Monday, 28 April 2014

ORANG TAK CERDIK JE MAKAN SUPLEMEN

Hahaha mesti ramai yang bengang kan kalau saya cakap macam tu. Rakyat negara kita sudah semakin sedar akan kepentingan suplemen, jadi bagi yang sedar akan keadaan dan cara hidup kita pada masa kini semestinya mereka mengamalkan suplemen.

Walaubagaimanapun masih ada diantara kita yang mengatakan suplemen tidak penting, saya tidak katakan anda salah, itu pendapat masing-masing. Dengan gaya hidup masa kini yang menuntut masa bekerja lebih dari segalanya menyebabkan kesihatan tubuh badan kita terabai. Makan minum tidak menentu dan rehat yang tiada lagi wujud dalam kamus hidup kita, malah Letih dan stress adalah perkara biasa.

Keadaan sebegini yang menyebabkan penyakit mudah menyerang. Semuanya mahu segera. Makanan yang diambil juga  semuanya dibeli tanpa memandangkan kandungan khasiatnya, yang penting dapat mengisi perut dengan kadar segera. Senaman dan riadah juga dipinggirkan, sedangkan ia membantu mengurangkan stress serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

Tetapi apa yang saya nak katakan disini adalah, bukan mengamalkan suplemen kita akan terselamat daripada penyakit, sekurang-kurangnya tubuh masih mendapatkan khasiat yang sepatutnya daripada sumber makanan tambahan. Juga tidak bermaksud suplemen dapat menggantikan senaman, senaman tetap penting walaupun sekejap untuk setiap hari. 

Kesihatan tubuh sangat penting, maka tajuk diatas sepatutnya adalah ORANG BIJAK MEMANG MENGAMALKAN SUPLEMEN. Boleh gitu? Hehehe

Suplemen Shaklee salah satu makanan tambahan yang mempunyai dari yang murah hinggalah yang termahal. Tetapi tidak bermakna yang murah itu tidak kuat. Yang penting kita usaha, selebihnya serahkan pada Allah.

Sekian,

Sharing is caring 
Mazlen 0139334920
Cod area temerloh n bera

No comments:

Post a Comment