Showing posts with label VITAMIN C. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN C. Show all posts

Monday, 8 December 2014

VITAMIN C PENGGALAKAN PEMBENTUKAN KOLAGEN

Terdapat pelbagai jenis kolagen di pasaran, ada yang murah sehinggalah yang mahal. Tetapi sejauh mana keberkenasanan terhadap individu adalah berbeza-beza. 

Walaubagaimanapun, sebelum membeli kolagen pastikan ianya adalah kolagen bukannya campuran bahan kimia yang berbahaya. Kolagen yang diambil dari sumber alam semulajadi seperti ikan adalah kolagen yang betul kerana kolagen hanya terdapat pada haiwan dan manusia sahaja.

Antara kolagen yang bersumberkan ikan adalah kolagen Shaklee. Saya tahu harganya agak mahal, tetapi kita mampu menggalakkan tubuh menghasilkan kolagen dengan pengambilan vitamin c. Jadi tidak hairanlah mereka yang mengambil vitamin c juga memiliki kulit yang tegang dan kurang kedutan.

Vitamin c shaklee murah dan semulajadi. Itu yang sangat penting. Tiada pewarna n  perisa. 

Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dengan rundingan yang istimewa

Mazlen 0139334920

PROMOSI AKHIR TAHUN VITAMIN C DAN VITAMIN E SHAKLEE

Seronok dengan promosi akhir tahun shaklee iaitu vitamin e dan c. Memang sangat sinonim dengan mereka yang mementingkab penjagaan kulit.

Walaubagaimanapun manfaat kedua-dua vitamin ini bukan sahaja untuk kesihatan kulit, malah ianya memberi kesan yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.

Keduanya adalah unsur antioksida yang bagus. Memandangkan gaya hidup kita yang semakin dicemari dengan pelbagai bahan pencemar maka pengambilan vitamic dan e sangat membantu dalam pencehan pelbagai penyakit.

Jadi sesiapa yang mendapatkan salah satu atau kedua-duanya sekali pada bulan ini sangat la berbaloi-baloi.

Hubungi saya dengan segera

Mazlen 0139334920
 

Friday, 20 June 2014

BUASIR ATAU BERAK BERDARAH BUKAN PERKARA REMEH

Buasir, tidak semua kita mengalami buasir atau berak berdarah. Walaubagaimanapun ianya perlu dikawal jika telah berlaku supaya tidak menjadi lebih sirius.

Buasir atau hemoroid adalah pembekakan pada vena yang terletak dibahagian rektum atau dubur. Apabila vena membonjol dan menjulur keluar, ia akan mengganggu  dan menyebabkan membran di sekitarnya bengkak, sakit, perit, gatal dan kemungkinana akan berdarah. 

Apabila berlaku sembelit, kita akan meneran najis yang keras di dalam kolon secara kuat yang mana bahagian atau struktur ini akan membengkak.

Antara lain punca-punca buasir adalah

  • Sentiasa duduk atau duduk yang terlalu lama
  • Meneran akibat sembelit
  • Cirit-birit 
  • Mencangkung terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Proses bersalin
  • Mengangkat benda yang berat
  • Seks luar tabi'i




Beberapa cara dapat digunakan atau di cuba untuk mengelakkan buasir berulang dan menjadi semakin serius;

  • Banyakkan minum air untuk mengurangkan sembelit
  • Makan makanan yang tinggi kandungan serat seperti bijirin, buah dan sayur
  • Elakkan makanan yang menganggu sistem pencernaan seperti makanan pedas, berempah, beralkohol (setiap individu mempunyai ketahanan sistem pencernaan yang berbeza)
Selain daripada memilih makanan-makanan seperti diatas atau menjalani rawatan dan mengambil ubat-ubatan, suplemen juga digalakkan untuk membantu memulihkan masalah buasir.

Antara suplemen Shaklee yang dapat membantu masalah buasir adalah

  • OSTEMATRIX - Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan proses pembuangan air besar
  • VIVIX - membantu memperbaiki sel-sel dan DNA yang rosak 
  • ALFAFA - Menjaga kebersihan usus dan mengurangkan tekanan pada rektum
  • B COMPLEX - Memeperbaiki sistem pencernaa agar rektum tidak stress
  • VITAMIN C - Membantu  dalam pemulihan dan pembekuan darah
  • ZINC COMPLEX - Membantu menyembuhkan luka
 Untuk mendapatkan suplemen Shaklee mengikut budjet dan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya atau boleh oder sendiri di laman web shaklee dengan menggunakan debit atau kredit kad. Jangan risau kerana saya tetap memberi rundingan secara percuma serta eksklusif kepada anda.

Nurmazlen 0139334920

Tuesday, 10 June 2014

KELEBIHAN MASKER VITAMIN C SHAKLEE

Siapa penggemar vitamin c shaklee yang istimewa iaitu dalam bentuk tablet serta mempunyai telnologi pelepasan masa yang hebat? Vitamin c shaklee warnanya sangat natural, jika kita beli sebotol ia akan tahan sehingga lebih kurang 6 bulan, kalau 2 botol dah cukup setahun.

Sebenarnya Vitamin c shaklee boleh dijadikan masker. Biasanya secara tradisional kita mengambil bahan-bahan semulajadi untuk dijadikan masker tetapi pada masa kini agak sukar untuk mendapatkannya, jadi cara yang paling mudah adalah gunakan vitamin atau suplemen semulajdi seperti suplemen Shaklee. Antara suplemen Shaklee yang boleh dijadikan masker adalah vitamin c, vitamin e, vivix, colagen, esp dan alfafa. Malah ia boleh dicampurkan, tidak semestinya esp semata-mata.

Untuk vitamin c, jika anda sayang untuk menghancurkannya, di beberapa bilangan terakhir vitamin tersebut, akan ada serbuk-serbuk lebihan vitamin tersebut. Jadi ambil serbuk tersebut dan campurkan dengan sedikit air, seterusnya sapu di muka beberapa minit. Selepas itu cuci dan rasakan perbezaannya. Malah mungkin anda tidak lagi sayang untuk menghancurkan sebiji vitamin c untuk dijadikan masker.

Antara kelebihan masker Vitamin c ialah, menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit, mengecutkan jerawat, menegangkan kulit, memudarkan parut dan mencerahkan kulit. Tetapi harus ingat kesannya bukanlah serta merta dapat dilihat, cuba amalkan setiap hari atau beberapa kali seminggu.

Selamat mencuba!

Untuk mendapatkan suplemen shaklee dengan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya;

Nurmazlen mohd johar 0139334920
Inafazlin 0199216076
Cod area temerloh, mentakab, bera n triang
Courier around Malaysia

Monday, 2 June 2014

CARA MENURUNKAN KOLESTROL MELALUI MAKANAN HARIAN

Kolestrol sememangnya sering ditakuti kerana kandungannnya yang tinggi dalam tubuh boleh menyebabkan stroke, sakit jantung, darah tinggi serta obesiti. Walaubagaimanapun, selagi kandungan kolestrol belum menjejaskan kesihatan kita, apa kata kita kenal pasti makanan harian yang dapat menurunkannya secara semula jadi.

Sebenarnya banyak makanan yang dapat membantu tubuh kita mengurangkan paras kolestrol, tetapi perlu diambil secara seimbang untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang optimum. Antara makanan yang dapat membantu mengurangkan kolestrol adalah seperti berikut;

  • Kuaci - Kuaci mengandungi zat besi yang tinggi yang mana jika kita mengambil makanan yang kurang kandungan zat besi, ia akan meningkatkan kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan menghadkan kolestrol HDL(kolestrol baik).
  • Buah kering - Buah kering seperti limau kering kaya dengan flavanoid yang mana ia mampu mengurangkan LDL  seterusnya mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Selain limau, flavanoid juga boleh ditemui di dalam teh, brokoli, tomato, bawang dan delima.
  • Bual Epal - Memakan epal hijau setiap hari mampu mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan serta mencegah himpunan lemak dalam badan.
  • Ikan tuna - Ikan tuna ini kaya dengan Omega 3, Omega 3 dapat melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
  • Mangga - mangga kaya dengan Vitamin C. Vitamin C dapat mencegah pembentukan kolestrol LDL dalam tubuh.
  • Kismis - Kismis mengandungi sebatian yang dapat menurukan kolestrol. Amalan 400mg kalori kismis setiap hari membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
  • Bijirin atau Oat - Kedua-duanya adalah serat mudah larut yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Jambu batu- pengambilan 400gram sehari atau lebih kurang satu biji setengah, selama 4 minggu dapat memberikan kesan dalam menurunkan kolestrol.
Jadi kita mepunyai pilihan dalam cara mengurangkan kolestrol untuk merendahan risiko daripada diserang pelbagai penyakit. Malah pengambilan suplemen juga digalakkan untuk menurunkan kolestrol, tetapi pilih suplemen yang berkualiti serta menurunkan kolestrol secara semulajadi seperi PHYTOCOL-ST daripada Shaklee.

Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan rundingan istimewa, sila hubungi saya;

nurmazlen mohd johar 0139334920 sms,whatsapp
cod temerloh, bera, mentakab, triang
courier entire malaysia


Saturday, 17 May 2014

BUAH PINGGANG PENTINGKAH?

Organ dalam tubuh badan kita saling berkait antara satu sama lain, jika ada yang gagal berfungsi bermakna kesihatan tubuh badan kita juga terjejas. Buah pinggang adalah salah satu organ yang sangat penting dimana ia berfungsi dalam proses perkumuhan. Buah pinggang menapis nutrien yang baik untuk tubuh dan melepaskan toksin serta bendasing yang tidak berfaedah keluar dari tubuh melalui air kencing. Jadi jika ia berlaku kerosakan, bermakna tubuh tidak dapat lagi meyimpan nutrien akan keluar melalui air kencing dan proses perkumuhan gagal berlaku.

Walaubagaimanapun, kita mempunyai pilihan untuk berusaha membantu kesihatan buah pinggang agar dapat berfungsi dengan baik atau melambatkan proses kerosakkannya.

Vitamin D - Vitamin larut lemak yang dapat membantu mengawal fungsi buah pinggang dan membantu merawat penyakit buah pinggang.

Vitamin C - Juga dikenali sebagai asid askorbik  yang juga menyumbanh kepada fungsi buah pinggang. Vitamin C adalah antioksida yang dapat melindungi sel-sel daripada tekanan oksidatif (kerosakan selular yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit termasuklah penyakit buah pinggang.

Vitamin B6 - Mengambil vitamin B6 yang mencukupi mengekalkan fungsi buah pinggang serta dapat mengelakkan batu karang.

Kalsium dan Potassium - 'Podocyte cells' di dalam buah pinggang bergantung kepada kalsium dan potassium untuk membantu mengawal penapisan darah. Kedua-dua mineral ini membantu menentukan saiz penapis buah pinggang, jadi tubuh akan menentukan samada membesarkan atau mengecilkan penapis dalam proses perkumuhan bergantung kepada bendasing dan toksin yang aan dikeluarkan.

Jadi sebagai individu yang ingin kekal sihat dan cuba membantu kesihatan tubuh badan, kesihatan buah pinggang juga perlu dititikberatkan.



We Share because We Care

Untuk mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee yang terbaik, sila hubungi saya;
mazlen 0139334920

cod area bera dan temerloh pahang
courier around Malaysia

Friday, 16 May 2014

MAKAN SAYUR TIDAK BERGUNA LAGI

Seperti mana yang kita tahu, sayur-sayuran kaya dengan vitamin terutama vitamin C. Tetapi tahukah anda bahawa Vitamin C adalah vitamin larut air? Pelbagai kaedah masakan akan mengurangkan kandungan Vitamin di dalam sayuran termasuklah Vitamin C. Jadi memakan sayuran yang tiada vitamin adalah satu kerja yang sia-sia bukan?

