Showing posts with label KALSIUM. Show all posts
Showing posts with label KALSIUM. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

BUAH PINGGANG PENTINGKAH?

Organ dalam tubuh badan kita saling berkait antara satu sama lain, jika ada yang gagal berfungsi bermakna kesihatan tubuh badan kita juga terjejas. Buah pinggang adalah salah satu organ yang sangat penting dimana ia berfungsi dalam proses perkumuhan. Buah pinggang menapis nutrien yang baik untuk tubuh dan melepaskan toksin serta bendasing yang tidak berfaedah keluar dari tubuh melalui air kencing. Jadi jika ia berlaku kerosakan, bermakna tubuh tidak dapat lagi meyimpan nutrien akan keluar melalui air kencing dan proses perkumuhan gagal berlaku.

Walaubagaimanapun, kita mempunyai pilihan untuk berusaha membantu kesihatan buah pinggang agar dapat berfungsi dengan baik atau melambatkan proses kerosakkannya.

Vitamin D - Vitamin larut lemak yang dapat membantu mengawal fungsi buah pinggang dan membantu merawat penyakit buah pinggang.

Vitamin C - Juga dikenali sebagai asid askorbik  yang juga menyumbanh kepada fungsi buah pinggang. Vitamin C adalah antioksida yang dapat melindungi sel-sel daripada tekanan oksidatif (kerosakan selular yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit termasuklah penyakit buah pinggang.

Vitamin B6 - Mengambil vitamin B6 yang mencukupi mengekalkan fungsi buah pinggang serta dapat mengelakkan batu karang.

Kalsium dan Potassium - 'Podocyte cells' di dalam buah pinggang bergantung kepada kalsium dan potassium untuk membantu mengawal penapisan darah. Kedua-dua mineral ini membantu menentukan saiz penapis buah pinggang, jadi tubuh akan menentukan samada membesarkan atau mengecilkan penapis dalam proses perkumuhan bergantung kepada bendasing dan toksin yang aan dikeluarkan.

Jadi sebagai individu yang ingin kekal sihat dan cuba membantu kesihatan tubuh badan, kesihatan buah pinggang juga perlu dititikberatkan.



We Share because We Care

Untuk mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee yang terbaik, sila hubungi saya;
mazlen 0139334920

cod area bera dan temerloh pahang
courier around Malaysia

Tuesday, 8 April 2014

PUNCA-PUNCA SUKAR TIDUR ATAU INSOMNIA

Kesukaran untuk tidur sememangnya mendatangkan ketidakselesaan kepada kita. Apabila sukar untuk tidur pada waktu malam, maka kita akan mudah berasa letih dan lesu ketika waktu siang.

Di sini saya kongsikan beberapa faktor yang menyebabkan kesukaran untuk tidur atau insomnia terjadi. Antara faktor-faktornya adalah;


  • Stress (termasuk kegelisahan yang dialami akibat daripada kesukaran untuk tidur)
  • Perubahan suhu yang ekstrim (suhu yang turun naik secara mendadak)
  • Perubahan persekitaran
  • Kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil
  • Hormon dalam badan 
  • Kitaran tidur yang terganggu
Jadi untuk mendapatkan atau cuba untuk mengurangkan gejala sukar untuk tidur, bolehlah mengamalkan SLEEP FRIENDLY DIET

Monday, 7 April 2014

MAKANAN MEMPENGARUHI TIDUR

Kesihatan tubuh badan kita berkait rapat dengan makanan yang kita ambil. Begitu juga dengan tidur, sedikit sebanyak tahap kepuasaan atau kemudahan untuk melelapkan mata berkait rapat juga dengan makanan.

Sedikit info berkenaan diet yang mepengaruhi tidur kita semua. Ataupun cadangan bagi 'Sleep - friendly diet'.

1. Magnesium
    -Mineral yang berfungsi untuk merehatkan saraf serta otot
    -Kekurangan magnesium sering dikaitkan dengan beberapa masalah tidur termasuk insomnia dan
    'restless leg syndrom'
 
2. Potassium
    -Juga mineral yang membantu merehatkan saraf dan otot-otot badan

3. Kalsium
    -Mineral yang memainkan peranan penting dalam penghasilan melatonin (sleep hormone) yang
     membantu mengekalkan kitaran tidur manusia dlam 24 jam.
    -Kandungan melatonin meningkat secara semulajadi pada waktu malam seterusnya menggalakkan
     tidur dan merosot apabila siang.
    -Juga seperti magnesium dam potassium, ia juga membantu merehatkan badan.

4. Pengambilan Vitamin

    a) Vitamin B - B3 (Niacin) membantu REM Sleep.
                            B6 membantu badan menghasilkan serotonin (hormon penenang)

    b) Suplemen Kalsium dan Magnesium - Menyediakan badan untuk tidur

    c) Vitamin D - Memperbaiki tidur

Sunday, 6 April 2014

TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM

Masih berkisar tentang kalsium, memandangkan April adalah bulan Kalsium bagi penggemar Shaklee, mari kita lihat pula siapakah individu yang dikatakan kekurangan kalsium dan perlukan kalsium tambahan dalam diet seharian mereka.

