Wednesday, 12 March 2014

BAWANG PUTIH BANYAK KHASIAT TERSEMBUNYI

Bawang putih atau dalam bahasa Inggeris 'garlic' sangat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Kebanyakan makanan yang dimasak, mempunyai kandungan bawang putih. Ada diantara kita yang menggemarinya dan ada pula yang tidak gemar kerana bawang putih mempunyai bau yang agak kuat.

Apa yang menarik hati saya adalah, bawang putih juga diproses dijadikan makanan tambahan atau suplemen. Jika ia tidak membawa apa-apa manfaat mustahil ia dijadikan salah satu sumber makanan tambahan. Tetapi adakah khasiatnya masih sama seperti bawang putih yang asli dan natural?

Mari kita lihat apa manfaat yang dikandung oleh bawang putih terhadap kesihatan kita.

Bawang putih dikatakan dapat membunuh parasit pada badan manusia, juga membantu sistem pernafasan dan penghadaman. Bahkan ia hanya mempunyai kandungan tenaga yang rendah. Bukan itu sahaja, ia juga bertindak sebagai antibakteria yang sangat baik serta membantu mengelakkan serangan penyakit jantung. Dan juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta membantu mencegah kanser.

Ada kajian saintis yang mengatakan bawang putih dapat mengurangkan penyempitan kolestrol pada salur darah dalam kardio-vaskular manusia. Dan kajian lain pula ada mengatakan ia dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah, malah dapat mengurangkan batuk.

Banyak bukan khasiat atau manfaatnya pada tubuh badan kita. Jika sukar untuk memakan bwang putih secara natural, Shaklee ade bawang putih dalam bentuk kapsul yang mudah ditelan dan dijamin kualiti yang sangat bagus. 

Jika berminat dengan produk SHAKLEE sila hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

Nurmazlen 0139334920

Sharing is caring


No comments:

Post a Comment