Pengalaman membeli belah bersama suami untuk raya tahun ini. Tempat yang saya kunjungi adalah SOGO, KLCC dan The Curve Damansara. Saya pergi ketiga-tiga tempat tersebut dalam masa tak sampi pun satu hari.
Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 8:20 pagi dan tiba di stesen LRT gombak jam 10:00 pagi. Sekarang LRT Gombak telah menyediakan parking bertingkat yang lebih selesa dan selamat untuk para pelanggannya. Jadi untuk meninggalkan kereta disitu kita akan berasa lebih yakin dengan tahap keselamatannya.
Setibanya di Sogo, Alhamdulillah, masih belum terlalu sesak. Tetapi, tidak lama kemudian orang ramai mula membanjiri dalam kompleks membeli belah tersebut. Kami berjaya membeli apa yang kami rancangkan. Lebih kurang jam 12:00 kami bergerak ke jalan Tar, tetapi memandangkan keadaan terlalu sesak, kami terus tukar haluan ke KLCC.
Keadaan di KLCC juga sama, tetapi lebih kepada waktu petang orang ramai mula memenuhi KLCC tersebut.
Seterusnya, kami terus ambil kereta di Gombak dan terus ke The Curve yang berhadapan dengan Ikea. Saya berjaya membeli shawl di street antara the Curve dan E Curve, dan meja untuk si kecil yang ditinggal dengan Mamalongnya.
Alahmdulillah, semua barang yang dihajatkan dapat dibeli cuma kasut Dhiya sahaja yang agak kecil dan perlu dicari ganti. Siapa nak beli kasut ni? Saiz 4k
No comments:
Post a Comment