Showing posts with label PENGEDAR SHAKLEE BERA TRIANG TEMERLOH MENTAKAB. Show all posts
Showing posts with label PENGEDAR SHAKLEE BERA TRIANG TEMERLOH MENTAKAB. Show all posts

Monday, 4 August 2014

PROMOSI SHAKLEE BULAN OGOS 2014, GLA SHAKLEE

Promosi bulan ini sangat sesuai kepada mereka yang ingin memperbaiki tahap kesihatan reproduktif bagi kaum wanita. GLA Shaklee sangat sinonim dengan mereka yang mempunyai masalah kesuburan, masalah kitaran haid, masalah pre monopous serta masalah kehamilan. Walaubagaimanapun GLA Shaklee juga boleh diambil oleh kaum lelaki kerana kandungannya yang sangat bagus juga membantu kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.



Untuk mereka yang ingin hamil dengan bantuan GLA Shaklee, pastikan cara pengambilannya betul dan jika perlu dapatkan nasihat  daripada pengedar yang berpengalaman. Tetapi kita perlu ingat, ini adalah sebahagian usaha yang kita boleh lakukan, selebihnya tawakal kepada Allah.

Untuk maklumat lanjut berkenaan GLA Shaklee sila KLIK DI SINI,

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee serta rundingan yang istimewa;

nurmazlen 0139334920
cod in triang n temerloh
courier around malaysia

Friday, 30 May 2014

PRODUK BEBAS GLUTEN ATAU GLUTEN FREE

Pernah terbaca beberapa produk yang dilabelkan 'gluten free' bermaksud bebas gluten.

Apa itu gluten? Gluten merujuk kepada protein yang terkandung dalam bijirin gandum. Ia memberikan kesan elastik pada adunan tepung gandum.

Gluten adalah gabungan 2 jenis protein iaitu gliadin dan glutenin.


Tetapi kenapa wujud produk yang dilabelkan dengan 'gluten free'. 
Gluten bukannlah sesuatu yang mendatangkan penyakit atau merbahaya, tetapi ada diantara kita yang tidak boleh mengambilnya, iaitu badan mereka akan menghasilkan tindak balas yang tidak normal semasa pencernaan. Juga dikenali dengan 'celiac disease'; pengambilan gluten mencetuskan tindak balas imun yang merosakkan usus besar seterusnya tidak dapat menyerap nutrien-nutrien penting. 

Jadi, pada mereka yang mempunyai masalah seperti diatas, produk yang bebas gluten dapat diambil tanpa ragu-ragu.

Untuk produk Shaklee, herblax dan zink juga telah diformulasi semula sebagai produk 'gluten free'.

Hubungi saya untuk mendapatkan rangkaian produk Shaklee;

nurmazlen 0139334920
COD in Temerloh n Bera
Courier around Malaysia
 

Wednesday, 28 May 2014

KHUSUS UNTUK MENYINGKIRKAN KOLESTROL JAHAT

Gaya hidup kita pada masa kini sememangnya tidak dapat lari dengan kolestrol 'jahat' iaitu kolestrol yang mendap dalam dalur darah seterusnya menyebabkan kenaikan risiko penyakit jantung iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia.

Namun kita mempunyai pilihan atau cara untuk merendahkan tahap kolestro 'jahat' tersebut dengan mengamalkan makanan seimbang (rendah lemak dan tinggi dengan serat larut air), melakukan aktiviti fizikal dengan kerap serta mengurangkan berat badan jika kita tergolong dalam kalangan individu yang mempunya berat badan berlebihan. Walaubagaimanapun, Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian kita untuk merendahkan paras kolestrol secara semulajadi.

Tetapi cara hidup kita pada masa kini, perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk merendahkan paras kolestrol dalam tubuh kita agak sukar dilaksanakan. Jadi Shaklee memperkenalkan satu produk baru yang dinamakan PHYTOCOL-ST iaitu formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolestrol dan merendahkan paras kolestrol 'jahat' (LDL).

TEMERLOH BERA TRIANG PAHANG


APA KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST SHAKLEE ?

  1. Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
  2. Membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan setiap hari
  3. Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolestrol dalam lebih 80 kajian.
  4. Membekalkan 100% nilai harian fitosterol seperti yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  5. Tiada pengawet, pewarna, perisa dan pemanis tambahan.
BAGAIMANA FITOSTEROL BERTINDAK ?

Dengan struktur yang sama seperti kolestrol, Fotosterol akan bersaing dan mengalahkan kolestrol untuk penyerapan dalam usus. Ini bermakna semakin banyak fitosterol yang kita ambil, maka semakin berkurang kolestrol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang kita untuk merendahkan paras kolestrol 'jahat'(LDL) kita.

TEMERLOH, TRIANG
PHYTOCOL-COL


 Jadi pilih langkah bijak agar kesihatan kita terpelihara.

