Monday 14 April 2014

VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN A

Rawatan untuk kulit sihat tidak hanya bergantung kepada penjagaan luaran sahaja, penjagaan dalaman juga perlu untuk meastikan kesihatan kulit bebas daripada masalah termasuklah masalah jerawat.

Tanpa kita sedari, kekurangan vitamin juga adalah salah satu punca masalah jerawat yang kita hadapi pada masa kini memandangkan gaya pemakanan kita yang semakin tidak sihat.

Salah satu vitamin yang mampu merawat jerawat adalah Vitamin A.

Vitamin A mengandungi 5 kandungan utama iaitu retinol dan 4 provitamin yang dipanggil carotine. Carotene biasanya didapati daripada sumber tumbuhan manakala Retinol pula daripad sumber haiwan.

Salah satu cara Vitamin A membantu masalah jerawat adalah dengan mengembalikan keremajaan kulit iaitu dengan menyingkirkan lapisan kulit terluar dan meningkatkan 'skin turnover' dengan menggalakkan kematangan sel-sel epithelial yang baru. Seterusnya mengurangkan inflamasi dan membantu menyeimbangkan hormon. Dan yang terkahir adalah mengawal penghasilan sebum yang berlebihan.

Walaubagaimanapun, tindakan utama Vitamin A terhadap masalah jerawat adalah aktiviti pengaktioksidaannya. Dimana ia melindungi kulit daripada pelbagai radikal bebas yang merosakkan dan menyebabkan jerawat.

Pengambilan vitamin A dalam bentuk suplemen lebih baik jika bertujuan untuk merawat masalah jerawat.

Untuk mendapat Vitamin A daripada produk Shaklee, sila hubungi saya;

mazlin 0139334920


No comments:

Post a Comment