Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana menerima perkhabaran baik dari mak dan abah di Madinah.
Walaupun mak abah je Tanah Suci, saya dan kakak saya tetap kerumah mak abah menjenguk syurga kami. Bersihkan apa yang patut kerana ada 2 orang adik lelaki yang tinggal disitu, almaklumlah budak lelaki.
Kami juga kekebun melihat ikan ternakan abah dan pohon tanaman mereka. Dapat jugalah kami mengutip hasil kebun seperti cili padi, kacang botol, bendi, ulam raja dan daun kesum.
Menghitung hari menunggu kepulangan mak abah, supaya masa cepat berlalu. Rindu bertandang walaupun baru beberapa hari mereke berangkat kesana.
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada mak abah supaya dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment