Showing posts with label CoQ10. Show all posts
Showing posts with label CoQ10. Show all posts

Tuesday, 3 September 2013

INFO TENTANG KOENZIM Q10

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Koenzim Q10 ( CoQ10 ) adalah zat makanan larut lemak yang hadir aemulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun ia lebih banyak ditemui dalam organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak seperti JANTUNG, HATI, BUAH PINGGANG dan PANKREAS.

Tanpa CoQ10, sel-sel tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

Antara fungsi-fungsi CoQ10 adalah seperti berikut;



1. Membantu mnegukuhkan otot-otot jantung
2. Menyokong keupayaan mengepam darah ke seluruh tubuh
3. Menyokong pertalian antara salur darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah yan sihat/normal.
4. Antioksidan yang kuat, membatu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah ke jantung.

KEPERLUAN HARIAN CoQ10 adalah sebanyak 28mg untuk setiap individu. Jadi untuk dapatkan CoQ10 daripada makanan harian, kita perlu makan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli untuk mendapat jumlah CoQ10 yang mencukupi untuk keperluan badan kita.

SAYANGI DIRI KITA DAN KELUARGA

mazlen 0139334920 PM, whatsapp, wechat

mamadhiya
sihat adalah kekayaan

Monday, 2 September 2013

CARA MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Jantung adalah salah satu organ penting dalam tubuh kita. Tapi tahukan bagaimana untuk memelihara kesihatan organ tersebut. Di sini saya kongsikan bagaimana cara menjaga kesihatan jantung agar kesihatan kita tidak terjejas dan dapat menjalani hidup dengan lebih sihat.

1. Perbanyakkan kegiatan spiritual seperti menghadiri kegiatan keagamaan dan meditasi. Kegiatan seperti ini dikatakan dapat menormalkan denyutan jantung dan dapat mengurangkan stress. Dan satu lagi aktiviti adalah lakukan aktiviti kreatif yang diminati seperti melukis, mewarna atau apa-apa sahaja yang dapat mengekpresikan diri.

2. Menahan marah; marah boleh menyebabkan pembuluh darah mengecil dan seterusnya menyebabkan  jantung berdegup kencang, serta mengentalkan dan menggumpalkan darah. Jadi cuba kawal perasaan marah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan jauhi perkara yang menyebabkan kemarahan yang terjadi.

3. Fokus pada satu pekerjaan sahaja; Jangan melakukan banyak perkara dalam satu masa, cuba lakukan kerja dengan teratur iaitu melakukan satu perkara sahaja dalam satu masa.



4. Hindari menonton berita-berita atau cerita-cerita yang tidak baik supaya suasana hati akan jadi lebih tenang dan baik.

5. Mengawal perasaan; lebihkan kepada kegembiraan dan ketawa kerana pembuluh darah akan relax dan meningkatkan aliran darah kepada 25%.

6. Tidur yang cukup. Menurut Marwick Mdical School, wanita yang tidur 5 jam atau kurang dalam sehari berisiko 2 kali ganda akan menghidapi hipertensi daripada mereka yang tidur 7 jam atau lebih.

7. Mendengar muzik yang menenangkan juga dapat melebarkan arteri.

Kita hanya ada satu jantung, sayangi jantung kita.

Klik DI SINI untuk melihat produk untuk kesihatan jantung

mamadhiya
sihat adalah kekayaan

mazlen | 0139334920