Untuk mendapatkan PHYTOCOL-ST atau mana-mana rangkaian PRODUK SHAKLEE, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920 sms,whatsapp
COD in TEMERLOH dan BERA
COURIER around MALAYSIA

We Share Because We Care


Tuesday, 27 May 2014

PEKERJAAN LECITHIN DALAM TUBUH

Dari mana datangnya lecithin ? Mampukah tubuh menghasilkannya ? Apa gunanya lecithin ?

Macam - macam yang kita akan fikir jika kita mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan kita. Lecithin adalah salah satu suplemen yang sangat popular pada masa kini dan ramai yang telah mengamalkannya. Tetapi kenapa keadaan ini berlaku ?

Hati mensintesiskan lecithin daripada makanan dan mengedarkannya ke seluruh badan  melalui sistem peredaran darah  untuk melindungi sel-sel daripada musnah, serta membantu menguatkan struktur sistem tersebut.

Lecithin adalah gabungan komplex yang terdiri daripada glycolipid, sterols, triglycerides, karbohidrat dan asid lemak. Komponen pentingya adalah choline iaitu pembantu dalam pencernaan lemak, dan membantu membran sel kekal dalam keadaan separa telap, memudahkan sel berhubung dan mengatur pergerakan lemak, ion, bahan buangan dan nutrien dalam sel. Lecthin juga membantu sistem saraf dalam penghasilan acetylcholine iaitu neurotransmitter yang penting untuk ingatan, pembelajaran serta tidur.

LECITHIN VS KOLESTROL

Disebabkan kandungan choline yang terkandung dalam lecithin membantu mengelmusikan serta menyingkirkan lemak daripada hati, ia juga menyumbang kepada pengurangan pembentukan kolestrol pada dinding arteri atau dalam pundi hempedu seterusnya merendahkan paras kolestrol dan mengurangkan risiko  sakit jantung.

Walaupun, hati dapat mensintesiskan lecithin daripada makanan, kita perlu pasti makanan yang kita makan mengandunginya atau tidak.

*Pilih Lecithin yang benar-benar berkualiti seperti LECITHIN SHAKLEE

Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan rundingan istimewa, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 sms,whatsapp
COD in Bera n Temerloh
Courier around Malaysia

We Share because We Care

Monday, 26 May 2014

KOLESTROL JAHAT VS KOLESTROL BAIK

Bukankah bila ia dipanggil kolestrol semuanya dikatakan 'jahat' ? Tidak sama sekali, kolestrol juga seperti manusia ada yang 'jahat' dan ada yang 'baik'. Apakah perbezaan antara yang baik dan yang jahat? Jika manusia kita mudah untuk menilai dan kadang-kadang berlaku juga kesilapan dalam menilai manusia. Jadi saya kongsikan sedikit apa perbezaan antara kolestrol 'jahat' dan kolestrol 'baik' .

KOLESTROL 'JAHAT' ( LDL CHOLESTROL ) -
LDL Kolestrol dikatakan tidak baik kerana meninggalkan kolestrol pada dinding arteri. Ia juga teroksida dan merosakkan lapisan arteri serta menetapkan  tempat perhentian bagi penyimpanan mineral dan lemak.



KOLESTROL 'BAIK' ( HDL CHOLESTROL ) - 
Tidak seperti LDL, ia melekat dengan kuat pada kolestrol dan tidak membenarkannya tertinggal pada dinding arteri, malah kadang-kadang ia mampu menarik kolestrol yang tertinggal dan mengurangkan plak kolestrol pada dinding arteri. Ia juga mengawas kolestrol sehingga ia keluar dengan jayanya daripada tubuh badan. 

Untuk memastikan apa yang kita makan adalah dari jenis kolestrol baik sahaja agak sukar, jadi untuk membantu tubuh badan mengurangkan kolestrol jahat, pengambilan suplemen sangat digalakkan.

Untuk mendapatkan suplemen shaklee dengan konsultasi yang istimewa, sila hubungi saya;

Nurmazlen 0139334920 sms,whatsapp
Cod in temerloh n bera
Courier around Malaysia

We share because we care


Sunday, 25 May 2014

VITAMIN BUKAN BOLEH MAKAN SAHAJA !

Apa lagi yang perlu kita buat dengan vitamin selain daripada mengambilnya secara memasukkannya ke dalam mulut ?

Pelbagai jenis vitamin dipasaran yang kita beli sebenarnya ada kegunaan lain tetapi fungsinya tetap sama. Sebagai contoh ialah Vitamin C, kita sebenarnya boleh menggunakannya sebagai masker. Percaya atau tidak, ianya adalah benar. Tetapi pastikan ianya bukan vitamin C yang megandungi gula dan bahan pewarna, takut nanti semasa kita memakai masker tersebut, semut akan menghurung muka atau meninggalkan warna pada kulit.

