Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Monday, 30 June 2014

RESEPI SAHUR RINGKAS SHAKLEE

Walaupun sudah berazam untuk berkongsi 1 resepi setiap hari, tetapi pada hari ini saya berbuka dirumah mak saya, bermakna saya tidak memasak dan tiada resepi masakan untuk hari ini. Walaubagaimanapun, saya ingin kongsikan resepi sahur saya bersama produk shaklee untuk ibu-ibu hamil seperti saya.

Saya pasti sudah ramai penggemar dan pengamal produk Shaklee di luar sana, dan ada diantara kita yang sudah sangat sinonim dengan produk 'Mighty 3 Germs' Shklee. Mighty 3 Germs terdiri daripada ESP, Performance Drink dan Mealshake. Ketiga-tiganya adalah gabungan untuk sarapan atau sahur yang berkhasiat dan memberikan tenaga. Teatapi jika kita cuma memiliki Esp dan Pd juga sudah memadai.

Untuk diri saya sendiri, saya tidak gabungkan ketiga-tiganya dalam satu gelas, tetapi saya ambil secara berasingan. Bermula dengan mengambil sedikit nasi, kemudian saya bancuh PD bersama sunquick dan seterusnya saya bancuhkan pula esp bersama milo atau susu kambing. Ambil sedikit masa untuk mengambil kesemuanya untuk memastikan saya tidak mengalami kelaparan yang melampau dan mengatasi masalah pedih ulu hati. Alhamdulillah, 2 hari ini saya berjaya puasa dengan baik. (33 weeks Pregnancy)

Jadi, untuk membantu badan lebih sihat dan bertenaga, tidak salah untuk kita mecuba beberapa suplemen agar ibadat puasa dapat berjalan dengan lancar. Yang penting kita USAHA !

Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920
Cod in Bera, Triang, Temerloh, Mentakab
Courier around Malaysia

Tuesday, 10 December 2013

RESEPI TOM YAM PUTIH MUDAH

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Pengedar Shaklee Kerayong, Bera, Triang, Temerloh, Mentakab dan seluruh Malaysia

Dari semalam ingin masak tomyam, jadi hari ni ke pasaraya untuk membeli sedikit bahan-bahannya. Memandangkan banjir belum surut, beberapa bahan tiada di pasaraya seperti daun limau purut dan udang.

Bahan-bahannya

sedikit ayam
bawang besar
serai
halia
limau kasturi
perencah tomyam putih adabi
cili kecil
garam
gula
air
lobak merah
bunga kobis
kobis
daun ketumbar
tomato

Caranya

Sediakan periuk yang diisi air, masukkan ayam, bawang besar, serai, halia, cili serta perencah tomyam, Apabila sudah mendidih masukkan lobak merah, diikuti dengan bunga kobis, kobis dan cili kecil. apabila lobak sudah empuk, masukkan air limau kasturi, perasakan dengan garam dan gula.Dan akhir sekali letakkan daun ketumbar. Siap, mudah sahaja kan.

Selamat mencuba.

Sunday, 8 December 2013

RESEPI SIHAT, SUP TELUR BERSAMA PUCUK DAN SUHUN

Bahan bahan

bawang kecil
bawang putih
halia
telur
pucuk n suhun
kentang
lada hitam
Penumis
air

Caranya

Tumiskan penumis, bawang kecil, bawang putih, halia dan lada hitam. Apabila sudah harum dan wangi masukkan air dan kentang. Apabila air sudah menggelegak, pecahkan telur, tunggu hingga kentang lembut, kemudia masukkan pucuk dan suhun. Akhir sekali perasakan dengan garam. Siap. Tambahkan daun sup untuk aroma yang lebih menyelerakan.

Selamat mencuba

Saturday, 7 December 2013

RESEPI DIET UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Siapa sedang cuba mengurangkan berat badan sekarang ? Apa resepi makanan harian anda ?

Saya tertarik dengan resepi yang menggunakan dada ayam kerana ia senang didapati dan memerlukan proses yang mudah. Malah yang penting kurang karbohidrat.

