Assalamualaikum..
Hari ini aktiviti untuk kelas Bahasa Inggeris adalah membuat penanda buku menggunakan batang ais krim. Mengajar Bahasa Inggeris adalah bukan perkara yang mudah bagi saya walaupun hanya tahun 1. Saya adalah guru opsyen Matematik, tetapi memandangkan guru Bahasa Inggeris telah berpindah dan masih tiada pengganti, jadi saya diminta untuk mengajar Bahasa Inggeris. Walau apa pun saya cuba lakukan mengikut kemampuan diri saya.
Jadi hari ini, murid dikehendaki membawa 3 batang ais krim, warna, gunting dan gam. Apa yang perlu dilakukan adalah warna, gunting dan tampal. Mudah sahaja, yang penting apabila selesaikan menghasilkannya, murid berasa gembira. Mengajar Bahasa Inggeris tahun 1 memang menyeronokkan kerana banyak menyanyi, bercerita dan mereka benda yang kreatif, walaubagaimanapun saya bukan guru yang mahir untuk mengajar Bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment