Showing posts with label KUALITI. Show all posts
Showing posts with label KUALITI. Show all posts

Friday, 6 June 2014

CARA MEMILIH BREAST PUMP

Sebelum membeli apa-apa barang, kebiasaanya saya akan survey di blog-blog, termasuklah untuk membeli breast pump. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan jika kita ingin membeli breast pump, memandangkan harganya bukanlah sekitar 2 ke 3 ringgit.

Kesesuaian breast pump juga bukan lah sama untuk setiap individu, jadi apabila membeli juga kita haruslah tidak terikut-ikut dengan trend dengan membeli breast pump yang mahal. Jadi jika kita berkesempatan dan mempunyai masa terluang, lebih baik mencuba dahulu kerana skarang sudah ada pusat penjualan breast pump yang menyediakan perkhidmatan untuk mencuba dahulu breast pump yang dijual. Salah satu kedainya dalah PUMPONTHEGO. Bukan sahaja boleh mencuba, malah mereka juga menyediakan perkhidmatan menyewa breast pump. 

Antara ciri-ciri yang dititikberatkan semasa membeli breast pump adalah ;

1. Harga - jangan terikut-ikut dengan jenama yang mahal kerana kesesuaian setiap individu tak sama

2. Pilih suction yang sesuai dengan payudara kita - itu pentingnya cuba dahulu sebelum membeli

3. Berat - pilih yang mudah dibawa jika terpaksa membawanya ulang alik dari office  ke rumah setiap hari. Sekarang sudah banyak breast pump yang ringan dan berkualiti

4. Sumber tenaga - manual, elektrik, bateri atau power bank. Tidak semua breast pump mempunyai ciri yang sama. 

5. Leher botol - ada breast pump yang menggunakan leher botol biasa dan leher botol yang lebar, tetapi jangan risau untuk yang menggunakan leher botol yang lebar, ada dijual sambungan untuk penggunaan leher botol biasa

6. Singgle pump atau double pump - untuk yang mahu mengepam dengan cepat digalakkan menggunakan double pump kerana ia dapat menjimatkan masa.

Jadi, buat pilihan yang tepat supaya breast pump yang dibeli dapat digunakan dengan sempurna dan tidak membazirkan wang.

Sekian;

Untuk mendapatkan rangkaian suplemen Shaklee, sila hubungi saya.

Nurmazlen Mohd Johar 0139334920
Cod in Temerloh, Bera, Triang, Mentakab
Courier around Malaysia

Monday, 25 November 2013

KUALITI DAN KUANTITI

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Kualiti berbanding kuantiti, apa pendapat anda? dan Benarkah yang berkualiti itu sememangnya mahal?

Saya suka sesuatu yang berkualiti bukan bermakna saya suka sesuatu yang mahal. Tidak semua barang yang mahal itu berkualiti bukan? Apa yang saya suka adalah membeli sesuatu yang berkualiti berpadanan dengan harganya. Walaupun  dengan harga yang sama saya boleh dapat barang yang sama dengan kuantiti yang banyak tetapi kualitinya kurang. Maksud saya adalah jenama yang berbeza. 

Contohnya susu kanak-kanak, terdapat pelbagai jenama di pasaran. Jadi sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita bukan. Walaupun kita nampak secara fizikalnya sama (putih), tetapi kandungannya bebeza mengikut kualiti dan jenamnya.

Pada pendapat saya, biarlah membayar lebih sedikit untuk mendapatkan produk yang berkualiti berbanding mendapat kuantiti yang banyak. Bagaimana pula pendapat anda? 

'ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI'