Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Tuesday, 10 June 2014

PANTANG SEMASA HAMIL

Bukan waktu lepas bersalin sahaja ada pantang, semasa hamil juga ada pantangnya, terutamanya dari segi makanan. Walaupun tidak seketat pantang semasa selepas melahirkan, ada beberapa  jenis makanan yang perlu dielakkan untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi terpelihara.

Yang pertama sekali adalah MAKANAN MENTAH, hal ini kerana makanan mentah  boleh menyebabkan; 
i. Cirit birit - yang mana biasanya disebabkan bakteria salmonela yang terkandung dalam ayam mentah, daging mentah serta telur mentah.
ii. Jangkitan cacing daripada ikan mentah, mungkin tidak memudaratkan bayi secara langsung tetapi cacing berupaya memakan zat-zat yang diperlukan oleh bayi.
iii. Toxoplasmasis - penyakit yang disebabkan oleh parasit dalam daging mentah serta sayur-sayuran yang tidak dicuci sempurna yang mana boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius pada bayi
iv. Keguguran, kelahiran pramatang dan keracunan - salah satu sebabnya adalah bakteria listeria yang terkandung dalam keju atau susu yang tidak dipasteur dengan sempurna.

Seterusnya adalah VITAMIN A. Pengambilan vitamin a melebihi 5000ui boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung serta saraf bayi. Jadi pilihan bijak untuk mendapatkan beta karotena adalah dari sumber lobak merah dan elakkan vitamin A daripada sumber haiwan seperti hati.

RAKSA juga mendatangkan bahaya kepada bayi kerana ia mampu merosakkan bayi. Jadi elakkan ikan-ikan seperti tuna, markerel atau ikan-ikan bersaiz besar kerana ikan yang besar lebih banyak mengandungi raksa.

Kencing manis juga sering menyerang ibu hamil, jadi puncanya adalah GULA dan MAKANAN BERGLUKOSA tinggi. Ianya bahaya kerana apabila berlakunya diabetes semasa hamil, berat bayi akan bertambah dan akan berlaku kesukaran semasa kelahiran.

Kemudian adalah MAKANAN YANG DIPROSES seperti sosej kerana ia mengandungi nitrit dan nitrat yang tinggi.

KACANG TANAH mampu memberi alahan kepada bayi selepas kelahirannya. Jadi jika ada ahli keluarga yang alah dengan kacang tanah, maka ia perlu dielakkan.

Jadi pastikan kita mengambil makanan yang baik serta seimbang untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi tidak terjejas. Pengambilan suplemen yang berkualiti juga adalah langkah yang bijak.

Untuk mendapatkan suplemen shaklee dengan rundingan yang istimewa sila hubungi saya;

Nurmazlen 0139334920
Inafazlin 0199216076
COD - TEMERLOH, MENTAKAB, BERA, TRIANG
COURIER - ENTIRE MALAYSIA


Friday, 2 May 2014

STRESS! ANAK SERING DEMAM

Kesihatan anak sangat penting bukan. Bukan stress kerana bosan sering demam tetapi stress akibat risau akan kesihatan mereka. Tambahan pula apabila terpaksa bekerja ketika mereka sedang sakit atau tidak sihat, stress kerja ditambah lagi dengan kerisauan tentang anak memang membebankan fikiran. Fokus untuk bekerja juga merosot.

Sebagai ibu bapa melihat anak membesar dengan sihat adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Jadi salah satu langkah untuk memastikan sistem imun mereka kuat dan dapat mencegah dari serangan penyakit adalah dengan pengambilan vitamin dan mineral yang cukup setiap hari.

Vitamin C - meningkatkan penghasilan sel darah putih dan antibodi termasuklah antibodi interferon. Interferon akan menyelaputi permukaan sel dan menghalang kemasukan virus.

Vitamin D - mengurangkan risiko influenza

Vitamin E - merangsang penghasilan pembunuh kuman secara semulajadi yang membunuh sel serta b sel yang menghasilkan antibodi pemusnah bakteria.


Carotenoids - meningkatkan sel darah putih. Beta karotein adalah salah satu jenis carotenoids. Tubuh badan menukarkan beta karotein kepada vitamin A yang juga 'immunity booster'.

Bioflavonoids - membantu melindungi sel-sel tubuh badan dengan memenuhkan kawasan reseptor pada sel seterusnya kuman tidak dapat bertapak di situ.

