Friday 19 July 2013

ANEMIA, BAHAYAKAH?

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Kita selalu dengar orang sebut-sebut pasal Anemia kan, tapi Anemia tu apa? Biasa orang akan kata kurang darah kan.

Anemia bermakna kadar hemoglobin (HB) kurang daripada normal. HB adalah salah satu daripada komponen darah yang berfungsi membawa oksigen dalam darah merah. Keperluannya sangat penting untuk memastikan pengoksigenan yang cukup bagi semua tisu. Jika HB kurang, ia sekaligus mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen kepada tisu-tisu dalam badan.


Biasanya mereka yang mengalami anemia ini mempunyai tanda-tanda seperti pucat bibir dan sekeliling mulut, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Mereka juga akan rasa tidak bermaya, letih, lemah badan, pendek nafas apabila melakukan senaman, pening, pitam, kurang selera makan, kehilangan berat badan, sukar unruk berjalan serta mental bercelaru.

Anemia ini mungkin berpunca daripada kekurangan nutrisi seperti zat besi, asid folik dan B12 yang mana berfungsi untuk menghasilkan sel. Juga mungkin pernah kehilangan banyak darah seperti kemalangan dan tumpah darah.

Jadi sebagai cara untuk mencegah dan mengatasi masalah ini, kita perlu mengambil makanan yang mempunyai kandungan zat besi, asid folik, B12, B5 dan B6 serta vitamin C.

Untuk penyelesaian yang lebih mudah;

kurang darah, hb low
set anemia

Cadangan pengambilan vitamin diatas adalah kerana;

VITALEA - adalah multivitamin yang disertakan dengan zat besi yang mana dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi.

B Complex - lengkap dengan asid folik, B12 (cegah anemia), B6 dan B5 (membantu dalam penghasilan darah merah)

Vitamin C - membantu tubuh dalam penyerapan zat besi dengan lebih efisyen.



No comments:

Post a Comment