Monday, 19 August 2013

PUNCA RAMBUT GUGUR

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Keguguran rambut bukan masalah kecil yang boleh dipandang remeh. Sememangnya rambut akan gugur setiap hari, jika keguguran tersebut normal, maka ia bukan satu masalah. Tetapi jika keguguran rambut terlalu banyak, ia amat membimbangkan kerana jumlah rambut semakin berkurangan.

Punca-punca rambut gugur

1. Tahukah anda, hormon seks wanita iaitu estrogen menggalakkan pertumbuhan rambut yang tebal. Walaubagaimanapun, wanita juha menghasilkan sedikit hormon adrogen. Jika kuantiti hormon androgen meningkat, ia juga salah satu sebab yang menyebabkan keguguran rambut. Hormon androgen dihasilkan secara aktif jika seseorang wanita itu mengalami stress atau tekanan. Jadi kurangkan tekanan dan rehatlah sebaik mungkin.

 2. Keguguran rambut juga berpunca daripada peggunaan produk yang tidak sesuai atau produk utuk melunturkan rambut, mewarnakan rambut, meluruskan rambut dan mengerintingkan rambut. Penggunaan produk sebegini akan memutuskan rambut tetapi bukan lah menggugurkan rambut daripada akarnya. Jadi untuk mengurangkannya, gunakan syampu yang betul dan sesuia dengan rambut, elakkan mencuci rambut terlalu kerap serta kurangkan penggunaan pewarna rambut dan produk-produk penggayaan rambut.



3. Rambut juga memerlukan vitamin yang cukup untuk kesuburan serta kesihatannya yang maksimum. Mungkin nampak remeh tetapi ini mungkin punca rambut kita sering gugur. Pemakanan yang seimbang sangat digalakkan bukan sahaja untuk kesihatan badan, malah juga untuk kesihatan rambut. Untuk kesihatan rambut, ambillah makanan seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran serta makanan berprotin tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Alternatif yang lebih baik adalah dengan pengambilan makanan tambahan. Pilihlah makana tambahan yang bagus untuk rambut yang mengandungi biotin, niasin, zink, vitamin B6, B12, A dan E.

mamadhiya
sharing is caring

mazlen | 0139334920

No comments:

Post a Comment