Zink - juga meningkatkan penghasilan sel darah putih dan melepaskan lebih banyak antibodi.

Selenium - meningkatkan penghasilan sel sel pembunuh semulajadi.

Omega 3 - meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk memakan bakteria.


 Jadi sempena PROMOSI MEALSHAKE pada bulan ini, satu langkah bijak untuk mendapatkannya untuk anak-anak kita. Mealshake Shaklee lengkap dengan vitamin dan mineral yang dapat mebantu sistem imunisasi anak-anak dan mudah diambil serta sangat menjimatkan. Hubungi saya untuk mengetahui cara pengambilan yang betul untuk kesan yang terbaik.

Sekian, We share because We Care

mazlen 0139334920

Penghantaran percuma sekitar Temerloh dan Bera Pahang.

Tuesday, 22 April 2014

VITAMIN UNTUK SPERMA SIHAT DAN BERKUALITI

Ketidaksuburan selalu dikaitkan dengan wanita, kegagalan untuk mendapat zuriat,  serta alasan untuk menambah bilangan isteri juga dikaitkan dengan masalah daripadawanita. Tetapi sedarkah kita bahawa lelaki juga juga berisiko dan juga penyebab kegagalan untuk mendapat zuriat ? Dan jarang sekali lelaki rela untuk memeriksa tahap kesuburan mereka.

Salah satu masalah kesuburan lelaki adalah kualiti sperma yang tidak sihat. Sperma yang sihat akan melahirkan bayi yang juga sihat yang mana ia juga bergantung kepada kesihatan ibu dan bapanya.

Selain daripada  berat yang ideal dan kawalan emosi yang stabil serta diet yang seimbang, beberapa jenis Vitamin  juga boleh membantu kesihatan sperma yang dihasilkan oleh individu lelaki.

VITAMIN C

Vitamin C kaya dengan antioksida yang dapat membantu melindungi DNA sperma, juga mengurangkan kerosakannya semasa ejakulasi.

VITAMIN D

Pengambilan Vitamin D setiap hari dapat membantu kesihatan sperma termasuklah kuantiti sperma, pergerakan sperma serta kualiti sperma.

ASID FOLIK

Asid folik atau folate membantu melindungi sperma daripada ketidaknormalan genetik. Kekurangan asid folik juga menyumbang kepada kekurangan bilangan sperma.

VITAMIN E

Juga mengndungi aktioksida yang membantu kesihatan sperma, serta kebolehan sperma untuk berenang kepada ovum. Ada kajian yang menyatakn bahawa mereka (lelaki) yang mengambil vitamin e setiap hari mempunyai peluang kehamilan yang tinggi. Hal ini kerana Vitamin E mencegah struktur lemak didalam sel - sel sperma daripada kerosakan dan kemusnahan.

Jadi pengambilan Vitamin adalah salah satu usaha untuk membantu menghasilkan sperma yang sihat serta membantu menjaga kesihatan tubuh badan. Tetapi kita perlu sedar, pengambilan vitamin yang berkualiti juga penting jika tidak vitamin yang kita beli atau makan hanyalah usaha yang sia-sia.

Shaklee adalah pengeluar Vitamin yang berkualiti dan dipercayai dari dulu lagi. Untuk mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya;

mazlen 0139334920

cod area bera dan Temerloh

Tuesday, 15 April 2014

VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN B5

Entri sebelum ini saya kongsikan tentang kebaikan VITAMIN A untuk mengatasi masalah jerawat. Sebenarnya kita mempunyai 8 Vitamin yang bagus dalam membantu masalah jerawat pada kulit kita. Dan yang seterusnya adalah vitamin B5.

Vitamin B5 atau juga dikenali dengan patothenic acid diperlukan untuk metanolisme lemak, karbohidrat dan protein. Vitamin B5 boleh diperolehi daripada daging, gandum, bijirin, yogurt dan telur.

Keupayaan Vitamin B5 untuk membantu masalah jerawat telah ditemui pada tahun 1995, dimana 2 tindakan utamanya adalah;


  • Mengurangkan saiz liang roma
  • Menguragkan simptom-simptom jerawat oleh kandungan Coenzim A nya yang mana ia mengurangkan pengahsilan sebum.

Oleh sebab itu cadangan suplemen untuk membantu masalah jerawat dimasukkan Vitamin B Complex.

