hipertension boleh membawa kepada serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan dimensia.

Tekanan darah normal adalah 120/80 mm Hg atau lebih rendah. Manakala 140/90 mm Hg pula digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi. Angka yang pertama menunjukkan tekanan sisitolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah kesuluruh badan kita, dan bacaan kedua pula ialah tekanan diastolik iaitu bacaan tekanan jantung dalam keadaan rehat.

Mari kita lihat punca-punca yang menyebabkan darah tinggi atau hipertensi;

1. Faktor keturunan - Biasanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai darah tinggi mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit tersebut.

2. Faktor usia - Semakin usia kita meningkat, semakin tinggi risiko untuk kita di serang darah tinggi kerana elastisiti pembuluh darah kita semakin berkurang dan penyempitan salur darah akan menyebabkan tekanan darah semakin meningkat.

3. Faktor jantina - Kaum lelaki lebih berisiko diserang darah tinggi sekitar berusia sebelum 45 tahun, manakala pada usia 45 hingga 64 tahun kedua kaum lelaki dan wanita mempunyai kadar risiko yang sama. Tetapi pada usia lebih 64 tahun kaum wanita pula yang lenih berisiko diserang darah tinggi.

4. Faktor gaya hidup - Gaya hidup yang tidak aktif sememangnya mengundang darah tinggi. Gaya hidup yang sibuk dengan kerja terutamanya mereka yang bekerja di pejabat dan kurangnya aktiviti riadah atau aktiviti fizikal meningkatkan risiko penyempitan dan penyumbatan pembuluh darah.

5. Faktor makanan - Makanan segera serta makanan rugi yang tinggi kandungan garam juga punca terjadinya darah tinggi. Garam akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan lalu menyebabkan tekanan dalam pengaliran darah.

6. Faktor berat badan - BMI (Body Mass Index) juga menunjukkan kadar risiko seseorang untuk diserang darah tinggi. Jika BMI diantara 25-30 atau lebih, maka risiko darah tinggi adalah juga tinggi.

7. Faktor stress - Stress akan meningkatkan tekanan darah tinggi pada satu-satu masa. Apabila kita stress hormon adrenalin akan meningkat lalu menyebabkan jantung mengepam darah lebih cepat dan menyebabkan tekanan darah juga meningkat.

*sumber dari http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/kawal-tekanan-darah-tinggi-tanpa-ubat dan http://www.deherba.com/10-faktor-resiko-penyebab-tekanan-darah-tinggi.html

Rawat atau cegah darah tinggi menggunakan suplemen. 

Vitamin atau suplemen yang dicadangkan untuk mencegah dan mengawal darah tinggi adalah seperti berikut


  • Vitamin asas (Vitamin B, C dan Vitalea) - membekalkan sokongan kepada yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio -vaskular.
  • Catomax, Vitamin E dan Vitamin C - Gabungan antioksida penting untuk mengurangkan risoko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
  • Omega Guard - merendahkan kadar kolestrol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung.
  • Garlic complex - mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolestrol dan memlihara kesihatan selular.

Dapatkan produk shaklee dengan harga yang berbaloi dari saya;

nurmazlen 0139334920

terima kasih