Jadi pilih Vitamin C organik, kemudian hancurkan dan letakkan sedikit air kemudian sapu diseluruh muka. Masker Vitamin C dikatakan dapat mengecutkan jerawat, menegangkan kulit serta menghaluskan kulit. Jadi kalau nak cuba, yang terbaik adalah vitamin C shaklee. Kepada sesiapa yang sudah mempunyai vitamin C shaklee boleh lah mula ber'masker', pada yang tiada boleh 'oder' dengan saya. Saya sedia membantu anda;

mazlen 0139334920 call/sms/whatsapp

We Share because We Care

Thursday, 22 May 2014

MINYAK IKAN HILANGKAN KEDUTAN KULIT MUKA !

Minyak ikan atau fish oil yang kaya dengan omega 3 malah disertai dengan DHA dan EPA ini ditemui dalam kebanyakan ikan-ikan yang mahal seperti ikan salmon. Walaupun ianya popular sebagai suplemen yang membantu dalam mengurangkan risiko serangan jantung, kanser, darah tinggi, kolestrol dan bagus dalam membantu kesihatan otak, minyak ikan juga memberi kelebihan kepada kesihatan kulit kepada sesiapa sahaja yang mengambilnya.

Minyak ikan dikatakan dapat membantu mengekalkan kelembutan kulit dan keanjalan tekstur kulit. Malah ada kajian yang menunjukkan minyak ikan membantu menghalang kedutan serta melambatkan proses penuaan. Juga dikatakan dapat megurangkan inflamasi. Kulit bersisik, kemerahan, jerawat dan eczema adalah simptom yang menunjukkan tisu mengalami inflamasi, jadi secara logiknya masalah sebegini dapat diatasi dengan mengekalkan keseimbangan asid lemak dalam sistem badan melalui suplemen minyak ikan.

Bukan itu sahaja, EPA dalam minyak ikan  juga dapat mengawal penghasilan minyak dalam masalah jerawat dan kedutan kulit.

Tetapi satu sahaja yang perlu saya kongsikan dan ingatkan, kebanyakan suplemen minyak ikan dipasaran bukanlah mengandungi minyak ikan sepenuhnya, biasanya mereka lebihkan lemak ikan berbanding minyak ikan yang tulin. Jadi sebagai pengguna pilihlah minyak ikan yang betul-betul berkualiti seperti OMEGAGUARD SHAKLEE. 

Jadi untuk mendapatkan produk Shaklee dengan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya;

Mazlen 0139334920 sms,call,whatsapp

We share because we care

Tuesday, 20 May 2014

HATI-HATI MENJAGA HATI !

Hati, macam-macam jenis hati, hati ayam, hati kambing, hati hitam, hati batu, busuk hati, senang hati, keras hati, hatiku luka lagi dan banyak lagi. Yang penting kita semua ada hati, samada ia bersih atau kotor kita sendiri yang menentukannya. Begitu juga dengan kesihatan hati, bagaimana nak jaga kesihatan hati? Nampak pun tidakkan?

Apa itu hati ? Hati adalah organ kedua terbesar dalam tubuh badan kita. Beratnya sekitar 3 pound dan bertanggungjawab dalam sebahagian besar untuk setiap fungsi tubuh badan setiap hari. Tetapi fungsi utama hati adalah menapis darah daripada saluran pencernaan, jadi ia mematabolimakan nutrien, dadah, alkohol dan bahan-bahan lain sambil membantu dalam proses detoks.

Hati juga memproses protein dan menghasilkan jus hempedu untuk membantu mengelmusikan lemak serta menyingkirkan bilirubin.

KENAPA KESIHATAN HATI SANGAT PENTING?

Kerana hati memainkan peranan penting dalam memproses kesemua makanan yang kita ambil; lemak, karbohidrat, lemak dan menukarkan ia kepada glukosa sebagai tenaga. Jadi kesemua makanan yang diambil akan melalui hati, hati akan menguruskan kesemua toksin seperti pestisid, hormon, pengawet makanan, alkohol, ubat-uabatan, mikroorganisma dan macam-macam lagi. Hati dalam tubuh kita ibarat 'tol', kesemuanya makanan yang kita ambil akan melaluinya, maka kesihatannya sangat penting, jika 'tol' rosak maka 'jame' lah lebuh raya.

