Penyakit atau serangan jantung sangat sinonim dengan masyarakat kita kerana kebanyakan sumber makanan di negara kita berlemak dan enak dinikmati. Serangan jantung berkait rapat dengan kandungan kolestrol dalam salur darah kita. Semakin tinggi kolestrol, semakin cerah peluang kita untuk diserang penyakit jantung.
Walaubagimanapun, makanan yang ada disekeliling kita ada yang mampu mencegah kita daripada terkena serangan sakit jantung. Seperti yang kita tahu, pengambilan diet yang seimbang adalah salah satu langkah dalam mengurangkan risiko serangan jantung.
Antara makanan yang perlu diambil untuk mencegah sakit jantung adalah makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3, seperti oat, ikan salmon, avocado dan minyak zaitun. Makanan seperti ini dikatakan dapat merendahkan kolestrol dalam tubuh dan mencegah saluran darah daripada tersumbat. Selain itu, buah beri seperti strawberi, beri biru dan rasberi yang terkenal dengan kandungan antioksida yang tinggi, juga membantu dalam kesihatan salur darah. Mereka yang menggemari bayam sangat bertuah kerana bayam membantu mengekalkan degupan jantung yang normal kerana ia kaya dengan lutein, folat, kalium dan serat. Dan yang terakhir adalah kacang soya. Soya juga dapat mengurangkan kolestrol kerana ia rendah lemak tepu malah sumber protein yang baik untuk kesihatan jantung. Tetapi harus ingat, pilih soya yang organik dan bukan yang telah diproses kerana ianya mengandungi garam tambahan yang boleh menyebabkan kenaikan tekanan darah tinggi.
Jadi makanan juga memainkan peranan dalam mencegah serangan jantung. Kita juga boleh mengambil suplemen yang kaya dengan omega 3 serta yang dapat mengurangkan kolestrol secara semulajadi untuk mengelakkan serangan jantung. Pilih suplemen yang semulajadi dan berkualiti seperti Suplemen Shaklee.
Untuk mendapatkan rangkaian produk Shaklee dengan rundingan yang istimewa, sila hubungi saya;
nurmazlen mohd johar 0139334920
cod temerloh bera triang mentakab
courier entire malaysia
sharing is caring
Showing posts with label JANTUNG. Show all posts

Tuesday, 3 June 2014
Monday, 2 September 2013
CARA MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Jantung adalah salah satu organ penting dalam tubuh kita. Tapi tahukan bagaimana untuk memelihara kesihatan organ tersebut. Di sini saya kongsikan bagaimana cara menjaga kesihatan jantung agar kesihatan kita tidak terjejas dan dapat menjalani hidup dengan lebih sihat.
1. Perbanyakkan kegiatan spiritual seperti menghadiri kegiatan keagamaan dan meditasi. Kegiatan seperti ini dikatakan dapat menormalkan denyutan jantung dan dapat mengurangkan stress. Dan satu lagi aktiviti adalah lakukan aktiviti kreatif yang diminati seperti melukis, mewarna atau apa-apa sahaja yang dapat mengekpresikan diri.
2. Menahan marah; marah boleh menyebabkan pembuluh darah mengecil dan seterusnya menyebabkan jantung berdegup kencang, serta mengentalkan dan menggumpalkan darah. Jadi cuba kawal perasaan marah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan jauhi perkara yang menyebabkan kemarahan yang terjadi.
3. Fokus pada satu pekerjaan sahaja; Jangan melakukan banyak perkara dalam satu masa, cuba lakukan kerja dengan teratur iaitu melakukan satu perkara sahaja dalam satu masa.
4. Hindari menonton berita-berita atau cerita-cerita yang tidak baik supaya suasana hati akan jadi lebih tenang dan baik.
5. Mengawal perasaan; lebihkan kepada kegembiraan dan ketawa kerana pembuluh darah akan relax dan meningkatkan aliran darah kepada 25%.
6. Tidur yang cukup. Menurut Marwick Mdical School, wanita yang tidur 5 jam atau kurang dalam sehari berisiko 2 kali ganda akan menghidapi hipertensi daripada mereka yang tidur 7 jam atau lebih.
7. Mendengar muzik yang menenangkan juga dapat melebarkan arteri.
Kita hanya ada satu jantung, sayangi jantung kita.
Klik DI SINI untuk melihat produk untuk kesihatan jantung
mamadhiya
sihat adalah kekayaan
mazlen | 0139334920

Subscribe to:
Posts (Atom)