Cara menggunakan atau memasak sayur agar vitamin masih dikekalkan dan masih berguna untuk tubuh badan kita;

  • Masak dengan air yang sedikit - Mencelur sayuran adalah cara paling banyak mengurangkan vitamin daripada sayuran, jadi kita ubah kepada stimkan sahaja sayuran tersebut menggunakan air yang sedikit. Contohnya apabila kita menstimkan brokoli, ia akan mengekalkan nutrisinya malah ia akan kelihatan menarik dengan kehijauannya.
  • Masak dengan tidak menggunakan air - ianya dapat mengekalkan peratus vitamin paling tinggi. Memanggang atau goreng sekejap tidak memerlukan air, jadi cara ini dapat mengurangkan kadar kehilangan vitamin larut air. 
  • Masak dengan mengekalkan air - masak dengan tidak menggunakan air hanya sesuai dengan bebrapa jenis sayuran sahaja, tetapi kebanyakan masih perlu menggunakan air. Contohnya vitamin C dalam tomato akan hilang jika di masak dalam air, tetapi kita boleh mengekalkan nutriennya dengan jadikan ia puri bersama air. Sup atau air rebusan sayuran mengandungi vitamin, jadi galakkan anak-anak menikmatinya bersama-sama dengan sayuran.
  • Masak dengan air - Jika kita gemarkan sayuran yang didihkan dalam air, simpan air tersebut. Air rebusan sayuran mengandungi peratus vitamin yang tinggi, jadi kita boleh mencelurkan sayuran lain dalam air yang sama atau gunakan dalam masakan lain. 
  • Elakkan memasak - Sayur atau buah mentah lebih banyak mengandungi vitamin c. Walaubagaimanapun untuk menggalakkan anak-anak memakan sayur mentah adalah perkara yang mustahil berbanding buah-buahan. Tetapi kita boleh cuba potong sayuran dalam bentuk yang menarik dan dihidangkan bersama-sama sos kegemaran mereka.
Walaubagaimanapun, kita masih mempunyai alternatif lain dengan pengambilan suplemen untuk memastikan tubuh badan kita mendapat vitamin yang cukup. Contohnya Vitamin C Shaklee yang menggunakan teknologi perlepasan masa yang dapat mengurangkan kadar kehilangannya semasa berada didalam tubuh.

Hubungi saya untuk mendapat produk Shaklee

mazlen 0139334920
cod around bera n temerloh

Thursday, 8 May 2014

STRESS BOLEH JADI GILA!

Stress atau tekanan sering berlaku terjadi pada diri kita sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar. Banyak perkara disekeliling kita yang boleh menyebabkan tekanan seperti tekanan kerja, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kesihatan dan juga masalah berat badan serta pelbagai masalah lagi. Walaubagamanapun, kita terpaksa hadapinya dan tidak dapat lari dari segala macam masalah selagi kita hidup di dunia ini.

Benar cara untuk meredakan tekanan adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah dan menganggap segala masalah yang dihadapi adalah dugaan dari-Nya, tetapi untuk membantu badan agar tidak terbeban dengan stress, kita juga perlu mengambil makanan yang dapat membantu merehatkan badan kerana tekanan juga adalah penyebab penyakit DARAH TINGGI.

Terdapat vitamin yang disarankan untuk kita semua agar dapat mengurangkan tekanan, antaranya adalah;

B complex yang lengkap dengan semua sumber Vitamin B serta asid folik yang mana ianya menyokong sistem saraf dan membantu meredakan tekanan.

Vitamin C, walaupun ia popular sebagai vitamin yang membantu masalah kesejukan dan selsema, ia juga keperluan untuk 'depression diet'.

Vitamin D, suplemen Vitamin D3 dikatakan terbukti untuk menstabilkan 'mood'.

Multivitamin juga penting kerana kita sukar mendapat vitamin yang lengkap daripada cara pemakanan kita pada masa kini.

Fish oil (minyak ikan) yang kaya dengan Omega 3 bukan sahaja bagus untuk kesihatan jantung, malah juga penting kesihatan otak dan mental.

Jadi, sedikit sebanyak makanan juga memainkan peranan dalam menangani masalah 'stress' terutama pada mereka yang mempunyai gaya hidup yang kurang sihat serta ibu-ibu yang sedang berpantang.

We Share because We Care

Hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin Shaklee atau untuk mendaftar keahlian Shaklee.

mazlen 0139334920
fadzley 0139334820

COD around Bera n Temerloh

Sunday, 27 April 2014

TOLONG LAH MENDAFTAR AHLI SHAKLEE DENGAN ORANG YANG BIJAK

Keahlian shaklee memang mudah, dengan bayaran rm75 atau pembelian barang lebih kurang rm650 anda akan menjadi ahli shaklee seumur hidup.

