Cara menggunakan atau memasak sayur agar vitamin masih dikekalkan dan masih berguna untuk tubuh badan kita;
- Masak dengan air yang sedikit - Mencelur sayuran adalah cara paling banyak mengurangkan vitamin daripada sayuran, jadi kita ubah kepada stimkan sahaja sayuran tersebut menggunakan air yang sedikit. Contohnya apabila kita menstimkan brokoli, ia akan mengekalkan nutrisinya malah ia akan kelihatan menarik dengan kehijauannya.
- Masak dengan tidak menggunakan air - ianya dapat mengekalkan peratus vitamin paling tinggi. Memanggang atau goreng sekejap tidak memerlukan air, jadi cara ini dapat mengurangkan kadar kehilangan vitamin larut air.
- Masak dengan mengekalkan air - masak dengan tidak menggunakan air hanya sesuai dengan bebrapa jenis sayuran sahaja, tetapi kebanyakan masih perlu menggunakan air. Contohnya vitamin C dalam tomato akan hilang jika di masak dalam air, tetapi kita boleh mengekalkan nutriennya dengan jadikan ia puri bersama air. Sup atau air rebusan sayuran mengandungi vitamin, jadi galakkan anak-anak menikmatinya bersama-sama dengan sayuran.
- Masak dengan air - Jika kita gemarkan sayuran yang didihkan dalam air, simpan air tersebut. Air rebusan sayuran mengandungi peratus vitamin yang tinggi, jadi kita boleh mencelurkan sayuran lain dalam air yang sama atau gunakan dalam masakan lain.
- Elakkan memasak - Sayur atau buah mentah lebih banyak mengandungi vitamin c. Walaubagaimanapun untuk menggalakkan anak-anak memakan sayur mentah adalah perkara yang mustahil berbanding buah-buahan. Tetapi kita boleh cuba potong sayuran dalam bentuk yang menarik dan dihidangkan bersama-sama sos kegemaran mereka.
Hubungi saya untuk mendapat produk Shaklee
mazlen 0139334920
cod around bera n temerloh
No comments:
Post a Comment