Pekan sari atau pekan sehari Temerloh memang sangat dikenali di Temerloh Pahang. Apa yang menariknya disitu terdapat pelbagai keperluan makanan atau harian.
Saya tidak ketinggalan memgunjunginya pada hari ini. Memandangkan hari ini adalah hari Ahad terakhir sebelum menjelang hari Raya Aidilfitri, maka bertambah meriahlah suasana di Pekan Sari tersebut. Dengan bermulanya cuti sekolah dah kehadiran peniaga yang semakin ramai kerana menjual kudap-kudapan tradisional untuk hari Raya nanti. Mungkin ditempat lain anda tidak akan jumpa suasana sebegini, peniaga membawa bertong-tong kuih seperti maruku, kuih goyang, tempeyek, putu kacang, bahulu dan macam-macam lagi yang masih belum dipeketkan lagi. Sangat meriah. Rugi tak ambil gambar tadi.
Pekan sari tersebut bermula awal pagi kerana setibanya saya pada jam lebih kurang pukul 8:00 pagi tadi, parking sudah penuh dan keadaan sudah sesak dengan orang ramai. Saya pergi kesana mencari bahan mentah untuk berbuka puasa nanti kerana banyak pilihan yang boleh dibuat. Jika mencari pucuk-pucuk tradisional atau sayur-sayuran kampung, datang lag ke sini, memang anda tidak akan hampa, In Shaa Allah.
Sharing is caring
mamadhiya
(^_^)
No comments:
Post a Comment