Showing posts with label BAWANG PUTIH. Show all posts
Showing posts with label BAWANG PUTIH. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

BAWANG PUTIH MAMPU SEMBUHKAN BATUK

Seperti entri sebelum ini, saya ada kongsikan kebaikan bawang putih terhadap kesihatan tubuh badan kita. Setelah beberapa hari entri tersebut di tulis, saya mengalami batuk berkahak. Kegatalan tekak memang sangat tidak menyenangkan.

Maka terus terlintas di fikiran untuk mencuba petua menyembuhkan batuk menggunakan bawang putih bakar. Jadi saya terus mencari bawang putih dan cucukkan pada garfu, seterusnya dibakar diatas dapur gas dengan kulit-kulitnya sekali. Lebih kurang lima minit, angkat dan cuci sedikit dengan air. Selepas itu, masukkan dalam mulut, kunyahkan dan telan diiringi dengan bismillah dan selawat. Tetapi saya telan juga sebiji Garlic Complex Shaklee selepas makan bawang putih asli tersebut.

Alhamdulillah, keeesokkan harinya kegatalan tekak semakin kurang dan setelah beberapa hari, batuk saya semakin pulih. Semuanya dengan izin Allah, kita hanya berusaha dan Allah juga yang menyembuhkannya. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920

sharing is caring

Wednesday, 12 March 2014

BAWANG PUTIH BANYAK KHASIAT TERSEMBUNYI

Bawang putih atau dalam bahasa Inggeris 'garlic' sangat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Kebanyakan makanan yang dimasak, mempunyai kandungan bawang putih. Ada diantara kita yang menggemarinya dan ada pula yang tidak gemar kerana bawang putih mempunyai bau yang agak kuat.

Apa yang menarik hati saya adalah, bawang putih juga diproses dijadikan makanan tambahan atau suplemen. Jika ia tidak membawa apa-apa manfaat mustahil ia dijadikan salah satu sumber makanan tambahan. Tetapi adakah khasiatnya masih sama seperti bawang putih yang asli dan natural?

Mari kita lihat apa manfaat yang dikandung oleh bawang putih terhadap kesihatan kita.

Bawang putih dikatakan dapat membunuh parasit pada badan manusia, juga membantu sistem pernafasan dan penghadaman. Bahkan ia hanya mempunyai kandungan tenaga yang rendah. Bukan itu sahaja, ia juga bertindak sebagai antibakteria yang sangat baik serta membantu mengelakkan serangan penyakit jantung. Dan juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta membantu mencegah kanser.

Ada kajian saintis yang mengatakan bawang putih dapat mengurangkan penyempitan kolestrol pada salur darah dalam kardio-vaskular manusia. Dan kajian lain pula ada mengatakan ia dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah, malah dapat mengurangkan batuk.

Banyak bukan khasiat atau manfaatnya pada tubuh badan kita. Jika sukar untuk memakan bwang putih secara natural, Shaklee ade bawang putih dalam bentuk kapsul yang mudah ditelan dan dijamin kualiti yang sangat bagus. 

Jika berminat dengan produk SHAKLEE sila hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

Nurmazlen 0139334920

Sharing is caring