Friday 11 July 2014

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS TEMPOYAK KERING

Resepi mudah untuk penggemar tempoyak. Enak dimakan dengan nasi panas atau ratah begitu sahaja.

Bahan-bahannya

Ikan bilis segenggam
3 ke 4 ulas Bawang kecil
2 sudu tempoyak
8 ke 10 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
Air asam jawa jika perlu (kalau tempoyak manis)



Caranya

Gorengkan ikan bilis dan ketepikan
Tumiskan bawang kecil yang dihiria halus, kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk. Apabila sudah garing masukkan tempoyak dan gaul rata. Masukkan sedikit air asam jawa jika perlu. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air. Apbila sudah rata dan cantik masukkan ikan bilis serta perasakan dengan garam dan gula.

Siap untuk dihidang, selamat mencuba.

Jangan lupa untuk mendapatkan produk shaklee dari saya;

Nurmazlen 0139334920
Cod in triang, bera, temerloh n mentakab
Courier around Malaysia


No comments:

Post a Comment