CARA MELINDUNGI KESIHATAN HATI

  1. MAKAN MAKANAN ORGANIK SEBANYAK YANG BOLEH - Makanan pada masa kini banyak mengandungi pestisid, hormon tumbesaran, bahan kimia, jadi mengambil makanan yang organik akan mengurangkan bebanan hati untuk menyingkirkan toksin. Walaubagaimanapun makanan organik hendaklah bebas daripada pengubahsuaian genetik, pestisid sintetik dan racun serangga, antibiotik serta hormon tumbesaran.
  2. HADKAN PENGAMBILAN FRUKTOSA, MAKANAN BERGORENG, MAKANAN YANG DIPROSES YANG MENGANDUNGI TRANS-LEMAK - Trans lemak biasanya terkandung dalam makanan bergoreng seperti kentang goreng dan donat, juga dalam biskut, keropok dan makanan-makanan yang telah diproses. Jika kandungan makanan tersebut ada tertulis 'hydrogenated' atau 'partially hydrogenated oil', maka ia mengandungi trans lemak. Manakala fruktose pula boleh dijumpai dalam minuman soda atau jus buah-buahan.
  3. TINGKATKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN - Teruatamanya yang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi seperti bawang besar, bawang putih, brokoli, bunga kobis, dan kobis. Sayuran juga kaya dengan serat yang dapat membantu menyingkirkan toksin daripada sistem pencernaan dan mengurangkan tekanan kepada hati. 
  4. GUNAKAN PRODUK YANG NATURAL - Terlalu banyak terdedah kepada bahan kimia menyebabkan hati bekerja lebih keras untuk mengekalkan kesihtan tubuh badan. Kita boleh kurangkan tekanan  hati dengan menggunakan produk pembersihan rumah dan tubuh badan yang natural. Minum air yang ditapis serta elakkan menyembur pestisid didalam rumah.
  5. DETOKSKAN TUBUH BADAN - Kesihatan hati bersama-sama buah pinggang, darah, usus, sistem limfa dan kulit membantu badan memproses dan menyingkirkan bahan kimia melalui peluh, air kencing, dan najis. Detoks akan membantu menyokong dan meningkatkan proses-proses perkumuhan secara secara semulajadi.
  6. BERHATI-HATI DENGAN UBAT-UBATAN - Pengambilan ubat-ubatan mestilah mengikut dos yang telah ditetapkandan dalam jangka masa yang betul. Jika tidak ia akan menjejaskan kesihatan hati
  7. BERSENAM - Cara yang paling mudah untuk mengurangkan risiko hati berlemak teutamanya apabila berat badan berlebihan atau obesiti.
  8. ELAKKAN MEROKOK - Merokok menjejaskan keupayaan hati dalam memproses dan menyingkirkan toksin daripada badan.
  9. PERTIMBANGKAN PENGAMBILAN SUPLEMEN UNTUK MENYOKONG KESIHATAN HATI - Pengambilan suplemen hati yang betul dan yang terbaik juga membantu kesihatan hati jika sebahagian besar perkara-perkra di atas tidak dapat dilakukan.
Jadi bantulah hati untuk menjadi lebih sihat, dan gembirakan hati sendiri apabila kita sedar bahawa hati kita tidak mempunyai masalah.

We share becase We care.

Untuk mendapatkan maklumat suplemen hati daripada Shaklee sila ke klik di DTX COMPLEX

Apa-apa maklumat atau pertanyaan berkenaan produk Shaklee, sila hubungi saya, saya sedia membantu anda

mazlen 0139334920 sms,call,whatsapp

Monday, 19 May 2014

CECAIR PENCUCI LANTAI SELAMAT UNTUK BAYI SEDANG MERANGKAK

Sebelum mengenali Shaklee, saya tercari-cari pencuci lantai yang organik atau pencuci lantai yang tidak mempunyai bahan toksik serta selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Memandangkan pada ketika itu anak saya masih dalam proses meniarap dan merangkak, juga mempunyai masalah yang sangat sensitif dengan persekitarannya dan mudah dijangkiti bakteria yang menyebabkan cirit-birit. Jadi untuk mencuci lantai serta mainan memerlukan pencuci yang betul-betul selamat agar bahan toksik dalam bahan pencuci juga tidak menjejaskan kesihatannya.

Setelah berkenalan dengan Basic H shaklee, saya sangat berpuas hati bukan kerana saya pengedar shaklee tetapi kerana kandungannya yang mesra alam serta sangat menjimatkan. Cuba anda bayangkan, sebotol Basic H hanya mempunyai kandungan sebanyak 16 auns atau 0.0295735296875 liter boleh dicairkan dengan 48 gelen air atau 181.6997664 liter air. Bukankah ia sangat menjimatkan? Sebotol Basic H boleh tahan sangat lama hanya dengan harga RM46. Betul, Basic H nampak mahal berbanding dengan pencuci lantai lai dipasaran, tetapi menggunakannya sehingga hampir setahun bukankah ia berbaloi?

Bukan sekadar berpuas hati dengan kepekatannya, ia bukan sekadar pencuci lantai, malah dikenali sebagai pencuci sebaguna untuk sebarang permukaan di  dalam dan di luar rumah. Contohnya dinding, jubin, periuk, besen, pinggan mangkuk, perabot dan macam-macam lagi.

Cara penggunaan Basic H untuk hasil yang memuaskan


  • Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, garanit,marmar dan bilik mandi - Campurkan satu perempat sudu teh dengan lebih kurang 0.4732 liter air
  • Periuk, besen, pinggan mangkuk - campurkan setengah sudu teh dengan 3.7854 liter air
  • Tingkap dan cermin - Campurkan 1-2 titik dengan 0.4732 liter air
  • Lantai - Campurkan 1 sudu teh dengan 3.7854 litter air
  • Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi - campurkan setengah sudu teh dengan sebesen air suam.