Tetapi pastikan anda tahu cara memesan barang dengan branch shaklee untuk mendapatkan harga ahli. Jika anda ingin membeli di stokis-stokis shaklee haram, anda mungkin mendapat harga ahli tetapi anda tidak mendapat bonus daripada hasil belian product shaklee. 

Ada beberapa ahli shaklee yang ingin membeli produk shaklee daripada saya, sedangkan apabila membelinya daripada saya mereka tidak akan mendapat apa-apa kelebihan yang ditawarkan sebagai ahli shaklee. Lain lah jika mendaftar dengan saya dan berada dibawah group shaklee saya yang eksklusif.

Jadi sebelum mendaftar sebagai ahli shaklee, pastikan orang yang mendaftarkan anda adalah berpengetahuan dan mampu membantu anda dalam apa jua masalah berkaitan shaklee. Jangan sekadar tahu untuk mendaftarkan anda dan biarkan anda terabai. 

Sekian, ingatan kita bersama. Mungkin ada yang rasa tidak penting tetapi ramai yang sudah menyesal. 

Sharing is caring

Mazlen 0139334920
Cod area Temerloh n Bera

Tuesday, 22 April 2014

VITAMIN UNTUK SPERMA SIHAT DAN BERKUALITI

Ketidaksuburan selalu dikaitkan dengan wanita, kegagalan untuk mendapat zuriat,  serta alasan untuk menambah bilangan isteri juga dikaitkan dengan masalah daripadawanita. Tetapi sedarkah kita bahawa lelaki juga juga berisiko dan juga penyebab kegagalan untuk mendapat zuriat ? Dan jarang sekali lelaki rela untuk memeriksa tahap kesuburan mereka.

Salah satu masalah kesuburan lelaki adalah kualiti sperma yang tidak sihat. Sperma yang sihat akan melahirkan bayi yang juga sihat yang mana ia juga bergantung kepada kesihatan ibu dan bapanya.

Selain daripada  berat yang ideal dan kawalan emosi yang stabil serta diet yang seimbang, beberapa jenis Vitamin  juga boleh membantu kesihatan sperma yang dihasilkan oleh individu lelaki.

VITAMIN C

Vitamin C kaya dengan antioksida yang dapat membantu melindungi DNA sperma, juga mengurangkan kerosakannya semasa ejakulasi.

VITAMIN D

Pengambilan Vitamin D setiap hari dapat membantu kesihatan sperma termasuklah kuantiti sperma, pergerakan sperma serta kualiti sperma.

ASID FOLIK

Asid folik atau folate membantu melindungi sperma daripada ketidaknormalan genetik. Kekurangan asid folik juga menyumbang kepada kekurangan bilangan sperma.

VITAMIN E

Juga mengndungi aktioksida yang membantu kesihatan sperma, serta kebolehan sperma untuk berenang kepada ovum. Ada kajian yang menyatakn bahawa mereka (lelaki) yang mengambil vitamin e setiap hari mempunyai peluang kehamilan yang tinggi. Hal ini kerana Vitamin E mencegah struktur lemak didalam sel - sel sperma daripada kerosakan dan kemusnahan.

Jadi pengambilan Vitamin adalah salah satu usaha untuk membantu menghasilkan sperma yang sihat serta membantu menjaga kesihatan tubuh badan. Tetapi kita perlu sedar, pengambilan vitamin yang berkualiti juga penting jika tidak vitamin yang kita beli atau makan hanyalah usaha yang sia-sia.

Shaklee adalah pengeluar Vitamin yang berkualiti dan dipercayai dari dulu lagi. Untuk mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya;

mazlen 0139334920

cod area bera dan Temerloh

Friday, 18 April 2014

VITAMIN C, E DAN D UNTUK MASALAH JERAWAT

Seperti yang kita ketahui, ramai yang mengambil vitamin C dan vitamin E untuk mencantikkan kulit. Dalam erti kata lain kedua-dua vitamin ini sangat sinonim untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Cuma kesannya tidak sama untuk setiap individu, ada diantara kita mendapat kesan yang cepat ada yang lambat. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin dengan tujuan untuk kulit yang cantik adalah sangat-sangat bagus, kerana Vitamin bukan sahaja membantu mendapatkan kulit yang cantik malah juga menyumbang kepada tubuh badan yang lebih sihat.