Salah satu resepinya adalah nugget ayam. Semestinya nugget kegemaran ramai bukan ? terapi nugget yang terdapat dipasaran tidak sesuai untuk mereka yang berdiet kerana terdapat kandungan lemak yang tinggi. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri, anak-anak pun mesti suka.



BAHAN-BAHANNYA

Dada ayam
bawang besar
daun sup
daun bawang
lada sulah
garam
minyak jagung 

CARA MEMBUATNYA

Kisar dada ayam sehingga halus, kemudia campurkan bawang besar yang dipotong dadu serta daun bawang dan daun sup yang dihiris halus. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Apabila sudah sebati, kepalkan mengikut saiz yang digemari dan gorengkan sehingga masak. Siap, mudah sahaja kan.

Selamat mencuba.

Friday, 16 August 2013

RESEPI LAKSA ASAM MUDAH

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

SAYA ADALAH PENGGEMAR LAKSA ASAM TEGAR. Jom Cuba resepi mudah dari saya.

Bahan untuk laksa; laksa yang dibeli daripada kedai dan direbus dalam air sehingga lembut.

Bahan untuk KUAH LAKSA ;

- Ikan kembung atau ikan sadin atau ikan pelaling atau apa sahaja ikan yang sesuai (ikan patin pun boleh, tetapi saya belum cuba lagi

- air secukupnya

- asam keping

- bunga kantan

- daun kesum

- cili kering yang dikisar bersama bawang merah dan putih

-belacan

- garam dan gula secukupnya

- asam keping

- serbuk perasa jika perlu

Hiasan dan ulam

- telur rebus
-liamu kasturi
-cili padi
-bawang merah yang dihiris
-timun
-daun salad
-apa sahaja yang digemari untuk dimakan bersama laksa

Cara membuat Kuah Laksa

1. Rebus ikan sehingga masak. Kemudian kisar isi ikan terlebih dahulu, masukkan dalam periuk. Seterusnya kisar tulang ikan dan masukkan kedalam periuk tetapi mesti di tapis terlebih dahulu.

2. Masukkan kesemua bahan kecuali garam, gula dan serbuk perasa. Tambahkan air mengikut kepekatan yang anda suka.

3. Apabila mendidih perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Siap.

4. Hidang bersama dengan laksa dan hiasan serta ulamnya sekali.

**gambar tiada, lupa nak ambil gambar.

mamadhiya
sihat adalah kekayaan

mazlen | 0139334920


Wednesday, 14 August 2013

RESEPI BISKUT COKLAT CHIP MUDAH

Masih belum terlambat untuk berkongai resepi biskut memandangkan Syawal masih belum berlalu.


Bahan yang diperlukan

sebuku butter (buttercup yg kecil)
1 cawan gula perang 
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 ke 3 cawan tepung gandum
coklat chip secukupnya
badam cincang juga secukupnya

Caranya dimulakan dengan pukul butter bersama gula perang hingga berkrim( tak perlu kembang). Kemudian masukkan kesemua bahan lain dan kaup balikkan sehingga adunan sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu lembik atau terlalu keras. Seterusnya letakkan adunan dia ats dulang pembakar, dan bakar selama 20-30 minit dengan suhu sekitar 150 darjah celcius (bergantung kepada kepanasan oven).

Okey siap. Mudah dan sedap. 

Selamat mencuba!

mamadhiya
sihat adalah kekayaan

mazlen | 0139334920


RESEPI CHOCOLATE CRUNCHY

Teks : Nurmazlen

Resepi yang sangat mudah. Sesuai dijadikan juadah hari raya atau majlis hari jadi.


Bahan yang diperlukan cuma, badam yang dibelah-belah(yang panjang-panjang), cornflake, buble rice dan coklat masakan serta paper cup.

Caranya pun mudah sahaja, badam dibakar terlebih dahulu, kemudian campurkan bersama cornflake dan buble rice. Seterusnya cairkan coklat masakan menggunakan double boiler dan gaulkan dengan bahan yang dicampurkan tadi. Kemudian sudukan kedalam paper cup. Sejukkan. Siap. 

Selamat mencuba!

Tuesday, 23 July 2013

RESEPI MILO KING

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Sebelum membuat milo king ni, kita mestilah mempunyai blender yang boleh menghancurkan ais. Tidak kisah jenama apa pun. Saya hanya menggunakan blender juice yang agak murah sahaja iaitu jenama 'Shake n Take'. Saya beli secara online sahaja.