PENTING!!

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang meresap ke dalam bahagian badan melalui kulit atau sistem pernafasan. bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Amonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan

*PEKATAN PENCUCI SUPER ORGANIK BASIC H TIDAK MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN DIATAS MAHUPUN BAHAN-BAHAN BERBAHAYA YANG LAIN*




APA YANG MENARIKNYA BASIC H SHAKLEE?


  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • Ph seimbang
  • Tanpa klorin
  • Ramuan semulajadi diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot 
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Jadi apa tunggu lagi, bertukarlah kepada bahan pencuci yang lebih selamat untuk seisi keluarga. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya, saya sedia membantu anda

nurmazlen 0139334920
Cod around Triang dan Temerloh




Thursday, 8 May 2014

STRESS BOLEH JADI GILA!

Stress atau tekanan sering berlaku terjadi pada diri kita sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar. Banyak perkara disekeliling kita yang boleh menyebabkan tekanan seperti tekanan kerja, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kesihatan dan juga masalah berat badan serta pelbagai masalah lagi. Walaubagamanapun, kita terpaksa hadapinya dan tidak dapat lari dari segala macam masalah selagi kita hidup di dunia ini.

Benar cara untuk meredakan tekanan adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah dan menganggap segala masalah yang dihadapi adalah dugaan dari-Nya, tetapi untuk membantu badan agar tidak terbeban dengan stress, kita juga perlu mengambil makanan yang dapat membantu merehatkan badan kerana tekanan juga adalah penyebab penyakit DARAH TINGGI.

Terdapat vitamin yang disarankan untuk kita semua agar dapat mengurangkan tekanan, antaranya adalah;

B complex yang lengkap dengan semua sumber Vitamin B serta asid folik yang mana ianya menyokong sistem saraf dan membantu meredakan tekanan.

Vitamin C, walaupun ia popular sebagai vitamin yang membantu masalah kesejukan dan selsema, ia juga keperluan untuk 'depression diet'.

Vitamin D, suplemen Vitamin D3 dikatakan terbukti untuk menstabilkan 'mood'.

Multivitamin juga penting kerana kita sukar mendapat vitamin yang lengkap daripada cara pemakanan kita pada masa kini.

Fish oil (minyak ikan) yang kaya dengan Omega 3 bukan sahaja bagus untuk kesihatan jantung, malah juga penting kesihatan otak dan mental.

Jadi, sedikit sebanyak makanan juga memainkan peranan dalam menangani masalah 'stress' terutama pada mereka yang mempunyai gaya hidup yang kurang sihat serta ibu-ibu yang sedang berpantang.

We Share because We Care

Hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin Shaklee atau untuk mendaftar keahlian Shaklee.

mazlen 0139334920
fadzley 0139334820

COD around Bera n Temerloh

Monday, 5 May 2014

KELEMAHAN SISTEM IMUN ANAK DIPANDANG ENTENG

Apakah yang dikatakan tentang sistem imun? Apa benda? Penyakit ke? Atau Ubat ke?

Sistem imun adalah sistem pertahanan semulajadi badan dalam tubuh yang berkerja keras menentang bakteria dan virus yang menyerang tubuh badan kita.

Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai sistem imun yang lemah, oleh itu mereka sering mudah mendapat penyakit seperti demam, batuk, selsema serta penyakit-penyakit lain. 

Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin dan bertanggungjawab, kita hendaklah membantu anak-anak membina sistem imun yang kuat, agar kesihatan mereka tidak mudah terjejas.

Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mengambil makanan diet seimbang  dan mereka disarankan mengambil sekurang-kurangnya 5 bahagian sayur-sayuran atau buah-buahan sehari. Tetapi anak-anak sangat dikenali sebagai individu yang kurang gemarkan sayur dan buah bukan? Jadi dalam situasi begini, pengambilan suplemen sangat digalakkan.

Seterusnya anak-anak juga digalakkan melakukan senaman sekurang-kurangnya 60 minit sehari. Ada kajian yang menyatakan bahawa senaman dapat menguatkan sistem imun dan dapat melawan batuk dan kesejukan.

Ajarkan anak-anak tentang kebersihan kerana kebersihan juga menyumbang kepada sistem imun yang sihat. Kanak-kanak tidak sedar akan kepentingan mencuci tangan dengan bersih terutamanya selepas ketandas dan sebelum makan.

Jadi bermula dari makanan, senaman dan kebersihan atau dalam erti kata lain bermula dari ibu bapa, kesihatan dan kekuatan sistem imun kanak-kanak dapat dibantu.

Untuk mendapatkan suplemen untuk kanak-kanak daripada Shaklee, sila hubungi saya.

Shaklee The Trusted Product!!

