Showing posts with label DIARI RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label DIARI RAMADHAN. Show all posts

Saturday, 3 August 2013

SEMUA ADA DISINI; PEKAN SARI TEMERLOH

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Pekan sari atau pekan sehari Temerloh memang sangat dikenali di Temerloh Pahang. Apa yang menariknya disitu terdapat pelbagai keperluan makanan atau harian. 

Saya tidak ketinggalan memgunjunginya pada hari ini. Memandangkan hari ini adalah hari Ahad terakhir sebelum menjelang hari Raya Aidilfitri, maka bertambah meriahlah suasana di Pekan Sari tersebut. Dengan bermulanya cuti sekolah dah kehadiran peniaga yang semakin ramai kerana menjual kudap-kudapan tradisional untuk hari Raya nanti. Mungkin ditempat lain anda tidak akan jumpa suasana sebegini, peniaga membawa bertong-tong kuih seperti maruku, kuih goyang, tempeyek, putu kacang, bahulu dan macam-macam lagi yang masih belum dipeketkan lagi. Sangat meriah. Rugi tak ambil gambar tadi.

Pekan sari tersebut bermula awal pagi kerana setibanya saya pada jam lebih kurang pukul 8:00 pagi tadi, parking sudah penuh dan keadaan sudah sesak dengan orang ramai. Saya pergi kesana mencari bahan mentah untuk berbuka puasa nanti kerana banyak pilihan yang boleh dibuat. Jika mencari pucuk-pucuk tradisional atau sayur-sayuran kampung, datang lag ke sini, memang anda tidak akan hampa, In Shaa Allah.

Sharing is caring
mamadhiya
(^_^)


Monday, 29 July 2013

SHOPPING RAYA at SOGO KUALA LUMPUR

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Pengalaman membeli belah bersama suami untuk raya tahun ini. Tempat yang saya kunjungi adalah SOGO, KLCC dan The Curve Damansara. Saya pergi ketiga-tiga tempat tersebut dalam masa tak sampi pun satu hari.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 8:20 pagi dan tiba di stesen LRT gombak jam 10:00 pagi. Sekarang LRT Gombak telah menyediakan parking bertingkat yang lebih selesa dan selamat untuk para pelanggannya. Jadi untuk meninggalkan kereta disitu kita akan berasa lebih yakin dengan tahap keselamatannya.

Setibanya di Sogo, Alhamdulillah, masih belum terlalu sesak. Tetapi, tidak lama kemudian orang ramai mula membanjiri dalam kompleks membeli belah tersebut. Kami berjaya membeli apa yang kami rancangkan. Lebih kurang jam 12:00 kami bergerak ke jalan Tar, tetapi memandangkan keadaan terlalu sesak, kami terus tukar haluan ke KLCC.



Keadaan di KLCC juga sama, tetapi lebih kepada waktu petang orang ramai mula memenuhi KLCC tersebut.

Seterusnya, kami terus ambil kereta di Gombak dan terus ke The Curve yang berhadapan dengan Ikea. Saya berjaya membeli shawl di street antara the Curve dan E Curve, dan meja untuk si kecil yang ditinggal dengan Mamalongnya.

Alahmdulillah, semua barang yang dihajatkan dapat dibeli cuma kasut Dhiya sahaja yang agak kecil dan perlu dicari ganti. Siapa nak beli kasut ni? Saiz 4k



Jika berminat boleh hubungi saya.




Saturday, 20 July 2013

Fadzley Zahhari with his F also.

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Hi..semalam saya berbuka di Putrajaya. Papa belanja sebab dia menyertai Kelab MFC. Rugilah kalau saya tak ikut kan. Jadi walaupun saya tak ambil tahu sangat tentang kelab tersebut, saya dan Dhiya tetap menyokong dan menyibuk juga di situ.hehe

Punya awal bertolak dari sini, macam la Putrajaya tu jauh sangat kan. Dari pagi saya pakai baju kurung, sebab bertemakan baju raya. Tak tau la ada bau ke tak bila dah sampai ke sana nanti. hehe
Tapi bukan pegi mana pun, duduk dalam kereta je.