Bahan yang diperlukan

Milo secukupnya
Susu pekat
Air Panas
Susu cair
Ais krim coklat

Cara-caranya

Bancuhkan milo bersama sedikit air panas, susu pekat dan susu cair. Kemudian letak ais di dalam pengisar, bancuhan milo serta ais krim coklat. Kisar sehingga ais hancur dan tuang ke dalam gelas atau mug. Letakkan aiskrim milo di bahagian atas gelas tadi sebagai hiasan dan penambah selera. Siap.

Selamat mencuba.

mamadhiya
sharing is caring
(^_^)

Monday, 22 July 2013

RESEPI DAGING BAKAR MUDAH DAN SEDAP

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Bahan-bahan

daging 1.5 kg
madu 3 sudu besar
kicap 2 sudu besar
serai 2 batang
bawang besar 2 biji
bawang putih 4 ulas
halia 1 inci
lada hitam 1 sudu besar
Jintas manis

Cara memasak

Kisar semua bahan kecuali daging, kemuadian perapkan daging dengan bahan yang telah dikisar tadi. Perap dalam 2-3 jam, lagi lama lagi bagus.
Setelah diperap, boleh lah dibakar di dalam oven atau menggunakan arang. Bakar sehingga masak, jangan terlalu kering supaya daging tersebut tidak keras apabila dimakan nanti.

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, 14 July 2013

RESEPI UDANG MASAK LEMAK BEST DAN MUDAH

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Jom masak udang

Bahan yang diperlukan

udang
santan
serbuk kunyit
bawang merah
serai
garam 
cili api
asam keping

cara-caranya
masukkan semua bahan kecuali garam ke dalam periuk dan didihkan sehingga udang masak. masukkan garam secukup rasa. Siap. Sangat mudah. kalau nak isi tomato atau kentang atau nenas pun boleh.

Selamat mencuba ;)


Saturday, 13 July 2013

Resepi ikan bakar

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Ikan bakar pun kena ade resepi ke? 

Resepi paling mudah dan sihat. Mai tengok.

Ikan kembong atau apa-apa je ikan yang anda suka. Siang ikan, lepas tu lumur garam dan kunyit sikit, tak letak pun takpe. Kemudian bakar dalam oven, tak kisah nak bakar kat mana pun tang penting masak. Saya alas dengan daun pisang sebab nak elakkan ikan melekat, tapi kalau bakar atas bara api, sapu minyak dekat jaring alas ikan tu ye. 

Sambal kicap 

Ni cara yang paling mudah. Ikut suka hati je, saya blenderkan kicap, bawang merah dan air asam limau kasturi.Tapi ingat jangan masukkan biji limau tu sekali, nanti pahit tau.



okey siap. Mudahkan. Saya ada lagi satu resepi mudah, iaitu udang masak lemak best. Nanti saya kongsikan ye .

Friday, 12 July 2013

RESEPI IKAN MASAK TAUCU

Teks : Nurmazlen Mohd Johar
Bukan ikan masak taici tau.

Bahan-bahan

5 ekor ikan pelaling (ikan lain pun boleh)
10 biji cili kecik (dibelah atau ditumbuk)
4 biji cili hijau (dibelah)
seinci halia (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
sebiji bawang besar (dihiris)
Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
sedikit air asam jawa
secubit garam
sedikit gula
Sebiji timun (dibuang tengahnya dan dihiris nipis-nipis)
2 sudu taucu
2 cawan air

Cara memasak

Ikan dilumur garam sedikit dan digoreng seperti biasa. Ketepikan.

Tumis bahan-bahan yang telah dihiris tadi sehingga kekuningan, seterusnya masukkan cili.
Masukkan taucu dan air dan gaul rata. Letakkan air asam jawa. Apabila sudah mendidih masukkan cili hijau, bawang yang dipotong bulat dan timun. Perasakan dengan garam dan gula. Apabila sudah cukup rasa, angkat dan gaulkan dengan ikan yang telah digoreng tadi.

Mudahkan. Selamat mencuba ;)