Antara tanda-tanda kekurangan kalsium adalah seperti berikut;

  • Sakit pinggang atau punggung
  • Haid yang lebih lama bagi wanita
  • Gugup, cemas dan mudah marah
  • Insomnia (Sukar untuk tidur)
  • Tekanan darah tinggi
  • Denyutan jantung lebih cepat
  • Sakit kepala
  • Cramp di bahagian kaki
  • Sakit gigi atau gigi berlubang
  • Kuku rapuh

Jadi jika kita mempunyai tanda-tanda di atas, lebih baik mengambil langkah bijak untuk memastikan keadaan tidak menjadi lebih buruk. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

mazlen 0139334920

Sharing is caring


Friday, 4 April 2014

KALSIUM UNTUK TULANG KUAT

Sempena promosi Shaklee pada bulan April masih berlangsung, saya ingin kongsikan seberapa banyak maklumat berkenaan kalsium, kenapa? Kerana saya mahu kita sama-sama mendapat keuntungan, badan sihat, duit pun jimat.

Berapakah kuantiti kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan kita?

Pengambilan kalsium setiap hari mestilah tidak melebihi 2500mg.

Jika mengambil makanan yang berkalsium tinggi beserta suplemen kalsium, pastikan jumlah kalsium yang diambil tidak melebihi 2500mg. Kerana kalsium yang berlebihan, tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.

Cara pengambilan suplemen kalsium;


  • Periksa kandungan atau kuantiti kalsium sama ada cukup untuk keperluan harian atau tidak.
  • Kebiasaannya kalsium bergabung dengan unsur karbonat atau sitrat. Kalsium karbonat lebih murah manakala kalsium sitrat adalah pilihan yang lebih baik untuk orang dewasa kerana dapat mengurangkan asid perut.
  • Walaubagaimanapun, kalsium sitrat hanya mengandungi kandungan kalsium yang lebih rendah berbanding kalsium karbonat, jadi ia perlu diambil dengan dos yang lebih tinggi.
  • Pengambilan suplemen kalsium hendaklah disertakan dengan segelas besar air atau bersama / selepas makan.
  • Untuk meningkatkan penyerapan kalsium, jangan ambil dos yang banyak dalam satu-satu masa, lebih baik diambil 2 tau 3 kali sehari.
Sharing is caring.

Jom dapatkan suplemen Shaklee bersama saya;

mazlen 0139334920

Thursday, 3 April 2014

KALSIUM UNTUK IBU HAMIL

"Asal mengandung je tercabut sebatang gigi". Saya pernah mengenali individu yang berpengalaman sebegitu, malah jika tidak silap saya anaknya seramai 5 orang, jadi dia telah kehilangan 5 batang gigi gerahamnya.

Jika dulu saya tidak tahu mengapa ia terjadi, dan menganggap ia sesuatu yang remeh. Tetapi setelah berpengalaman menjadi seorang ibu, saya sedari bahawa masalah tersebut berpunca daripada kekurangan pengambilan kalsium semasa hamil.

Semasa hamil, kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi janin yang kuat, serta untuk pertumbuhan jantung, saraf dan otot yang sihat. Malah kalsium juga penting untuk keperluan denyutan jantung yang normal dan dalam keupayaan penggumpalan darah (blood clotting).

Berapakah kuantiti kalsium yang diperlukan?

18 tahun ke atas - 1000mg (sebelum, semasa dan selepas hamil)

18 tahun ke bawah - 1300mg

Walaupun setelah melahirkan anak dan tempoh penyusuan selesai, pengambilan kalsium masih perlu dititikberatkan.

Ambillah suplemen kalsium dari Shaklee yang dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang maksimum oleh tubuh badan.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee sempena promosi April 2014.

mazlen 0139334920

Friday, 27 September 2013

CARA PENGAMBILAN PIL KALSIUM

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

KALSIUM sangat sinonim dengan kesihatan gigi dan tulang. Tanpa kalsium atau kekurangan kalsium akan menyebabkan kekuatan gigi dan tulang terjejas.

Kalsium boleh diambil dari pelbagai bentuk, dalam bentuk makanan, minuman atau pun pil. Makanan yang mengandungi kalsium adalah seperti badam, keju, kekacang, lobak, brokoli dan lain-lain lagi, manakala minuman yang mengandungi kalsium adalah susu lembu, susu kambing dan susu soya. Tetapi pada masa kini, kalsium juga boleh didapati dalam bentuk pil.

Apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah, bagaimana untuk memastikan kalsium yang diambil dapat diserap secara optimum oleh tubuh badan kita ? Mungkin jumlah makanan yang diambil cukup berdasarkan kandungan kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan tetapi mampukan tubuh badan menyerap kesemua klasium yang diambil?

Untuk penyerapan kalsium secara optimum, kalsium memerlukan kehadiran vitamin D dan magnesium. Kenapa? Magnesium mengasimilasikan kalsium untuk diserap oleh tulang, dengan erti kata mudahnya, magnesium membantu menghantar kalsium kepada tulang. Manakala Vitamin D pula membantu penyerapan kalsium secara optimum oleh tulang.

Ia boleh diumpakan seperti kisah rumah, emas, lori dan kunci;

rumah (tulang)


emas (kalsium)


lori (magnesium)


kunci (vita d)



Lori diperlukan untuk menghantar emas ke rumah, jika tiada lori, emas tidak dapat dihantar, manakala jika tiada kunci, emas yang dihantar tidak dapat memasuki rumah. Jadi lori dan kunci mesti ada untuk memastikan penghantaran emas ke rumah berjaya.

Kesimpulannya, jika kita mengambil kalsium, pastikan ia disertakan dengan magnesium dan vitamin D.

Untuk produk kalsium yang kami tawarkan dan yang pastinya lengkap dengan magnesium dan vitamin D, KLIK DI SINI

Hubungi saya untuk maklumat harga dan rundingan istimewa secara percuma;

mazlen | 0139334920

mamadhiya
sihat adalah kaya