Showing posts with label MOTIVASI DIRI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI DIRI. Show all posts

Monday, 16 September 2013

DON't GIVE UP, MOVE FORWARD

Assalammualaikum.

Terlalu lama tidak menulis disini, tidak berkongsi pelbagai ilmu yang menarik untuk kita semua. In Shaa Allah saya akan bermula semula. Semangat dan idea masih ada, cuma kekangan masa dan pelbagai aktiviti yang membuatkan saya tidak berkesempatan untuk singgah disini. Walauapa pun, itu semua alasan, kerana teknologi sekarang sangat memudahkan kita, semuanya hanya dihujung jari sahaja.

Saya mempunyai satu projek mega bagi diri saya, In Shaa Allah jikan langkah pertama telah berjaya saya akan kongsikan disini. Doakan saya berjaya.

Untuk pesanan produk SHAKLEE, saya masih aktif dan bersedia untuk membantu anda, hubungi sahaja saya, tak perlu malu dan segan. Kalau malu bertanya sesat jalan kan. Itu lah lumrah kehidupan. 

Senyum dan teruskan hidup dengan kegembiraan dan kejayaan. Jadikan semua yang negatif menjadi bunga-bunga segar di hati kita, In Shaa Allah kita akan dapat kebahagiaan.

mazlen 0139334920
senyum Tak perlu kata apa-apa

mamadhiyazahraa
sihat adalah kekayaan

Tuesday, 27 August 2013

SAKIT PENGHAPUS DOSA

Alhamdulillah masih bernafas dan kembali sihat.

Walaupun hanya sakit kepala, habis semua perancangan tergendala. Saya bercadang untuk mencuci baju yang semakin menggunung apabila pulang dari sekolah hari ini. Tetapi memandangkan sakit kepala sudah bermula semasa mesyuarat di sekolah lagi, maka saya mengambil keputusan untuk rehat sahaja hari ini.

Alhamdulillah, suami saya pulang awal dan telah menguruskan kain yang menggunung tersebut. Jadi setelah menelan B-Complex SHAKLEE saya pun merehatkan diri, tetapi sakit kepala makin teruk. Sebenarnya saya tidak makan tegah hari hari ini, jadi memang sakit kepala akan menyerang. Suami saya belikan nasi goreng, kemudian saya tidur.  Alhamdulillah sakit kepala berkurang. 

Saya sebolehnya tidak mahu mengambil ubat tahan sakit, dan lebih kepada memilih suplemen yang semulajadi yang tidak meninggalkan toksin dalam badan. Alhamdulillah, saya semakin pulih dengan izin Allah.

Walaupun aktiviti perniagaan kecil saya juga tergendala, saya pasti ada hikmah disebaliknya. Dan ingatlah bahawa sakit juga salah satu penghapus dosa. Alhamdulillah, syukur pada Allah.

mamadhiya
sihat adalah kekayaan

mazlen | 0139334920

Wednesday, 24 July 2013

POSITIFKAN DIRIMU

Mungkin hari ini tidak bermula dengan baik, tapi sedarlah bahawa kita perlu bersyukur dengan banyak lagi kurniaan Allah s.w.t. Saya menulis untuk menenangkan hati serta ingin menarik caj positif dalam diri saya agar tidak dibelenggengu dengan caj negatif.

Ucapkan syukur kepada Allah agar hati tenang melalui hari ini

Alhamdulillah...
aku dipinjamkan badan yang sihat untuk terus bekerja

aku diberi kesempatan untuk bersahur

aku diberi peluang melihat cahaya matahari yang bersinar

aku diberi peluang menghirup udara segar hari ini

aku dipinjamkan kenderaan yang baik untuk ke sekolah

aku diberi peluang untuk mengajar anak muridku

aku dipinjamkan keluarga yang sihat dan bahagia

Syukur padamu Ya Allah


Monday, 22 July 2013

SERIKAN HARIMU DENGAN CAJ-CAJ POSITIF

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Ramadhan ke 14, Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berpuasa.

Bagaimana menarik caj positif ke dalam diri kita? Mudah sahaja sentiasa bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa rezeki bukan sahaja dari segi wang ringgit tapi dari pelbagai sudut kehidupan. Mungkin hari ini berniaga tidak untung banyak tapi badan masih sihat. Bukankah badan yang sihat juga adalah rezeki dari Allah?