Mazlen 0139334920
Fadzley 0139334820

We Share becoze We Care

Cod around Bera n Temerloh Pahang

Tuesday, 15 April 2014

VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN B5

Entri sebelum ini saya kongsikan tentang kebaikan VITAMIN A untuk mengatasi masalah jerawat. Sebenarnya kita mempunyai 8 Vitamin yang bagus dalam membantu masalah jerawat pada kulit kita. Dan yang seterusnya adalah vitamin B5.

Vitamin B5 atau juga dikenali dengan patothenic acid diperlukan untuk metanolisme lemak, karbohidrat dan protein. Vitamin B5 boleh diperolehi daripada daging, gandum, bijirin, yogurt dan telur.

Keupayaan Vitamin B5 untuk membantu masalah jerawat telah ditemui pada tahun 1995, dimana 2 tindakan utamanya adalah;


  • Mengurangkan saiz liang roma
  • Menguragkan simptom-simptom jerawat oleh kandungan Coenzim A nya yang mana ia mengurangkan pengahsilan sebum.

Oleh sebab itu cadangan suplemen untuk membantu masalah jerawat dimasukkan Vitamin B Complex.

Untuk mendapat produk Shaklee yang hebat, sila hubungi saya;

mazlen 0139334920

Tuesday, 8 April 2014

PUNCA-PUNCA SUKAR TIDUR ATAU INSOMNIA

Kesukaran untuk tidur sememangnya mendatangkan ketidakselesaan kepada kita. Apabila sukar untuk tidur pada waktu malam, maka kita akan mudah berasa letih dan lesu ketika waktu siang.

Di sini saya kongsikan beberapa faktor yang menyebabkan kesukaran untuk tidur atau insomnia terjadi. Antara faktor-faktornya adalah;


  • Stress (termasuk kegelisahan yang dialami akibat daripada kesukaran untuk tidur)
  • Perubahan suhu yang ekstrim (suhu yang turun naik secara mendadak)
  • Perubahan persekitaran
  • Kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil
  • Hormon dalam badan 
  • Kitaran tidur yang terganggu
Jadi untuk mendapatkan atau cuba untuk mengurangkan gejala sukar untuk tidur, bolehlah mengamalkan SLEEP FRIENDLY DIET

Tuesday, 11 March 2014

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Tekanan darah tinggi sangat sinonim dengan masyarakat kita pada masa kini. Tekanan darah tinggi atau hipertension boleh membawa kepada serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan dimensia.

Tekanan darah normal adalah 120/80 mm Hg atau lebih rendah. Manakala 140/90 mm Hg pula digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi. Angka yang pertama menunjukkan tekanan sisitolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah kesuluruh badan kita, dan bacaan kedua pula ialah tekanan diastolik iaitu bacaan tekanan jantung dalam keadaan rehat.

Mari kita lihat punca-punca yang menyebabkan darah tinggi atau hipertensi;

1. Faktor keturunan - Biasanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai darah tinggi mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit tersebut.

2. Faktor usia - Semakin usia kita meningkat, semakin tinggi risiko untuk kita di serang darah tinggi kerana elastisiti pembuluh darah kita semakin berkurang dan penyempitan salur darah akan menyebabkan tekanan darah semakin meningkat.

3. Faktor jantina - Kaum lelaki lebih berisiko diserang darah tinggi sekitar berusia sebelum 45 tahun, manakala pada usia 45 hingga 64 tahun kedua kaum lelaki dan wanita mempunyai kadar risiko yang sama. Tetapi pada usia lebih 64 tahun kaum wanita pula yang lenih berisiko diserang darah tinggi.

4. Faktor gaya hidup - Gaya hidup yang tidak aktif sememangnya mengundang darah tinggi. Gaya hidup yang sibuk dengan kerja terutamanya mereka yang bekerja di pejabat dan kurangnya aktiviti riadah atau aktiviti fizikal meningkatkan risiko penyempitan dan penyumbatan pembuluh darah.

5. Faktor makanan - Makanan segera serta makanan rugi yang tinggi kandungan garam juga punca terjadinya darah tinggi. Garam akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan lalu menyebabkan tekanan dalam pengaliran darah.

6. Faktor berat badan - BMI (Body Mass Index) juga menunjukkan kadar risiko seseorang untuk diserang darah tinggi. Jika BMI diantara 25-30 atau lebih, maka risiko darah tinggi adalah juga tinggi.

7. Faktor stress - Stress akan meningkatkan tekanan darah tinggi pada satu-satu masa. Apabila kita stress hormon adrenalin akan meningkat lalu menyebabkan jantung mengepam darah lebih cepat dan menyebabkan tekanan darah juga meningkat.

*sumber dari http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/kawal-tekanan-darah-tinggi-tanpa-ubat dan http://www.deherba.com/10-faktor-resiko-penyebab-tekanan-darah-tinggi.html

Rawat atau cegah darah tinggi menggunakan suplemen. 

