Ramadhan ke 14, Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berpuasa.
Bagaimana menarik caj positif ke dalam diri kita? Mudah sahaja sentiasa bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa rezeki bukan sahaja dari segi wang ringgit tapi dari pelbagai sudut kehidupan. Mungkin hari ini berniaga tidak untung banyak tapi badan masih sihat. Bukankah badan yang sihat juga adalah rezeki dari Allah?
Ambil masa sekejap untuk bersyukur dengan rezeki selain wang ringgit.
Alhamdulillah Allah pinjamkan aku keluarga yang bahagia
Alhamdulillah Allah pinjamkan tempat beteduh yang selesa
Alhamdulillah Allah pinjamkan anak yang comel dan bijak
Alhamdulillah Allah pinjamkan aku suami yang baik
Alhamdulillah Allah pinjamkan kawan-kawan yang baik
Alahmdulillah Allah kurniakan kesihatan tubuh badanku
Alhamdulillah syukur padamu Ya ALLAH
mulakan hari dengan semua yang positif dan baik-baik sahaja
mamadhiya
sharing is caring ;)
No comments:
Post a Comment