Ambil masa sekejap untuk bersyukur dengan rezeki selain wang ringgit.

Alhamdulillah Allah pinjamkan aku keluarga yang bahagia

Alhamdulillah Allah pinjamkan tempat beteduh yang selesa

Alhamdulillah Allah pinjamkan anak yang comel dan bijak

Alhamdulillah Allah pinjamkan aku suami yang baik

Alhamdulillah Allah pinjamkan kawan-kawan yang baik

Alahmdulillah Allah kurniakan kesihatan tubuh badanku

Alhamdulillah syukur padamu Ya ALLAH

mulakan hari dengan semua yang positif dan baik-baik sahaja

mamadhiya
sharing is caring ;)

Tuesday, 16 July 2013

Jemputlah rezeki

Sambil-sambil berehat menanti kelas seterusnya, saya membaca sebuah buku yang menarik, Mudahnya Menjemput Rezeki. 

Apa yang menarik hati saya ialah, 'menjemput rezeki lebih mudah dari mencari rezeki'. Sungguh mendalam ayat tersebut. Kerana jika kita menjemput lebih mudah dari kita pergi mencari seseuatu. Contohnya menjemput seseorang bermakna kita tahu dimana dia berada manakal apabila kita mencari bermakna kita tidak tahu dimana dia kan.

Begitu juga dengan rezeki, jemputlah ia kerana kita tahu rezeki itu datang dari Allah yang Maha Esa. Lakukan perkara yang baik dan taat kepada perintahNya agar Allah memberi kita rezeki.


Friday, 12 July 2013

KEKUATAN, KEJAYAAN DAN KESIHATAN

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Hidup untuk dinikmati dengan kegembiraan dan kasih sayang Allah. Alangkah indahnya hidup dengan keredhaan Allah S.W.T kan.

Kenapa nak cari duit lebih sedangkan saya dan suami mempunyai pekerjaan tetap? Nak buat apa susahkan diri kehulu kehilir menguruskan bisness?
Terpulang pada pendapat individu masing-masing. Saya ada tujuan saya sendiri, bukan tak cukup dengan gaji seorang guru, tapi saya ingin membantu suami saya dalam perbelanjaan keluarga kami. Memang dia tak pernah minta, tapi sebagai seorang isteri sanggup kah melihat suami sahaja yang menanggung beban kewangan yang sangat besar pada masa kini. Saya memilih untuk hidup dengan lebih baik dan lebih selesa, so saya berusaha ke arah itu.

Anak adalah anugerah Allah S.W.T kepada kami, jadi untuk dhiya zahraa, saya mahu yang terbaik untukknya, mungkin ada yang kata pakai baju murah atau minum susu murah pun boleh sihat dan cerdik. Tapi bagi saya jika kita mampu memberi yang terbaik kepadanya, alangkah lebih baik. Bukan nak berbangga dengan keperluan yang mahal-mahal tetapi itulah impian kami..'lebih baik' adalah keutamaan kami. Mungkin juga saya dan suami tidak pernah merasai keperluan yang sempurna semasa kami dibesarkan, so Dhiya dan bakal adik-adiknya adalah tempat kami meng'qada kan nya kembali..hehe

Mak dan Ayah saya adalah pendorong saya untuk berniaga, walaupun mereka tak pernah suruh saya menjalankan perniagaan dan meminta apa-apa dari saya, tapi saya sedar bahawa apabila mereka lihat anaknya mampu hidup lebih baik daripada mereka dahulu, mereka juga akan berasa bahagia. Malah saya berasa bangga jika dapat membantu mereka dari segi kewangan atau apa sahaja keperluan mereka.   Apa yang saya ada, saya juga nak mereka juga ada. Itulah impian saya..

Dan yang paling penting ialah, masa untuk beribadat sentiasa ada. Pekerjaan yang dilakukan juga adalah satu ibadah tapi apabila duit sudah bekerja untuk kita, tak perlu lagi kita mengejar masa untuk melakukan kerja lebih masa. Badan pun tak letih dan kita akan lebih tenang untuk mengadap ALLH S.W.T.

'SEMOGA ALLAH MERAHMATI HIDUP KAMI'

mazlenjohar | 0139334920
facebook nurmazlen