VITAMIN C

Vitamin C atau ascorbic acid  yang boleh didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran, hati mentah, susu dan tiram. Vitamin C adalah vitamin larut air serta Vitamin antioksida yang sangat bagus yang mana ia terlibat dalam proses pembentukan kolagen.

Vitamin C sangat berguna sebagai antioksida dalam rawatan masalah jerawat. Ia melindungi kulit daripada kerosakan akibat daripada radikal-radikal bebas serta melindungi kulit melalui penghasilan kolagen yang stabil. Malah ia dapat menghalang pigmentasi dan dapat membantu menyingkirkan parut jerawat. Dan satu lagi kelebihan vitamin C adalah dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat daripada cahaya matahari.

VITAMIN E

Vitamin E adalah vitamin antioksida yang sangat kuat. Ia mampu mnyingkirkan oksigen-oksigen reaktif    yang dihasilkan semasa metabolisme lemak. Ia juga terlibat dalam memperbaharui tisu-tisu kulit terutama akibat daripada luka.

Vitamin E boleh ditemui dalam kandungan minyak bunga matahari, minyak safflower, gandum, sayuran hijau, badam, hazelnut dan minyak kelapa sawit.

Vitamin E membantu masalah jerawat adalah dengan kesan antioksidanya kerana ia adalah antioksida yang sangat kuat.

VITAMIN D

Juga dikenali dengan Vitamin cahaya matahari kerana ia disintesiskan di dalam kulit daripada kolestrol apabila terdedah kepada cahaya matahari. Sumber Vitamin D2 adalah daripada cendawan dan alfafa manakala Vitamin D3 pula daripada telur, hati dan ikan yang berminyak.

Vitamin D mempunyai beberapa kelebihan dalam merawat jerawat. Yang pertamanya adalah menghalang pembaharuan kelenjar 'sebaceous'. Dimana ia menghalang pengembangan kelenjar tersebut seterusnya mengurangkan penghasilan sebum.

Keduanya adalah, Vitamin D bertindak sebagai agen anti-infalamasi jika diambil dalam dos yang betul.

Yang ketiga, ia juga menghasilkan kesan antimicrobial melalui kumpulan agen antibakteria yang dipanggil 'cathelicidins'.

Dan yang terakhir, Vitamin D juga adalah antioksida yang   boleh melindungi kulit daripada tekanan 'oxidative'.


Jadi rawatan kulit menggunakan Vitamin sangat digalakkan berbanding penggunaan kosmetik yang menghakis dan merosakkan kulit. Walaupun kesan menggunakan kosmetik sangat cepat, kita juga perlu sedari bahawa kerosakan kulit yang dialami juga adalah sangat pantas.


Untuk mendapatkan produk Shaklee yang sah, sila hubungi saya

mazlin 0139334920

cod sekitar Bera, Triang dan Temerloh

Friday, 11 April 2014

ZINK DAN VITAMIN C MEMBANTU PENYEMBUHAN LUKA PEMBEDAHAN

Vitamin dan mineral dalam makanan juga memainkan peranan penting untuk penyembuhan lukan selepas pembedahan termasuklah luka akibat proses kelahiran. Walaupun vitamin dan mineral terdapat dalam pelbagai sumber makanan, tetapi semasa tempoh berpantang kebanyakan sumber makanan tidak boleh diambil kerana dipercayai akan memudaratkan tubuh badan.

Petua nenek moyang kita telah menyenaraikan pelbagai makanan yang tidak boleh dimakan semasa tempoh berpantang. Sebagai contoh adalah sayur-sayuran seperti kangkung dan bayam, ia dikatakan makanan yang berangin. Memang ada betulnya dan terbukti, tetapi sayuran tersebut juga mengandungi vitamin dan mineral yang bagus untuk kesihatan kita.

Jadi untuk memudahkan kita mendapatkan sumber vitamin dan mineral terutama selepas pembedahan atau selepas besalin, lebih baik kita mengamalkan mengambil vitamin dan mineral dalam bentuk suplemen. 