Vitamin atau suplemen yang dicadangkan untuk mencegah dan mengawal darah tinggi adalah seperti berikut


  • Vitamin asas (Vitamin B, C dan Vitalea) - membekalkan sokongan kepada yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio -vaskular.
  • Catomax, Vitamin E dan Vitamin C - Gabungan antioksida penting untuk mengurangkan risoko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
  • Omega Guard - merendahkan kadar kolestrol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung.
  • Garlic complex - mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolestrol dan memlihara kesihatan selular.

Dapatkan produk shaklee dengan harga yang berbaloi dari saya;

nurmazlen 0139334920

terima kasih

Tuesday, 4 March 2014

PROMOSI ESP SHAKLEE 2014

Bulan March ini Shaklee menawarkan dengan pembelian 6 canister ESP anda akan mendapat percuma satu canister ESP.

ESP sangat popular dikalangan pengguna produk shaklee. Esp adalah salah satu makanan tambahan yang bagus untuk kesihatan. Ianya sangat sinonim dengan mereka yang hamil, menyusukan bayi, penghidap gastrik, wanita yang berpantang, individu yang berpuasa serta mereka yang ingin mendapatkan kulit yang sihat.

Sumber ESP daripada soya yang ditanam secara organik dan juga 'non GMO' product menjadikan ia sumber soya yang bagus untuk kesihtan kita semua.

Jika hamil dan mahukan anak yang putih dan gebu, secara mitosnya kita perlu minum air soya semasa hamil, tetapi soya yang diambil perlulah dari sumber yang bagus kerana jika tidak bayi yang bakal lahir akan mengalami masalah kulit. Jika percaya juga dengan amalan tersebut, ambil lah ESP kerana terbukti ia dari sumber yang berkualiti dan selamat. Kebanyakan soya yang berada dipasaran adalah GMO, dimana genetiknya telah diubahsuai, jadi kualiti dan kebaikannya sudah terjejas.

Untuk mendapatkan produk Shaklee sila hubungi saya;

nurmazlen mohd johar 0139334920

Tuesday, 18 February 2014

MOP LANTAI BUKAN LAGI MEMENATKAN DENGAN BASIC H SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Rutin mengemop lantai

Meletakkan bahan pencuci lantai ke dalam baldi --> masukkan air --> mop lantai seluruh bahagian rumah --> bilas dengan air biasa

atau

Meletakkan BASIC H ke dalam baldi --> masukkan air --> mop lantai seluruh bahagian rumah --> REHAT

Pilih cara yang anda suka? Saya lebih suka cara yang kedua, dapat rehat lebih cepat. Bukan pemalas tetapi dapat menjimatkan masa dan dapat melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Kedua-dua cara mempunyai objektif yang sama iaitu mencuci lantai supaya kelihatan bersih dan menghapuskan kotoran dan bakteria. Bezanya hanya cara yang kedua lebih mudah dan menggunakan bahan yang tidak mengandungi bahan kimia serta bahan toksik yang membahayakan kesihatan. Lebih-lebih lagi bagi kita yang mempunyai anak-anak kecil yang sedang merangkak dan sedang mebesar, yang mana mereka sangat sensitif dengan keadaan persekitaran.

Dengan menggunakan BASIC H SHAKLEE, walaupun tidak dibilas, ia tidak akan meninggalkan rasa melekit pada lantai kerana kita hanya gunakan beberapa titis sahaja untuk dilarutkan bersama sebaldi air. Kotoran akan hilang dengan mudah, malah lantai akan menjadi berkilat.

BASIC H SHAKLEE sangat menjimatkan, bukan hanya untuk mencuci lantai, ia juga boleh menghilangkan minyak, mencuci tingkap, mencuci peralatan mainan dan bermacam-macam lagi.

SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN, SENTIASA SEMULAJADI

Untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga yang berbaloi atau pertanyaan cara untuk menjadi ahli shaklee, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920
inafazlin 0199216076

Monday, 17 February 2014

MENCUCI BOTOL SUSU DENGAN HAND DISH WASH SHAKLEE ATAU BASIC H SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA


Bukan hanya sekadar promosi, saya menggunakannya dan berpuans hati dengan kesannya. Anak saya sememangnya pengguna botol susu, memandangkan usinaya yang baru berusia 2 tahun. Puting susu tersebut jika tidak di cuci dengan baik, maka ianya akan cepat berkerak dan kelihatan tidak bersih. Apabila keaadan begini terjadi, kita sebagai ibu bapa mesti mahu menukar puting tersebut dengan yang baru.

Daripada pengalaman saya sendiri, saya tidak menukar puting kerana berkerak atau kelihatan kotor, tetapi menukarnya apabila saya rasa puting tersebut sudah terlalu lama walaupun ia kelihatan bersih danmasih boleh digunakan. Apa yang saya gunakan hanyalah BASIC H SHAKLEE atau HAND DISH WASH SHAKLEE. Hanya letakkan setitis, masukkan air dan gunakan berus botol, gosok-gosok sedikit di dalam bahagian botol dan puting, ia akan kembali bersih dan tidak meninggalkan kerak yang degil. Sangat jimat kan.

