Showing posts with label DTX COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label DTX COMPLEX. Show all posts

Tuesday, 20 May 2014

HATI-HATI MENJAGA HATI !

Hati, macam-macam jenis hati, hati ayam, hati kambing, hati hitam, hati batu, busuk hati, senang hati, keras hati, hatiku luka lagi dan banyak lagi. Yang penting kita semua ada hati, samada ia bersih atau kotor kita sendiri yang menentukannya. Begitu juga dengan kesihatan hati, bagaimana nak jaga kesihatan hati? Nampak pun tidakkan?

Apa itu hati ? Hati adalah organ kedua terbesar dalam tubuh badan kita. Beratnya sekitar 3 pound dan bertanggungjawab dalam sebahagian besar untuk setiap fungsi tubuh badan setiap hari. Tetapi fungsi utama hati adalah menapis darah daripada saluran pencernaan, jadi ia mematabolimakan nutrien, dadah, alkohol dan bahan-bahan lain sambil membantu dalam proses detoks.

Hati juga memproses protein dan menghasilkan jus hempedu untuk membantu mengelmusikan lemak serta menyingkirkan bilirubin.

KENAPA KESIHATAN HATI SANGAT PENTING?

Kerana hati memainkan peranan penting dalam memproses kesemua makanan yang kita ambil; lemak, karbohidrat, lemak dan menukarkan ia kepada glukosa sebagai tenaga. Jadi kesemua makanan yang diambil akan melalui hati, hati akan menguruskan kesemua toksin seperti pestisid, hormon, pengawet makanan, alkohol, ubat-uabatan, mikroorganisma dan macam-macam lagi. Hati dalam tubuh kita ibarat 'tol', kesemuanya makanan yang kita ambil akan melaluinya, maka kesihatannya sangat penting, jika 'tol' rosak maka 'jame' lah lebuh raya.

CARA MELINDUNGI KESIHATAN HATI

  1. MAKAN MAKANAN ORGANIK SEBANYAK YANG BOLEH - Makanan pada masa kini banyak mengandungi pestisid, hormon tumbesaran, bahan kimia, jadi mengambil makanan yang organik akan mengurangkan bebanan hati untuk menyingkirkan toksin. Walaubagaimanapun makanan organik hendaklah bebas daripada pengubahsuaian genetik, pestisid sintetik dan racun serangga, antibiotik serta hormon tumbesaran.
  2. HADKAN PENGAMBILAN FRUKTOSA, MAKANAN BERGORENG, MAKANAN YANG DIPROSES YANG MENGANDUNGI TRANS-LEMAK - Trans lemak biasanya terkandung dalam makanan bergoreng seperti kentang goreng dan donat, juga dalam biskut, keropok dan makanan-makanan yang telah diproses. Jika kandungan makanan tersebut ada tertulis 'hydrogenated' atau 'partially hydrogenated oil', maka ia mengandungi trans lemak. Manakala fruktose pula boleh dijumpai dalam minuman soda atau jus buah-buahan.
  3. TINGKATKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN - Teruatamanya yang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi seperti bawang besar, bawang putih, brokoli, bunga kobis, dan kobis. Sayuran juga kaya dengan serat yang dapat membantu menyingkirkan toksin daripada sistem pencernaan dan mengurangkan tekanan kepada hati. 
  4. GUNAKAN PRODUK YANG NATURAL - Terlalu banyak terdedah kepada bahan kimia menyebabkan hati bekerja lebih keras untuk mengekalkan kesihtan tubuh badan. Kita boleh kurangkan tekanan  hati dengan menggunakan produk pembersihan rumah dan tubuh badan yang natural. Minum air yang ditapis serta elakkan menyembur pestisid didalam rumah.
  5. DETOKSKAN TUBUH BADAN - Kesihatan hati bersama-sama buah pinggang, darah, usus, sistem limfa dan kulit membantu badan memproses dan menyingkirkan bahan kimia melalui peluh, air kencing, dan najis. Detoks akan membantu menyokong dan meningkatkan proses-proses perkumuhan secara secara semulajadi.
  6. BERHATI-HATI DENGAN UBAT-UBATAN - Pengambilan ubat-ubatan mestilah mengikut dos yang telah ditetapkandan dalam jangka masa yang betul. Jika tidak ia akan menjejaskan kesihatan hati
  7. BERSENAM - Cara yang paling mudah untuk mengurangkan risiko hati berlemak teutamanya apabila berat badan berlebihan atau obesiti.
  8. ELAKKAN MEROKOK - Merokok menjejaskan keupayaan hati dalam memproses dan menyingkirkan toksin daripada badan.
  9. PERTIMBANGKAN PENGAMBILAN SUPLEMEN UNTUK MENYOKONG KESIHATAN HATI - Pengambilan suplemen hati yang betul dan yang terbaik juga membantu kesihatan hati jika sebahagian besar perkara-perkra di atas tidak dapat dilakukan.
Jadi bantulah hati untuk menjadi lebih sihat, dan gembirakan hati sendiri apabila kita sedar bahawa hati kita tidak mempunyai masalah.