Vitamin dan mineral yang paling penting untuk penyembuhan luka adalah Vitamin C dan Zink. Vitamin C diperlukan oleh badan untuk menghsilkan kolagen iaitu sebahagian penyambung tisu kulit yang memainkan peranan penting untuk penyembuhan luka. Manakala zink diperlukan untuk pembentukan dan penjagaan kulit dan membran mukosa.

Mereka yang mempunyai ulser kulit biasanya adalah merekan yang kekurangan mineral zink, manakala mereka yang kekurangan  Vitamin C pula biasanya dikaitkan dengan penyakit 'skurvy'.

Untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee dan Zink complex Shaklee yang asli, sila hubungi saya;

mazlin 0139334920

Sunday, 16 February 2014

TESTIMONIAL PENGAMAL VITAMIN C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Alhamdulillah hari ini mendapat feedback positif dari seorang customer saya. Dia hanya mengambil Vitamin C Sustained release Shaklee sahaja. Bekerja hanya sebagai pembersih bangunan, tetapi tetap mempunyai keinginan untuk mengambil suplemen untuk kesihatan.

Ini antara dialog yang saya dengannya pagi tadi apabila saya terserempak dengannya semasa bekerja hari ini.

Kak M " Eh nanti akak nak oder lagi ubat tu ye" (Almaklumlah orang berusia 40an, semua dia panggil ubat kalau dalam bentuk pil kan)
saya "Ok ke akak makan tu?"
Kak M "Ha ah, sedap rasa badan makan ubat tu, bertambah sihat akak sekarang ni"
saya "oyeke" dengan senyuman,
Kak M "Tapi tahan 6 bulan kan?"
Saya "Ha ah kak, tahan lama tu"


Syukur Alhamdulillah, sesiapa sahaja mampu untuk mengambil suplemen Shaklee. Hanya beberapa ringgit sahaja untuk sebulan. Cuma pandangan setiap individu berbeza, sama ada hanya fikir suplemen untuk orang berduit atau suplemen hanya untuk orang yang sakit sahaja. Jom sama-sama membantu tahap kesihatan kita. Usaha, selebihnya serahkan kepada ALLAH.

Untuk mendapatkan Produk Shaklee, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920
inafazlin 0199216076

Wednesday, 5 February 2014

VITAMIN C SHAKLEE BAGUS UNTUK IBU HAMIL

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA

Selain zat besi, vitamin C juga sangat penting untuk ibu hamil. Vitamin C digalakkan diambil bersama dengan suplemen zat besi kerana dikatakan dapat membantu penyerapan zat besi terhadap tubuh badan secara optimum.

Selain itu, Vitamin C penting untuk melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Malah ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin c juga membantu menguatkan sistem pertahanan badan (immune booster).

Kenapa perlu pilih Vitamin C yang berkualiti dan mempunyai pelepasan masa seperti Vitamin C Shaklee?

Vitamin C shaklee dicipta secara eksklusif oleh Shaklee yang mana ia mempunyai teknologi sains pembebasan berterusan secara semulajadi. Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Dimana ujian klinikal telah membuktikan kandungan Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setaip tablet mengandungi 120mg bioflavanoid (25% dari bioflavanoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin c complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, mengelakkan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

vitamin C shaklee kerayong, triang, bera, temerloh mentakab
vitamin c shaklee

Untuk mendapat produk shaklee dan rundingan istimewa secara percuma, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 sms/call/whatsapp

inafazlin 0199216076 sms/call/whatsapp (Tbg Hj Temerloh)

Tuesday, 19 November 2013

CARA KURANGKAN KAHAK

TEKS NURMAZLEN MOHD JOHAR

Kahak, jika orang dewasa mungkin tidak terlalu sukar untuk membuangnya, tetapi jika kanak-kanak, ia sangat sukar dikeluarkan kerana masih belum tahu caranya bagaimana. 

Apabila berlakunya demam atau batuk atau selsema, ia bermakna sistem pertahanan kita sedang diserang dan berada dalam keadaan yang lemah. Jadi semasa keadaan ini berlaku, salah satu keperluan penting yang diperlukan oleh badan adalah antioksida. Antioksida diperlukan untuk membantu penyembuhan badan dan melindungi daripada jangkitan daripada penghasilan kahak. 