Untuk mendapat produk Shaklee yang hebat, sila hubungi saya;

mazlen 0139334920

Thursday, 10 April 2014

KELEBIHAN ZINK UNTUK TUBUH BADAN

Zink adalah salah satu sumber mineral yang juga diperlukan oleh tubuh badan. Walaupun ia tidak sepopular Vitamin C, Zink sebenarnya memainkan banyak peranan dalam tubuh kita. Tidak popular tidak bermakna ia tidak perlu diendahkan.

Zink diperlukan oleh tubuh badan kita untuk meng 'catalize' kan hampir 100 jus enzim. Malah zink memainkan peranan penting dalam fungsi imunisasi, sintesis protein, penyembuhan luka, sintesis DNA dan pembahagian sel dalam tubuh kita.

Selain itu Zink juga membantu pertumbuhan anak yang sihat semasa hamil, kanak-kanak dan remaja. Bukan itu sahaja Zink turut diperlukan dalam sistem deria rasa dan bau.

Kita perlu mengambil Zink setiap hari daripada sumber makanan kerana badan kita tidak mempunyai kelebihan untuk menyimpan Zink.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan Zink Complex Shaklee yang hebat!

mazlen 0139334920


Friday, 6 December 2013

PERBEZAAN MINYAK MASAK DI PASARAYA

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Hari ini, di kawasan kediaman saya di Bera Pahang masih mendung dan daripada tinjauan pihak yang dipercayai, air sungai Pahang semakin naik di daerah ini. Banyak jalan-jalan yang telah ditutup untuk tujuan keselamatan. Alhamdulillah rumah sewa kami bukan berada di kawasan yang mudah banjir, dan saya masih boleh keluar ke pasaraya yang berhampiran. Walaubagaimanapun, ada satu kawasan yang menghubungkan rumah kami dengan pasaraya sedang dinaiki air. Semasa saya melaui kawasan itu tadi, air sudah mencecah pinggir jalan. Jika jalan tersebut dinaiki air dan laluan untuk kenderaan ditutup, maka rumah sewa kami, terkepung dan kami tidak dapat kemana-mana lagi.

Saya berniat untuk memasak sup ayam untuk anak saya pada hari ini, setibanya di kawasan minyak masak, kelihatan minyak sawit sudah habis, tetapi itu tidak merisaukan saya kerana saya bercadang untuk membeli minyak zaitun. Tetapi di situ terdapat pelbagai jenis minyak zaitun, ada yang mild dan ada yang hard. Apa perbezaannya ? Warnanya pula tidak seperti minyak masak biasa, cuma harganya agak mahal berbanding minyak sawit dan minyak jagung serta minyak biji bunga matahari. Maka di sebabkan saya takut rasanya tidak sedap, saya terus membeli minyak campuran jagung dan biji bunga matahari kerana pernah dengar tentang iklannya di radio.

Setibanya saya dirumah, baru saya terfikir lagi, kenapa tidak membeli minyak zaitun ? Disebabkan kurang arif berkenaan minyak-minyak ini, saya cuba mencari perbezaan antara minyak-minyak tersebut.



Minyak bunga matahari

Mengandungi lemak tepu yang sangat rendah yang bagus untuk kesihatan jantung berbanding minyak sawit dan minyak jagung. Warnanya sangat jernih dan cair pada suhu bilik, tidak seperti minyak sawit yang agak likat. Malah ia tidak merosakkan rasa makanan dan kaya dengan Vitamin A, D, E dan C. Ia dapat meningkatkan stamina dan menurunkan kolestrol serta sesuai untuk pesakit diabetis.

Munyak jagung

Mengandungi lemak tepu yang lebih rendah berbanding minyak sawit dan biasanya digunakan untuk menggoreng. Dan dinasihatkan agar jangan menggunakan minyak ini telalu panas dan digunakan berulang kali kerana dikhuatiri khasiatnya berkurangan. Juga mengandungi phosphatides positif yang memepengaruhi jaringan otak, pro-vitamin A dan E yang tinggi, lesitin iaitu antioksida yang aktif serta asid lemak omega 6 yang baik untuk kulit. Malah boleh membantu pesakit diabetes, obesiti dan menurunkan kolestrol. Juga dikatakan dapat mengurangkan ketegangan saraf, keletihan, meningkatkan metabolisme dan meningkatkan warna kulit.