Sebotol HAND DISH WASH SHAKLEE, jika hanya digunakan untuk mencuci botol susu boleh tahan berbulan-bulan. Dan bukan itu sahaja, kelebihannya juga adalah tidak mempunyai bahan kimia dan toksit, selamat untuk seisi keluarga dan alam semulajadi.

Untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga yang berbaloi, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920
fadzley 0139334820
inafazlin 019216076

Sunday, 16 February 2014

TESTIMONIAL PENGAMAL VITAMIN C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Alhamdulillah hari ini mendapat feedback positif dari seorang customer saya. Dia hanya mengambil Vitamin C Sustained release Shaklee sahaja. Bekerja hanya sebagai pembersih bangunan, tetapi tetap mempunyai keinginan untuk mengambil suplemen untuk kesihatan.

Ini antara dialog yang saya dengannya pagi tadi apabila saya terserempak dengannya semasa bekerja hari ini.

Kak M " Eh nanti akak nak oder lagi ubat tu ye" (Almaklumlah orang berusia 40an, semua dia panggil ubat kalau dalam bentuk pil kan)
saya "Ok ke akak makan tu?"
Kak M "Ha ah, sedap rasa badan makan ubat tu, bertambah sihat akak sekarang ni"
saya "oyeke" dengan senyuman,
Kak M "Tapi tahan 6 bulan kan?"
Saya "Ha ah kak, tahan lama tu"


Syukur Alhamdulillah, sesiapa sahaja mampu untuk mengambil suplemen Shaklee. Hanya beberapa ringgit sahaja untuk sebulan. Cuma pandangan setiap individu berbeza, sama ada hanya fikir suplemen untuk orang berduit atau suplemen hanya untuk orang yang sakit sahaja. Jom sama-sama membantu tahap kesihatan kita. Usaha, selebihnya serahkan kepada ALLAH.

Untuk mendapatkan Produk Shaklee, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920
inafazlin 0199216076

Tuesday, 11 February 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Selalu cerita tentang vitamin untuk orang dewasa, set kecantikan, set hamil, set pantang, set sendi dan macam-macam lagi. Set untuk kanak-kanak juga tidak ketinggalan. Mereka juga mahu sihat dari kecil bukan.

Bilakah kanak-kanak boleh mula untuk mengambil vitamin?

Sekiranya perlu, anak-anak boleh mengambil vitamin bermula umur 1 tahun. Sebelum usia setahun biarkan mereka mendapat khasiat dari susu ibu sepenuhnya.

Apakah suplemen yang sesuai diambil oleh kanak-kanak?

Saya cadangkan Mealshake dan Omegaguard untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 4 tahun; dan pada usia 4 tahun boleh memberikan mereka vitamin c chewable shaklee.

Berapakah sukatan suplemen yang perlu diberikan kepada kanak-kanak?

Suplemen adalah 'makanan tambahan', jadi berikan hanya mengikut keperluan sahaja. Jadi dapatkan maklumat terperinci semasa membeli suplemen untuk kanak-kanak dari SID anda.

Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan panduan yang betul, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920

inafazlin 0199216076

Monday, 10 February 2014

PANDUAN UNTUK SISTEM PENCERNAAN YANG SIHAT

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TEMERLOH,MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Sistem pencernaan adalah salah satu sistem yang sangat penting dalam tubuh badan kita. Diaman ia adalah sistem yang berfungsi untuk menyerap makanan dan mengelaurkan toksin dari badan. Jika sistem pencernaan rosak atau mempunyai masalah, makan ia akan menyebabkan tubuh tidak dapat menyerap nutrien dengan sempurna dan tidak dapat menyingkirkan toksin dari badan dengan baik. Jadi pelbagai masalah akan timbul jika sistem pencernaan kita terganggu.


5 panduan untuk memperbaiki tahap kesihatan sistem pencernaan kita;

herblax, makanan sihat, sistem pencernaa
ph makanan
  • Makanlah makanan yang beralkali sebanyak 80% dan yang berasid hanya 20%
  • Makanlah buah-buahan yang lembut dan mudah menjadi busuk sebagai snek, seperti tembikai, betik, tembikai susu, mangga dan sebagainya.
  • Makan protein daripada haiwan bersama sayuran
  • Elakkan semua sumber karbohidrat bertapis
  • Jangan makan sebelum tidur atau sebaik sahaja bangun dari tidur

Sistem pencernaan perlu dijaga dengan makanan-makanan yng sihat, agar penyerapan nutrien oleh badan dioptimumkan.

Sekiranya ada mengambil vitamin, pastikan ia diambil selepas makan agar nutriennnya dapat diserap oleh badan dengan baik.

Untuk detoks bahagian usus, kita boleh mengamalkan herblax dari Shaklee.

nurmazlen 0139334920
inafazlin 0199216076