Sistem imun adalah sistem pertahanan semulajadi badan dalam tubuh yang berkerja keras menentang bakteria dan virus yang menyerang tubuh badan kita.
Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai sistem imun yang lemah, oleh itu mereka sering mudah mendapat penyakit seperti demam, batuk, selsema serta penyakit-penyakit lain.
Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin dan bertanggungjawab, kita hendaklah membantu anak-anak membina sistem imun yang kuat, agar kesihatan mereka tidak mudah terjejas.
Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mengambil makanan diet seimbang dan mereka disarankan mengambil sekurang-kurangnya 5 bahagian sayur-sayuran atau buah-buahan sehari. Tetapi anak-anak sangat dikenali sebagai individu yang kurang gemarkan sayur dan buah bukan? Jadi dalam situasi begini, pengambilan suplemen sangat digalakkan.
Seterusnya anak-anak juga digalakkan melakukan senaman sekurang-kurangnya 60 minit sehari. Ada kajian yang menyatakan bahawa senaman dapat menguatkan sistem imun dan dapat melawan batuk dan kesejukan.
Ajarkan anak-anak tentang kebersihan kerana kebersihan juga menyumbang kepada sistem imun yang sihat. Kanak-kanak tidak sedar akan kepentingan mencuci tangan dengan bersih terutamanya selepas ketandas dan sebelum makan.
Jadi bermula dari makanan, senaman dan kebersihan atau dalam erti kata lain bermula dari ibu bapa, kesihatan dan kekuatan sistem imun kanak-kanak dapat dibantu.
Untuk mendapatkan suplemen untuk kanak-kanak daripada Shaklee, sila hubungi saya.
Shaklee The Trusted Product!!
Mazlen 0139334920
Fadzley 0139334820
We Share becoze We Care
Cod around Bera n Temerloh Pahang
No comments:
Post a Comment