Showing posts with label ANAK SUKA SAYUR. Show all posts
Showing posts with label ANAK SUKA SAYUR. Show all posts

Tuesday, 3 March 2015

MULTIVITAMIN KANAK-KANAK

Vitalea for children sudah dipasarkan semula bermula bulan lepas. Ia diberhentikan seketika untuk penambahbaikan atau diformulasikan semula. Dengan kata lain, vitalea kids yang baru ini adalah formulasi baru dan lebih baik.

Multivitamin  dan multimineral untuk kanak-kanak shaklee ini diambil sama seperti vitamin C chewable. Jadi memang mudah di ambil oleh kanak-kanak yang sememangnya sukar untuk menelan pil. Rasanya juga boleh diterima kanak-kanak iaitu ada sedikit rasa manis.

Bulan ini shaklee masih menawarkan pembelian 3 botol dan free sebotol untuk Vitalea for Children ini, tetapi jika ingin membeli satu botol juga tiada masalah. Cuma hubungi saya untuk rundingan yang seterusnya.

nurmazlen 0139334920
Cod Bera, Traing, Temerloh, mentakab
Courier around malaysia
VITALEA PROMOSI, VITALEA MURAH
VITALEA FOR CHILDREN

Thursday, 21 November 2013

MELATIH ANAK SUKA MAKAN SAYUR

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Sayur ibarat racun bagi kanak-kanak. Pantang nampak sayur, terus terbantut selera mereka.

Seawal 6 bulan, anak-anak kita sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pepejal seperti sayur, buah-buahan, nasi dan lain-lain lagi. Tetapi makanan pepejal tersebut perlulah dilembutkan terlebih dahulu. Salah satu kaedah untuk cuba untuk melatih anak suka akan sayur adalah dengan memperkenelakan sayur-sayuran terlebih dahulu daripada buah-buahan bermula usia mereka masih kecil. Kenapa? Dipercayai bahawa jika anak-anak diperkenalkan dengan rasa manis buah terlebih dahulu, mereka akan menolak rasa sayur.

Antara sayur-sayuran yang baik untuk anak-anak adalah

*Saleri - saleri biasanya dijadikan sebagai penambah perisa dalam sup atau bubur. Walaupun sekadar penambah perisa, sebenarnya saleri kaya dengan kalsium dan fosforus.

*Bayam - Samada bayam merah atau hijau, kedua-duanya kaya dengan vitamin A(betakarotein), B, C, asam folat, fosforus, mangan dan zat besi yang bagus untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak.

*Labu siam - juga kaya dengan kalsium dan fosforus

*gambar hiasan*


*Brokoli - Hijau dan sedap bukan. Ia kaya dengan kalsium dan asam folat.

*Tomato - Warnanya sangat menarik dan daripada warnanya kita boleh mengagak bahawa ia kaya dengan vitamin c dan likopen(sejenis antioksida)

Sebagai ibu bapa, pemakanan anak-anak sangat perlu dititikberatkan. Badan dan minda yang sihat bermula dengan makanan yang baik.

We SHARE because we CARE

Untuk maklumat makanan tambahan yang berkualiti untuk anak-anak kita sila KLIK DI SINI

mazlen 0139334920