Showing posts with label ANTIOKSIDA. Show all posts
Showing posts with label ANTIOKSIDA. Show all posts

Sunday, 1 June 2014

ISTIMEWANYA VITAMIN E SHAKLEE DENGAN TAMBAHAN GRAPE SEED EXTRACT

Walaupun Vitamin E dikatakan vitamin untuk kecantikan kulit, vitamin cinta, Vitamin kesuburan dan Vitamin antioksida yang bagus, tetapi Shaklee telah memformulasikan Vitamin E nya dengan tambahan GRAPE SEED EXTRACT.

Mengapa Grape Seed Extract ditambah dalam Vitamin E shaklee ? Adakah Vitamin E belum cukup bagus untuk kesihatan kita ?

Sebenarnya di sinilah keistimewaan Vitamin E Shaklee, walaupun Vitamin E sememangnya sangat bagus, tetapi ia dtambah lagi dengan Grape Seed Extract untuk menjadikan Vitamin E Shaklee lebih baik dan lebih berkualiti berbanding Vitamin E lain yang banyak dipasaran.

KELEBIHAN GRAPE SEED EXTRACT

Antara kelebihan dan keistimewaannya ialah;
  • Membantu masalah peredaran darah dalam tubuh yang teruk dan masalah kolestrol yang tinggi
  • Mengurangkan bengkak akinbat daripada kecederaan
  • Membantu masalah mata berkaitan diabetes
  • Mengandngi kandungan antioksida yang tinggi untuk melindungi sel daripada kerosakan dan membantu mencegah pelbagai penyakit
 Jadi itulah sebabnya mengapa Vitamin E Shaklee sangat istimewa dan berkualiti.

Untuk mendapatkan rangkaian produk Shaklee, sila hubungi saya;

Nurmazlen mohd johar  0139334920

COD IN TEMERLOH, BERA, MENTAKAB, TRIANG
COURIER ENTIRE MALAYSIA


Friday, 18 April 2014

VITAMIN C, E DAN D UNTUK MASALAH JERAWAT

Seperti yang kita ketahui, ramai yang mengambil vitamin C dan vitamin E untuk mencantikkan kulit. Dalam erti kata lain kedua-dua vitamin ini sangat sinonim untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Cuma kesannya tidak sama untuk setiap individu, ada diantara kita mendapat kesan yang cepat ada yang lambat. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin dengan tujuan untuk kulit yang cantik adalah sangat-sangat bagus, kerana Vitamin bukan sahaja membantu mendapatkan kulit yang cantik malah juga menyumbang kepada tubuh badan yang lebih sihat.

VITAMIN C

Vitamin C atau ascorbic acid  yang boleh didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran, hati mentah, susu dan tiram. Vitamin C adalah vitamin larut air serta Vitamin antioksida yang sangat bagus yang mana ia terlibat dalam proses pembentukan kolagen.

Vitamin C sangat berguna sebagai antioksida dalam rawatan masalah jerawat. Ia melindungi kulit daripada kerosakan akibat daripada radikal-radikal bebas serta melindungi kulit melalui penghasilan kolagen yang stabil. Malah ia dapat menghalang pigmentasi dan dapat membantu menyingkirkan parut jerawat. Dan satu lagi kelebihan vitamin C adalah dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat daripada cahaya matahari.

VITAMIN E

Vitamin E adalah vitamin antioksida yang sangat kuat. Ia mampu mnyingkirkan oksigen-oksigen reaktif    yang dihasilkan semasa metabolisme lemak. Ia juga terlibat dalam memperbaharui tisu-tisu kulit terutama akibat daripada luka.

Vitamin E boleh ditemui dalam kandungan minyak bunga matahari, minyak safflower, gandum, sayuran hijau, badam, hazelnut dan minyak kelapa sawit.

Vitamin E membantu masalah jerawat adalah dengan kesan antioksidanya kerana ia adalah antioksida yang sangat kuat.

VITAMIN D

Juga dikenali dengan Vitamin cahaya matahari kerana ia disintesiskan di dalam kulit daripada kolestrol apabila terdedah kepada cahaya matahari. Sumber Vitamin D2 adalah daripada cendawan dan alfafa manakala Vitamin D3 pula daripada telur, hati dan ikan yang berminyak.

Vitamin D mempunyai beberapa kelebihan dalam merawat jerawat. Yang pertamanya adalah menghalang pembaharuan kelenjar 'sebaceous'. Dimana ia menghalang pengembangan kelenjar tersebut seterusnya mengurangkan penghasilan sebum.

Keduanya adalah, Vitamin D bertindak sebagai agen anti-infalamasi jika diambil dalam dos yang betul.

Yang ketiga, ia juga menghasilkan kesan antimicrobial melalui kumpulan agen antibakteria yang dipanggil 'cathelicidins'.

Dan yang terakhir, Vitamin D juga adalah antioksida yang   boleh melindungi kulit daripada tekanan 'oxidative'.


Jadi rawatan kulit menggunakan Vitamin sangat digalakkan berbanding penggunaan kosmetik yang menghakis dan merosakkan kulit. Walaupun kesan menggunakan kosmetik sangat cepat, kita juga perlu sedari bahawa kerosakan kulit yang dialami juga adalah sangat pantas.


