Showing posts with label TULANG KUAT. Show all posts
Showing posts with label TULANG KUAT. Show all posts

Sunday, 6 April 2014

TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM

Masih berkisar tentang kalsium, memandangkan April adalah bulan Kalsium bagi penggemar Shaklee, mari kita lihat pula siapakah individu yang dikatakan kekurangan kalsium dan perlukan kalsium tambahan dalam diet seharian mereka.

Antara tanda-tanda kekurangan kalsium adalah seperti berikut;

  • Sakit pinggang atau punggung
  • Haid yang lebih lama bagi wanita
  • Gugup, cemas dan mudah marah
  • Insomnia (Sukar untuk tidur)
  • Tekanan darah tinggi
  • Denyutan jantung lebih cepat
  • Sakit kepala
  • Cramp di bahagian kaki
  • Sakit gigi atau gigi berlubang
  • Kuku rapuh

Jadi jika kita mempunyai tanda-tanda di atas, lebih baik mengambil langkah bijak untuk memastikan keadaan tidak menjadi lebih buruk. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

mazlen 0139334920

Sharing is caring


Friday, 4 April 2014

KALSIUM UNTUK TULANG KUAT

Sempena promosi Shaklee pada bulan April masih berlangsung, saya ingin kongsikan seberapa banyak maklumat berkenaan kalsium, kenapa? Kerana saya mahu kita sama-sama mendapat keuntungan, badan sihat, duit pun jimat.

Berapakah kuantiti kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan kita?

Pengambilan kalsium setiap hari mestilah tidak melebihi 2500mg.

Jika mengambil makanan yang berkalsium tinggi beserta suplemen kalsium, pastikan jumlah kalsium yang diambil tidak melebihi 2500mg. Kerana kalsium yang berlebihan, tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.

Cara pengambilan suplemen kalsium;


  • Periksa kandungan atau kuantiti kalsium sama ada cukup untuk keperluan harian atau tidak.
  • Kebiasaannya kalsium bergabung dengan unsur karbonat atau sitrat. Kalsium karbonat lebih murah manakala kalsium sitrat adalah pilihan yang lebih baik untuk orang dewasa kerana dapat mengurangkan asid perut.
  • Walaubagaimanapun, kalsium sitrat hanya mengandungi kandungan kalsium yang lebih rendah berbanding kalsium karbonat, jadi ia perlu diambil dengan dos yang lebih tinggi.
  • Pengambilan suplemen kalsium hendaklah disertakan dengan segelas besar air atau bersama / selepas makan.
  • Untuk meningkatkan penyerapan kalsium, jangan ambil dos yang banyak dalam satu-satu masa, lebih baik diambil 2 tau 3 kali sehari.
Sharing is caring.

Jom dapatkan suplemen Shaklee bersama saya;

mazlen 0139334920

Thursday, 3 April 2014

KALSIUM UNTUK IBU HAMIL

"Asal mengandung je tercabut sebatang gigi". Saya pernah mengenali individu yang berpengalaman sebegitu, malah jika tidak silap saya anaknya seramai 5 orang, jadi dia telah kehilangan 5 batang gigi gerahamnya.

Jika dulu saya tidak tahu mengapa ia terjadi, dan menganggap ia sesuatu yang remeh. Tetapi setelah berpengalaman menjadi seorang ibu, saya sedari bahawa masalah tersebut berpunca daripada kekurangan pengambilan kalsium semasa hamil.

Semasa hamil, kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi janin yang kuat, serta untuk pertumbuhan jantung, saraf dan otot yang sihat. Malah kalsium juga penting untuk keperluan denyutan jantung yang normal dan dalam keupayaan penggumpalan darah (blood clotting).

Berapakah kuantiti kalsium yang diperlukan?

18 tahun ke atas - 1000mg (sebelum, semasa dan selepas hamil)

18 tahun ke bawah - 1300mg

Walaupun setelah melahirkan anak dan tempoh penyusuan selesai, pengambilan kalsium masih perlu dititikberatkan.

Ambillah suplemen kalsium dari Shaklee yang dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang maksimum oleh tubuh badan.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee sempena promosi April 2014.

mazlen 0139334920

Wednesday, 2 April 2014

KEPENTINGAN KALSIUM KEPADA SETIAP INDIVIDU

KALSIUM

Kalsium sangat sinonim dengan kanak-kanak. Sering kali kelihatan di peti televisyen mewarwarkan kepentingan kalsium untuk tumbesaran kanak-kanak yang optimum. Tanpa kita sedari sebenarnya kalsium diperlukan oleh tubuh badan kita seumur hidup kerana kalsium bukan sahaja penting untuk tumbesaran tulang, malah ia diperlukan untuk menguatkan tulang serta mengelakkan berlakunya osteoporosis.

Selain mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari, kita juga perlu untuk memastikan kalsium yang diambil dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh badan atau dengan kata lain kita perlu mnegtahui cara untuk meminimakan kehilangan kalsium dari tubuh badan kita.

Salah satunya adalah mengambil makana  yang tinggi kandungan kalsium seperti produk tenusu. Yang keduanya adalah dengan bersenam, dan yang ketiga adalah dengan mengambil Vitamin d, Magnesium dan mineral tambahan yang mencukupi.

Semasa hamil dan selepas usia 35 tahun, pengambilan suplemen kalsium dapat membantu mencegah kerapuhan tulang.

Dan wanita adalah golongan yang berisiko mengalami kemerosotan jisim tulang terutama selepas monopos.

Jadi, walaupun hanya sekadar kalsium dan nampak remeh, kalsium sebenarnya satu komponen penting untuk kesihatan tulang yang optimum.

Jom oder Shaklee dan terus menjadi ahli Shaklee.