Antioksida yang bagus adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan sihat.

Antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksida yang dapat membantu mengurangkan penghasilan kahak adalah bawang besar, lada benggala, sayuran hijau, lemon, brokoli, bawang putih, tomato, kiwi dan lain-lain lagi.

Manakala sayur atau buah yang perlu dielakkan adalah kobis, kentang dan pisang, kerana dipercayai kan meningkatkan penghasilan kahak.

Untuk mendapatkan produk ANTIOKSIDA SHAKLEE sila  KLIK DISINI


KOLEKSI ANTIOKSIDA SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Antioksida.

Apa ada pada antioksida?

Antioksida hanya terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia berfungsi melindungi kerosakan sel-sel dalam badan akibat daripada serangan radikal bebas di sekeliling kita. Ia juga menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan risiko terjadinya kanser, mengurangkan risiko penyakit jantung serta melambatkan kesan penuaan.

Sumber antioksida adalah;

VITAMIN A

VITAMIN C

VITAMIN E

SELENIUM

BETA KAROTEIN

LIKOPEN

LUTEIN

LIGNAN

Untuk mendapatkan sumber antioksida yang hebat dengan harga yang berpatutan, Shaklee boleh membantu.

pilihan mengikut budjet

Untuk maklumat harga dan rundingan percuma sila hubungi saya

mazlen 0139334920 | sms/whatsapp







Thursday, 26 September 2013

BUAH OREN UNTUK IBU HAMIL

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Buah oren, warnanya juga oren. Bukan sekadar cantik dipandang dan sedap dinikmati, malah mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Juga bukan sekadar untuk ibu hamil, untuk yang tidak hamil jugamemerlukan khasiatnya. Walaubagaimanapun, ibu hamil lebih diutamakan kerana mereka terlalu istimewa.

Di sini saya kongsikan beberapa manfaat yang diberikan oleh buah oren kepada kita apabila kita menikmatinya;

1. Membantu masalah sembelit; Oren adalah buah yang dikenali denga sifat asidnya, mempunyai kesan baik atau kesan alkali kepada sistem pencernaan kita, ia merangsang enzim pencernaan seterusnya melegakan sembelit.

2. Menguatkan sistem imunisasi; Polyphenol yang terdapat dalam buah oren adalah sejenis antioksida yang mana mengurangkan radang dan mempunya kecekapan untuk memerangi serangan virus dan bakteria.

3. Menghalang Arteriosclerosis; Arteriosclerosis adalah pengerasan yang berlaku pada arteri (salur darah), jadi vitamin C dalam buah oren jika diambil secara konsisten akan membantu melambatkan proses arteriosclerosis tersebut.

4. Memperbaiki kerosakan sperma; Buah oren yang kaya dengan vitamin C juga dipercayai dapat melindungi sperma daripada kerosakan genetik yang mana bolh  menyebabkan kecacatan pada janin.



5. Membantu memperbaiki 'mood'; Buah oren jiga mengandungi B6 yang juga dikenali sebagai vitamin 'mood' yang mana bertindak dalam otak untuk menghasilkan serotonin. Dimana serotonin inilah yang membantu kita rasa gembira.

6. Menyihatkan tulang; Buah oren juga adalah salah satu sumber magnesium. Magnesium adalah salah satu mineral yang diperlukan untuk penyerapan kalsium dalam badan secara optimum. Jadi sebab itulah ia dikatakan menguatkan tulang dan gigi.

7. Membantu melawan kanser; Buah buahan citrus mengandungi bahan yang dipanggil limonoids. Limonoids inilah yang melawan kanser yang bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kerosakan  sel-sel DNA.

8. Membantu menghalang tekanan darah tinggi; Buah oren mengandungi potassium dan bebas sodium yang menyokong sistem pengaliran darah dalam badan kita. Jadi untuk mengurangkan tekanan darah, singkirkan semua sodium dalam makanan yang dproses dan tingkatkan pengambilan potassium dari buah-buahan.

Sedikit info untuk dikongsi bersama;

mazlen | 0139334920

mamadhiya
sihat adalah kaya