Untuk mendapatkan produk Shaklee yang sah, sila hubungi saya

mazlin 0139334920

cod sekitar Bera, Triang dan Temerloh

Monday, 14 April 2014

VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN A

Rawatan untuk kulit sihat tidak hanya bergantung kepada penjagaan luaran sahaja, penjagaan dalaman juga perlu untuk meastikan kesihatan kulit bebas daripada masalah termasuklah masalah jerawat.

Tanpa kita sedari, kekurangan vitamin juga adalah salah satu punca masalah jerawat yang kita hadapi pada masa kini memandangkan gaya pemakanan kita yang semakin tidak sihat.

Salah satu vitamin yang mampu merawat jerawat adalah Vitamin A.

Vitamin A mengandungi 5 kandungan utama iaitu retinol dan 4 provitamin yang dipanggil carotine. Carotene biasanya didapati daripada sumber tumbuhan manakala Retinol pula daripad sumber haiwan.

Salah satu cara Vitamin A membantu masalah jerawat adalah dengan mengembalikan keremajaan kulit iaitu dengan menyingkirkan lapisan kulit terluar dan meningkatkan 'skin turnover' dengan menggalakkan kematangan sel-sel epithelial yang baru. Seterusnya mengurangkan inflamasi dan membantu menyeimbangkan hormon. Dan yang terkahir adalah mengawal penghasilan sebum yang berlebihan.

Walaubagaimanapun, tindakan utama Vitamin A terhadap masalah jerawat adalah aktiviti pengaktioksidaannya. Dimana ia melindungi kulit daripada pelbagai radikal bebas yang merosakkan dan menyebabkan jerawat.

Pengambilan vitamin A dalam bentuk suplemen lebih baik jika bertujuan untuk merawat masalah jerawat.

Untuk mendapat Vitamin A daripada produk Shaklee, sila hubungi saya;

mazlin 0139334920


Wednesday, 5 February 2014

VITAMIN C SHAKLEE BAGUS UNTUK IBU HAMIL

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA

Selain zat besi, vitamin C juga sangat penting untuk ibu hamil. Vitamin C digalakkan diambil bersama dengan suplemen zat besi kerana dikatakan dapat membantu penyerapan zat besi terhadap tubuh badan secara optimum.

Selain itu, Vitamin C penting untuk melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Malah ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin c juga membantu menguatkan sistem pertahanan badan (immune booster).

Kenapa perlu pilih Vitamin C yang berkualiti dan mempunyai pelepasan masa seperti Vitamin C Shaklee?

Vitamin C shaklee dicipta secara eksklusif oleh Shaklee yang mana ia mempunyai teknologi sains pembebasan berterusan secara semulajadi. Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin c buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Dimana ujian klinikal telah membuktikan kandungan Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setaip tablet mengandungi 120mg bioflavanoid (25% dari bioflavanoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin c complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, mengelakkan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

vitamin C shaklee kerayong, triang, bera, temerloh mentakab
vitamin c shaklee

Untuk mendapat produk shaklee dan rundingan istimewa secara percuma, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 sms/call/whatsapp

inafazlin 0199216076 sms/call/whatsapp (Tbg Hj Temerloh)

Tuesday, 19 November 2013

CARA KURANGKAN KAHAK

TEKS NURMAZLEN MOHD JOHAR

Kahak, jika orang dewasa mungkin tidak terlalu sukar untuk membuangnya, tetapi jika kanak-kanak, ia sangat sukar dikeluarkan kerana masih belum tahu caranya bagaimana. 

Apabila berlakunya demam atau batuk atau selsema, ia bermakna sistem pertahanan kita sedang diserang dan berada dalam keadaan yang lemah. Jadi semasa keadaan ini berlaku, salah satu keperluan penting yang diperlukan oleh badan adalah antioksida. Antioksida diperlukan untuk membantu penyembuhan badan dan melindungi daripada jangkitan daripada penghasilan kahak. 

Antioksida yang bagus adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan sihat.

Antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksida yang dapat membantu mengurangkan penghasilan kahak adalah bawang besar, lada benggala, sayuran hijau, lemon, brokoli, bawang putih, tomato, kiwi dan lain-lain lagi.

Manakala sayur atau buah yang perlu dielakkan adalah kobis, kentang dan pisang, kerana dipercayai kan meningkatkan penghasilan kahak.

Untuk mendapatkan produk ANTIOKSIDA SHAKLEE sila  KLIK DISINI


KOLEKSI ANTIOKSIDA SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Antioksida.

Apa ada pada antioksida?

Antioksida hanya terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia berfungsi melindungi kerosakan sel-sel dalam badan akibat daripada serangan radikal bebas di sekeliling kita. Ia juga menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan risiko terjadinya kanser, mengurangkan risiko penyakit jantung serta melambatkan kesan penuaan.

Sumber antioksida adalah;

VITAMIN A

VITAMIN C

VITAMIN E

SELENIUM

BETA KAROTEIN

LIKOPEN

LUTEIN

LIGNAN

Untuk mendapatkan sumber antioksida yang hebat dengan harga yang berpatutan, Shaklee boleh membantu.

pilihan mengikut budjet

Untuk maklumat harga dan rundingan percuma sila hubungi saya

mazlen 0139334920 | sms/whatsapp