Minyak zaitun 

Sememangnya mengandungi lemak tepu yang rendah, tetapi mengandungi kandungan lemak mono tak tepu lebih tinggi berbanding minyak jagung. Dan dikatakan makanan yang dimasak menggunakan minyak zaitun kurang enak, namun ia mempuyai pelbagai kelebihan dari sudut kesihatan. Minyak zaitun bleh digunakan berulang kali untuk memasak kerana ia tidak teroksida, tidak menjadi tepu serta tidak akan berubah warna dan bau. Malah perut akan terasa ringan dan puas apabila mengambil makanan yang mengandungi minyak ini kerana penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mengandungi pelbagai zat yang bermanfaat. Ia tidak sesuai untuk menggoreng. Ia membekalkan Vitamin E yang tinggi dan membantu menghindarkan penyakit kardiovaskular.

Jadi saya harap, apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan bersama.

mazlen 0139334920

Thursday, 5 December 2013

LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BANJIR

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Hari ini 5 haribulan Disember 2013, keadaan banjir di negara kita semakin buruk. Kepada mereka yang ditimpa musibah, semoga masih dalam lindungan Allah dan bersabar dengan dugaan ini. Tetapi kepada mereka yang masih bersenang lenang di rumah dan seronok bermain air banjir, jangan terlalu leka, bahaya boleh datang bila-bila masa sahaja.

Semasa keadaan banjir, pelbagai penyakit juga boleh merebak. Antaranya adalah taun, hepatitis A, demam kepialu dan leptospirosis. Walaubagaimanapun, kebiasaanya mangsa-mangsa banjir akan terkena penyakit taun. Jadi untuk mengelakkan penyakit-peyakit ini hinggap pada mangsa-mangsa banjir, pelbagai langkah keselamtan harus dipatuhi.

Antaranya ialah;


  • Jangan menggunakan air yang tercemar untuk memasak, memberus gigi, mencuci pinggan mangkuk dan membuat ais
  • Minum air yang dibotolkan, dimasak atau yang telah dirawat
  • Bekas penyimpanan air henadaklah dicuci dengan bahan pencuci dan dibilas dengan bersih
  • Makanan yang tekena banjir mesti dielakkan
  • Jika mendapat luka yang tercemar dengan air banjir, cuci dengan air panas atau air yang dirawat, sapukan antiseptip dan balut dengan kain bersih. Jika luka semakin teruk dapatkan rawatan doktor.
  • Sentiasa pakai but getah dan sarung tangan kalis air sewaktu melakukan kerja-kerja pembersihan.
Jadi berhati-hati semasa banjir ye.

mazlen 0139334920

Untuk mendapatkan produk kesihatan yang dapat meningkatkan sistem imunisasi anak-anak sila  KLIK DI SINI

Tuesday, 26 November 2013

TREADMILL BERBALOI ATAU MERUGIKAN

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Pernahkah anda terfikir untuk membeli alat senaman seperti TREADMILL dan letakkan ia di dalam rumah sendiri?

Untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan atau untuk mengkalkan kesihatan tubuh badan. Apa pun tujuannya ia sebenarnya baik untuk kesihatan.

Jika berniat membeli sesebuah alat senaman pastikan ia digunakan secara maksimum kerana harganya bukan seringgit dua, tetapi memerlukan kos ribuan ringgit. Ia boleh dibeli secara tunai atau ansuran kredit kad tanpa faedah.

Untuk seorang perempuan atau wanita, mempunyai alat senam di rumah sendiri sememangnya memudahkan. Tidak perlu bertudung dan hanya memakai pakaian harian yang sesuai sahaja untuk bersenam. Jika mempunyai anak kecil, kita tidak bimbang untuk mencari penjaga untuk menjaganya. Malah boleh bersenam sambil menonton rancangan kegemaran kita. 

Untuk mengurangkan berat secara sihat bukan sesuatu yang mudah dengan gaya hidup masa kini yang dikelilingi pelbagai makanan yang mengiurkan di negara kita. Walau apa pun, jika kita berazam, In Shaa Allah kita akan berjaya.

Jom bersama-sama mengurangkan beray secara sihat. Kita lakukan bersama, mungkin lebih seronok.

Dan jangan lupa ambil suplemen yang bagus untuk kurangkan berat, tetapi ingat jangan ambil UBAT KURUS. BAHAYA!

Jog for our life.

mazlen 0139334920