Ramai juga yang menyertai majlis berbuaka puasa MFC ni, tak silap saya la rasanya terdapat 73 buat kereta yang menyertai majlis kali ni. Eh bukan kereta yang berbuka puasa, tapi setiap kereta membawa satu kelurga, jadi ramai la kan. Dapatlah saya bertkenalan dengan rakan-rakan baru. Rupanya kelab macam ni pun banyak faedahnya bukan hanya sekadar kereta.hehe

keuarga FMC

MFC
tq papa, lain kali bawa kami lagi ye. ;)





Monday, 15 July 2013

Kurang pahala puasa ku

Hmm sangat la stress dan tertekan apabila murid tak dapat jawab soalan senang. 1+7 pun tak tahu. Mereka yang tak sakit hati memang orang yang penyabar tapi saya cukup tak tahan hari ni, suara mengajar macam halilintar dah ni. Salah saya ke mereka tak pandai mengira. Sampai satu tahap saya biarkan sahaja mereka dahulu. takut nanti habis dikerjakan oleh saya nanti.

mereka sangat berbeza berbanding kelas pertama. Susah sangat nak fahan apa yang diajar, kadang terfikir apa yang ada dalam otak mereka sehingga susah sangat nak ingat apa yang diajar. Kalau esok saya tanya apa yang telah kita belajar hari ini pun mereka tak boleh nak bagi tahu. Latar belakang mereka berbeza-beza.

Nak je saya bagi makan omegaguard tapi takut plak kang ibu bapa kata saya bagi makan benda yang bukan-bukan. Ish tak tahu la, sampai bila saya mampu bertahan. Saya tahu mereka juga manusia yang perlukan pelajaran tapi dimanakah peranan ibu bapa dalam hal ini. Ada yang pergi sekolah dengan tiada sebarang alat tulis. Sekarang bukan bulan January tapi sekarang dah hampir menjelang akhir tahun, masih keadaan yang sama. Tiada perubahan.

Semoga Allah memberikan kesabaran untuk mendidil anak-anak bangsaku ini..

Saturday, 13 July 2013

5 Ramadhan 1434

Teks : Nurnazlen Mohd Johar

Alhamdulillah, kami selamat bersahur hari ni. Al maklum la kat rumah mak saya, nyaris juga tak bersahur lagi hari ni, nasib baik mak kejutkan. 

Hari ni sahur beramai-ramai, berselera je orang lain bersahur, saya tak berapa selera sangat nak makan nasi sebab rasa macam tak kena ke je kan. Jadi minum air jela, air 'special' seperti biasa iaitu Cinch caffe latte + ESP dan air masak. 

Dhiya mesti nak tmpang sahur jugak, lepas je bersahur, Dhiya terjaga nak susu, lepas tu boleh pulak layan Upin Ipin kat Ipad. Sementara mama ngan papa nak tunggu azan subuh boleh la layankan  kalo tak, bolayan..hehe 

Papa Dhiya masih 'On call', jadi apabila ada panggilan terpaksa la pergi bekerja. Dia bukan lah doktor tau. Bukan doktor je yang ade 'on call' tu, kerja dengan TNB pun ade masa 'on call' nya. Semalam rehat sebab mungkin semua bekalan elektrik di daerah Bera dalam keadaan ok, tapi pagi ni dah dapat panggilan. 

Papa Dhiya bekerja di bukan bekerja dalam pejabat, kerjanya boleh dikategorikan sebagai kerja berat. Jadi untuk bulan puasa ni, sahur memang sangat penting. Nak pulak dia juga mudah terkena gastrik. Untuk elakkan gastrik menyerang, masa sahur makan nasi, ostematrx untuk elak gastrik dan performance drink untuk tenaga dan pengawalan bendalir badan. Alhamdulillah setakat ni masih belum kena gastrik lagi.

Suplement Shaklee jadi pilihan kami sekeluarga. Bermula dengan jadi ahli untuk makan sendiri, saya tergerak hati untuk membantu orang lain untuk kehidupan yang lebih sihat. Tengah bulan dapat bonus. Alhamdulillah ;)

nurmazlen mohd johar

Friday, 12 July 2013

Satu kerugian di bulan Ramadhan

Sedih dan stress bila sedar hampir pukul 6. Terlepas lagi sahur hari ni. Nak kata tak kunci jam, banyak dah alarm saya setkan. Baru berangan semalam nak goreng ikan untuk sahur, nampaknya jadi angan-angan mat jenin jela. 

Walaupun tak sahur, saya mesti positifkan diri, sabab hari ni nak kemas rumah yang tunggang langgang ni, rumah kecik je tapi tu pun tak terkemas. Agak-agak kalau jadi WAHM bersih rumah ni kot. Berangan sudah, kerja sekerat hari pun macam kerja sampi ke tengah malam, dah berapa lama lantai tak dimop. hehe

Sahur selain dari dapat pahala sunat, sebenarnya saya bimbang dengan kesihatan perut encik Fadzley, kerana dia mudah kena gastrik. Harap-harap hari ni gastrik tak menyerang perut nya. Amin.

Jom mengemas. Nak start dari mana ni? 
-kutip mainan
-basuh pinggan
-sapu sampah
-lap lantai
-basuh baju
-kemas bilik

Ala tak banyak mana pun kan. Positif, positif dan positif.



3 RAMADHAN 1434

Teks : Nurmazlen Mohd Johar
Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan. Apa resepi hari ni? membeli atau memasak? Mana pilihan anda?

Hari ni ade mood untuk memasak lagi. Balik dari sekolah, singgah kedai nampak ikan Pelaling. Jadi terus terbayang 'kalau masak taucu sedap ni'. Tapi suami saya tak makan taucu, nasib baik ade sotong, jadi untuk suami saya, resepi sotong masak pedas la jawabnya. Yang penting dia boleh berbuka dengan berselera.

Lepas ke kedai terus ambil Dhiya dan terus balik rumah. Eh ada pulak suami saya balik tengah hari ni, jadi dapatlah menyidai kain dan menyiang ikan dan sotong serta buat sedikit persediaaan untuk memasak petang nanti, kalau tak mesti Dhiya akan mengikut kemana sahaja saya pergi. Tiba-tiba baru perasan minyak masak dan garam dah habis. "Papa kirim minyak dan garam tau". Kirim jela, sebab dia memang nak keluar pegi solat Jumaat kan, saya sangat tidak rajin untuk keluar semula memandangkan hari agak panas hari ni.

Jadi sekarang Dhiya sudah tidur dan saya menunggu waktu asar. Lepas asar boleh lah mula memasak. 'Master Chef Mazlen in Action' hehehe

Nanti saya sertakan resepi masakan yang saya masak. Ringkas dan mudah serta sedap di lidah saya. ;)

1 RAMADHAN 1434

Teks : Nurmazlen Mohd Johar
Ramadhan ketiga bersama suami tersayang FADZLEY ZAHHARI dan Ramadhan kedua bersama DHIYA ZAHRAA, our cute gegerl..

Sedar tak sedar masa berjalan dengan sangat pantas. Baru je lagi rasa Dhiya bersama kami berbuka puasa. Ramadhan pertama bergelar isteri saya masih diperantauan..tak jauh pun, Sabak Bernam Selangor je, tapi bila bercakap macam la jauh sangat kan. Walaubagaimanapun situasinya tetap berbeza. Dulu takyah bangun sahur pun takpe ..perut sendiri pandai-pandailah jaga kan, sekarang ade perut lain yang perlu dijaga sekali, so kena la lebih alert dengan keperluan mereka. Yang penting mereka sihat sentiasa. In Shaa Allah.

First day sahur; Nasi goreng beperencahkan perencah nasi goreng ADABI untuk suami dan untuk saya opkos la minuman kegemaran atau suplement harian saya (ESP + MEALSHAKE + PERFORMANCE DRINK + CINCH SHAKE).. Simple dan mudah. Alhamdulillah dikurniakan suami yang tak banyak kerenah dalam bab makanan ni..

Untuk Dhiya yang juga terjaga semasa waktu sahur tadi semestinya susu Isomilnya..lepas tu tidur balik. tak tau la dia berbuka pukul berapa tadi..hehehe

Setakat ni Alhamdulillah masih betenaga setelah ke sekolah, mengepos barang dan mengambil Dhiya dari rumah pengasuh..Ala saya bukan buat kerja berat pun..perut pun belum berkeroncong lagi, cuma cuaca panas yang menyebabkan rasa agak dahaga.. So malam ni mesti minum air masak cukup 2 liter atau lebih untuk lebih cergas pada esok hari. ;)

*perancangan untuk berbuka hari ni adalah ke rumah ibu mertuaku..hehe so takyah masak n tunggu papa balik je..