We share becase We care.

Untuk mendapatkan maklumat suplemen hati daripada Shaklee sila ke klik di DTX COMPLEX

Apa-apa maklumat atau pertanyaan berkenaan produk Shaklee, sila hubungi saya, saya sedia membantu anda

mazlen 0139334920 sms,call,whatsapp

Wednesday, 12 June 2013

DTX SHAKLEE...CUCI HATIMU...

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Tajuk post yang ni macam tajuk lagu pulak kan..cuci hatimu, tapi macam tak berapa sedap bunyinya...hehehe..

Setiap individu yang baik hati serta berpekerti mulia mesti mempunyai hati yang baik kan..Tetapi bukan la bermaksud makan DTX Complex Shaklee kita boleh jadi baik hati, itu semua terpulang pada individu untuk mencari jalan menyucikan hati masing-masing kan, amalan yang paling mudah untuk sucikan hati kita adalah menjaga hubungan dengan Allah S.W.T..

Hati adalah merupakan organ kedua terbesar dalam tubuh badan kita. Beratnya sekitar 1.3kg - 3 kg dan lebih kurang sebesar bola sepak.

Hati memaikan peranan penting dalam tubuh kita seperti;

- mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen dalam hati

- menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu

- mengawalatur metabolisma karbohidrat, lipid dan asid amino

- menghasilkan jus hempedu yang akan disimpan dalam pundi hempedu

- menghasilkan protein-protein plasma seperti albumin

- menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I(fibrinogen), II(protrombin) dan lain-lain lagi

- sebagai tempat penghasilan darah-darah fetus

- menghuraikan molekul hemoglobin tua

-menyingkirkan hormon-hormon berlebihan

Jika hati kita tidak sihat, fungsi-fungsi yang tersenarai diatas tidak dapat dilakukan dengan baik, seterusnya badan akan menjadi tidak menentu dan mudah terdedah kepada bahan-bahan beracun yang boleh membawa maut.

Bagaimana DTX complex membantu menyucikan hati?

dtx complex shaklee


Kandungan DTX serta fungsinya;

EKSRAK BIJI BENIH POKOK SUSU TISEL (MILK THISEL SEED)
- Proses pengekstrakannya dapat menghasilkan 80% silymarin (kaya dengan antioksida)
- Melindungi hati dari toksik termasuk dadah, racun dan bahan kimia
- Membantu mencegah dan merawat batu karang

ARTICOK (ARTICHOKE)
- Membina semula sel-sel hati
- Merangsang penghasilan hempedu

DANDELION
- Sangat bagus apabila berlakunya bengkak hati dan jaundis
- Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati
- Meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi

KUNYIT
- Mengandungi curcumin (sejenis antioksida)
- Meningkatkan anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
- Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

REISHI MUSHROOMS (LING ZHI)
- Membina imun, membantu dalam mencegah dan merawat kanser
- Mengurangkan masalah bronkitis dan sinusitis
- Membantu mencegah penyakit jantung

SCHIZANDRA
- Ekstraknya juga mengandungi antioksida
- Juga berkaitan dalam merangsang sistesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi

untuk maklumat harga dan rundingan istimewa, sila hubungi saya ye ;)

mazlen johar
0139334920
facebook nurmazlen mohd johar