Apa itu hati ? Hati adalah organ kedua terbesar dalam tubuh badan kita. Beratnya sekitar 3 pound dan bertanggungjawab dalam sebahagian besar untuk setiap fungsi tubuh badan setiap hari. Tetapi fungsi utama hati adalah menapis darah daripada saluran pencernaan, jadi ia mematabolimakan nutrien, dadah, alkohol dan bahan-bahan lain sambil membantu dalam proses detoks.
Hati juga memproses protein dan menghasilkan jus hempedu untuk membantu mengelmusikan lemak serta menyingkirkan bilirubin.
KENAPA KESIHATAN HATI SANGAT PENTING?
Kerana hati memainkan peranan penting dalam memproses kesemua makanan yang kita ambil; lemak, karbohidrat, lemak dan menukarkan ia kepada glukosa sebagai tenaga. Jadi kesemua makanan yang diambil akan melalui hati, hati akan menguruskan kesemua toksin seperti pestisid, hormon, pengawet makanan, alkohol, ubat-uabatan, mikroorganisma dan macam-macam lagi. Hati dalam tubuh kita ibarat 'tol', kesemuanya makanan yang kita ambil akan melaluinya, maka kesihatannya sangat penting, jika 'tol' rosak maka 'jame' lah lebuh raya.
CARA MELINDUNGI KESIHATAN HATI
- MAKAN MAKANAN ORGANIK SEBANYAK YANG BOLEH - Makanan pada masa kini banyak mengandungi pestisid, hormon tumbesaran, bahan kimia, jadi mengambil makanan yang organik akan mengurangkan bebanan hati untuk menyingkirkan toksin. Walaubagaimanapun makanan organik hendaklah bebas daripada pengubahsuaian genetik, pestisid sintetik dan racun serangga, antibiotik serta hormon tumbesaran.
- HADKAN PENGAMBILAN FRUKTOSA, MAKANAN BERGORENG, MAKANAN YANG DIPROSES YANG MENGANDUNGI TRANS-LEMAK - Trans lemak biasanya terkandung dalam makanan bergoreng seperti kentang goreng dan donat, juga dalam biskut, keropok dan makanan-makanan yang telah diproses. Jika kandungan makanan tersebut ada tertulis 'hydrogenated' atau 'partially hydrogenated oil', maka ia mengandungi trans lemak. Manakala fruktose pula boleh dijumpai dalam minuman soda atau jus buah-buahan.
- TINGKATKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN - Teruatamanya yang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi seperti bawang besar, bawang putih, brokoli, bunga kobis, dan kobis. Sayuran juga kaya dengan serat yang dapat membantu menyingkirkan toksin daripada sistem pencernaan dan mengurangkan tekanan kepada hati.
- GUNAKAN PRODUK YANG NATURAL - Terlalu banyak terdedah kepada bahan kimia menyebabkan hati bekerja lebih keras untuk mengekalkan kesihtan tubuh badan. Kita boleh kurangkan tekanan hati dengan menggunakan produk pembersihan rumah dan tubuh badan yang natural. Minum air yang ditapis serta elakkan menyembur pestisid didalam rumah.
- DETOKSKAN TUBUH BADAN - Kesihatan hati bersama-sama buah pinggang, darah, usus, sistem limfa dan kulit membantu badan memproses dan menyingkirkan bahan kimia melalui peluh, air kencing, dan najis. Detoks akan membantu menyokong dan meningkatkan proses-proses perkumuhan secara secara semulajadi.
- BERHATI-HATI DENGAN UBAT-UBATAN - Pengambilan ubat-ubatan mestilah mengikut dos yang telah ditetapkandan dalam jangka masa yang betul. Jika tidak ia akan menjejaskan kesihatan hati
- BERSENAM - Cara yang paling mudah untuk mengurangkan risiko hati berlemak teutamanya apabila berat badan berlebihan atau obesiti.
- ELAKKAN MEROKOK - Merokok menjejaskan keupayaan hati dalam memproses dan menyingkirkan toksin daripada badan.
- PERTIMBANGKAN PENGAMBILAN SUPLEMEN UNTUK MENYOKONG KESIHATAN HATI - Pengambilan suplemen hati yang betul dan yang terbaik juga membantu kesihatan hati jika sebahagian besar perkara-perkra di atas tidak dapat dilakukan.
We share becase We care.
Untuk mendapatkan maklumat suplemen hati daripada Shaklee sila ke klik di DTX COMPLEX
Apa-apa maklumat atau pertanyaan berkenaan produk Shaklee, sila hubungi saya, saya sedia membantu anda
mazlen 0139334920 sms,call,whatsapp
No comments:
Post a Comment